Thursday, October 30, 2008

DESKRIPSI


Tema ini dipilih kerana memiliki kaitan dengan penyelidikan penulis khususnya Lembah Klang Langat. Wilayah ini terdapat di tiga Negeri iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Bandaraya Kuala Lumpur (majoriti), dan sebahagiannya Negeri Sembilan. Wilayah Lembah Klang Langat menarik untuk dilakukan penyelidikan kerana wilayah ini memiliki perkembangan pesat berbanding wilayah lain di semenanjung (peninsula) Malaysia. Berbeza dengan isilah di Negara Jiran, istilah lembah dimaksudkan sebagai river basin atau watershed atau daerah aliran sungai. Secara ekologi, kajian lembah tepat digunakan untuk perancangan kerana lembah membentuk suatu sistem ekologi bandar. Sebagai suatu sistem, lembah dipandang sebagai suatu zone yang memiliki sub sistem-sub sistem komponen yang bervariasi di mana satu dengan lain membentuk satu kesatuan yang tak dapat dipisahkan.

Sungai Klang memiliki hulu di bahagian Kuala Lumpur (Tengah Bandaraya) dan bermuara di Kelang. Mengingat fungsinya sebagai bandaraya maka keberadaan sungai Klang menjadi mustahak untuk menghindarkan dari segala bencana akibat banjir yang mungkin dapat ditimbulkan oleh hujan atau perubahan guna lahan. Di bahagian hilir sungai ini berkelok-kelok sehingga sangat mungkin terjadi erosi sungai.

Sungai Langat memiliki hulu di Ulu Langat dan bermuara di Kuala Langat. Sungai ini juga berkelok-kelok yang menunjukkan efektifnya erosi pada saat berlangsungnya arus sungai. Sungai Langat memiliki anak sungai seperti S. Kelambai, S. Labu, S. Chichong, S. Jijan, S. Beranang, S. Rinching, S. Tekali, S. Batangsi, S. Semenyih, S. Sekamat, S. Semungkis, S. Langat, S. Lui.
Gambaran spasial akan terasa lebih lengkap dengan adanya jadual. Dengan itu di bawah ini disampaian hirarki/tingkat pentadbiran mulai negeri sehingga Bandar/kampong/mukim. Wilayah Lembah Klang Langat memiliki Bandar dan mukim dengan tata tingkat yang berbeza. Jadual berikut memberikan penjelasan secara terperinci.


Sumber: Urusetia Perancangan lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri. 1998.
Peta Taburan perindustrian & petempatan Utama Lembah Klang Langat, 2008


Walau Negeri Sembilan ditulis, tetapi dalam kenyataan hanya sebagian kecilnya saja yang termasuk dalam wilayah Lembah Langat. Secara am, Selangor sebagai wialayh dominant lembah Klang Langat. Terdapat dua sungai besar lain yang berdekatan dengan lembah Klang langat iaitu sebelah utara Sungai Selangor, dan sebelah selatan Sungai Sepang.

Ditulis oleh:


Mochamad Rosul
Pelajar PhD program Geografi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Rujukan:
Anon. 2008. Peta Taburan perindustrian & petempatan Utama Lembah Klang Langat.
Jabatan Pemetaan Malaysia. 1974. Peta Penggunaan tanah Selangor (Present Land Use) Tahun 1974 skala 1:126.720. PTSL Aras 2 Peta Syit 1 n1-3.
Urusetia Perancangan lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri. 1998. Kajian Semula Pelan Perspektif Wilayah Lembah Klang. PTSL MPK9 JPM 14 P447 1988.
Ekhwan Hj. Toriman. 2008. Langat River: The Analysis of Meander Geometry Response to DischargeCharacter. Poster PPSPP FSSK UKM.

Thursday, October 23, 2008

Scientific Conference IV (part 2)

Pendahuluan

Di negara-negara dunia, rebakan bandar sering menjadi permasalahan apalagi untuk negara dengan pertumbuhan bandar yang cepat dan banyak pendatang (migrant) miskin dari desa menuju ke bandar. Rebakan Bandar terjadi kerana dua sebab iaitu pertumbuhan penduduk alami oleh selisih kelahiran dengan kematian masyarakat Bandar, dan dari luar akibat migrasi. Guna memenuhi kebutuhan keseharian, masyarakat perlu bekerja apalagi saat sekarang harga barang-barang semakin tinggi. Keterbatasan lapangan kerja menyebabkan sebagian memilih bekerja sebagai pekerja informal dengan penghasilan minim. Masuknya pendatang ini pada sisi lain menuntut perlunya penegakan undang-undang (polisi) oleh pengelola bandar sehingga rebakan bandar sejalan dengan rancangan bandar yang disusun.

Mengingat penduduk terus bertambah sedangkan luas lahan relative tetap maka pemilihan lokasi hunian penduduk menuju arah luar Bandar. Pinggiran Bandar menjadi alternative pilihan hunian kerana di pinggiran bandar harga lahan lebih murah dan kondisi udara yang masih baik. Penduduk yang semula menyewa rumah, dengan semakin meningkat pendapatannya maka sebagian penduduk memilih bermukim di luar bandar agar memiliki rumah tingal sendiri. Sebagian penduduk yang berpenghasilan rendah dengan terpaksa menempati rumah tinggal yang sempit dan kumuh memunculkan fenomena slum dan squatter.

Sebagian penduduk yang tidak mampu secara ekonomi, terpaksa bermukim di daerah genangan air yang tidak sehat. Musim kemarau tergenang oleh air laut pasang untuk yang bermukim di daerah pantai), dan musim hujan tergenang oleh banjir air hujan.

Rumah mukim dan fasilitas pendukung di daerah pantai seperti jalan, saluran drainase, tiang listrik, barang elektronik menjadi rusak akibat banjir. Masyarakat yang mampu akan berpindah ke tempat lain, tetapi masyarakat yang miskin tidak ada pilihan selain tetap bertempat tinggal disana walaupun terjadi ancaman bencana.
Salah satu bandar dengan urbanisasi dan pertumbuhan bandar yang cepat adalah Wilayah Klang-Langat meliputi Daerah Pentadbiran Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Selangor. Bukit yang seharusnya menjadi daerah tangkapan hujan (recharge area) dijadikan sebagai mukim dan kampong baru sebagai akibat terbatasnya lahan di pusat bandar. Dampaknya adalah air larian permukaan (surface runoff) semakin tinggi dan menurunnya resapan air (inviltrasi), semakin banyak vegetasi yang hilang sehingga udara semakin panas. Impak lainnya adalah terjadi longsor dan banjir kilat di beberapa tempat di Klang Langat.

Permasalahan lainnya adalah keberadaan Rancangan Tata Ruang Negeri mahupun Tempatan masih belum dapat diimplementasikan dalam mencapai tata ruang yang ramah persekitaran. Terlalu banyak kepentingan sosial ekonomi yang mempengaruhi pelaksanaan Rancangan Tata Ruang, sehingga fungsi persekitaran yang lestari terabaikan. Rancangan yang disusun masih baik dalam teori konsep, tetapi kerana tidak dapat diimplementasikan maka keberadaannya tidak mampu memformat bandar agar terkendali.
Berdasarkan permasalahan ini, penulis ingin membuat sebuah studi model rebakan bandar di Klang-Langat. Model ini membandingan antara kondisi saat ini dengan literature. Kedua nya dibandingkan terutama aspek spasial. Guna melengkapi dilakukan kajian aspek social ekonomi dan temporal sehingga dapat diperoleh perbedaan tata guna lahan, trend perkembangan bandar, kultur, pendekatan manusia dalam pembinaan, perbandingan komunitas masyarakat miskin dan lemah, serta tingkat respek terhadap alam, etnis, dan tanggung jawab spiritual.

Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. 1993. Istilah Geografi. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall, Peter. 2008. Planning World, return to Tradition to learn for tomorrow, the Journal of Town and Country Planning Association 77[2] February 2008. London. Email Brian.Moffat@tcpa.org.uk PTSL HT166 T6

Jackson, L.S. 2002. Consensus process in land use planning In British Columbia: the nature of Success: Progress in Planning 57(2002) halaman 1-90. www.elsevier.com/locate/pplann, PTSL HT 167 p7.

Pritchet, W.E., 2008. Which urban Crisis? Reionalism, Race, and Urban Policy, 1960-1974. Journal of Urban History, Vol 34 number 2 January 2008. SAGE Publications, North Caroline. http://www.sagepub.com/ PTSL HT 111 J68

Zhou, Bin; Kara M. Kockelman, 2008. Neighborhood impact on land use change: a multinomial logit model of spatial relationships, An International Journal of Urban, Regional and Environmental Research and Policy, Springer, USA springer.com. p 321-340 ptsl ht 390 a55


Penulis

Mochamad Rosul
Pelajar Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Email : mrosul@yahoo.com
Web: http://mrosul.blogspot.com/

Wednesday, October 22, 2008

Scientific Conference IV (part 1)

REBAKAN BANDAR KLANG LANGAT


Abstrak

Seiring dengan berjalannya waktu, penduduk Bandar semakin bertambah sehingga memerlukan penambahan sarana dan prasarana baru. Guna memenuhi prasarana tersebut maka diperlukan lahan baru untuk pembinaan. Pembinaan di satu sisi membawa kepada kemajuan tetapi disisi lain dapat memberikan impak negative terhadap pola ruang Bandar. Rebakan Bandar yang tidak terkendali dapat menyebabkan penyimpangan terhadap rancangan tata ruang. Bandar metropolitan Klang-Langat merupakan kawasan yang tumbuh pesat sehingga fenomena rebakan Bandar dapat dijumpai di wilayah tersebut.

Rumusan masalah penyelidikan adalah apakah rebakan bandar saat ini telah berjalan dengan pengawalan pengelolaan yang baik? Apakah rebakan bandar menyebabkan impak negatif ruang yang tidak terkendali terhadap rancangan tata ruang bandar? Rumusan permasalahan tersebut akan mencuba dicari pemecahan melalui tujuan penyelidikan. Tujuan penyelidikan untuk identifikasi distribusi rebakan bandar, identifikasi faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya rebakan bandar, polisi pengelolaan ruang bandar dan identifikasi impak rebakan bandar terhadap rancangan tata ruang.

Tujuan khusus adalah untuk mengembangkan diagnosis (dugaan) untuk menemukan kerangka kerja kira-kira terjadinya rebakan bandar, dasar indicator dan faktor-faktor penentu sukses rebakan bandar. Tujuan khusus ini diperolehi dengan cara melakukan review literature yang relevan, interview stake holder; review dokumen kerajaan negeri dan interview masyarakat.

Sukses factor penyelidikan diukur dari hasil wawancara tidak berstruktur dan explores perbandingan dari berbagai literature, laporan data kerajaan negeri dan hasil evaluation impak ruang. In-depth interview diberikan kepada kaki tangan kerajaan/ managers, pakar bandar dan masyarakat. Proses penyelidikan dilakukan dalam tiga level iaitu pada darjah negara, negeri, dan tempatan (bandar, mukim, kampung). Beberapa materi yang perlu ada dalam guide pertanyaan pada saat interview adalah identiti stake holder, identiti reviewer, character lokasi, izin, kebijakan/polisi alih fungsi lahan, permasalahan alih fungsi lahan, dan pemecahan permasalahan rebakan bandar. Pertanyaan dapat berkembang lebih luas sesuai jawapan yang diberikan pada saat wawancara. Wawancara dihentikan ketika indicator penyelidikan sudah terpenuhi.

Responden akan menjawab melalui general questions sebagai guideline. Selanjutnya dilakukan analisis kualitatif dan kuantitatif menggunakan Program statistik SPSS dan spread sheet MS-Excel mengikuti indicator, dsamping analisis ruang menggunakan GIS (geographical information systems). Analisis ini sebagai dasar untuk menyampaikan suatu temuan proses terjadinya rebakan bandar. Selain itu, analisis juga digunakan untuk menjawab pertanyaan tentang proses perancangan.

Kata Kunci: Rebakan Bandar, Perancangan
Diajukan ke panitia Scientific Conference IV
oleh
Mochamad Rosul, IC P42233
FSSK UKM
Phone 0146373502

Tuesday, October 21, 2008

KONTRAK SOSIAL

1957 YANG TERLUPAKAN


Kontrak sosial menjadi isu panas di Malaysia bersamaan dengan semakin dekatnya pemilihan Perdana Menteri Mac 2009 mendatang. Isu menjadi berbahaya apabila dibungkus dengan kepentingan politik masing-masing parti. Untuk itu Majlis Raja-raja memandang penting untuk mengadakan persidangan (yang jarang terjadi) untuk mengamankan kontrak sosial yang sudah menjadi kesepakatan sejak kemerdekaan Malaysia tahun 1957. Kontrak sosial yang dilanggar berakibat fatal bagi kemajuan Malaysia. Tulisan ini dibuat penulis untuk dapat memahami sejarah berdirinya lembaga di Malaysia yang berbeza dengan lembaga yang dikenal penulis selama ini di Indonesia.

Sejak kemerdekaan Malaysia 51 tahun yang lalu, Raja-raja Malaysia bersama beberapa parti seperti UMNO (mewakili bangsa Melayu), MCA (Malaysia Chinese Association), dan MIC (India) bersama negara British mengadakan kontrak sosial. Kontrak sosial ini bagi menghindari konflik kepentingan yang berbeza-beza bagi Malaysia yang multi etnik. Kontrak sosial ini menghasilkan lembaga yang menaungi kepentingan masing-masing, sekaligus masing-masing bangsa berkorban dengan pengorbanan yang besar. Kontrak sosial juga memberikan hak-hak istimewa ke masing-masing bangsa. Di samping pengorbanan besar, masing-masing ras untung dengan adanya kontrak sosial ini.

Salah satu isi kontrak sosial adalah adanya lembaga raja-raja di Semenanjung Malaysia yang berfungsi untuk menjaga kepentingan orang Melayu iaitu Agama Islam, Bahasa Melayu, dan Bangsa Melayu. Raja menjadi Yang Dipertuan Agung untuk menjaga segala kepentingan Melayu yang saat ini kalah dibandingkan dengan bangsa lain. Misal dari data pengangkaan Malaysia menunjukkan income per kapita bangsa Melayu lebih rendah dibandingkan dengan bangsa India dan China.

Selanjutnya kepada pendatang diberikan hak untuk bebas beragama sesuai dengan keyakinannya serta hidup di Malaysia. Hak ini dijamin kebebasannya oleh raja-raja, sehinggalah tidak perlu khuatir haknya dilanggar.

Kondisi saat ini seakan-akan ada tuntutan kebebasan (liberal) yang menyalahi kontrak sosial tersebut kerana ingin menghapuskan sistem lembaga raja-raja yang telah dibuat dengan perjuangan masa lampau. Tentu saja ini sangatlah menyinggung perasaan dan ini merupakan bentuk pelanggaran terhadap undang-undang.

Ada beberapa penyebab munculnya isu seperti ini antaranya kerana kesalahan sistem pendidikan yang diterapkan iaitu dengan adanya sistem pendidikan yang singular bagi kaum tertentu sehingga pelajar memiliki persepsi kebangsaan yang salah. Pelajar dimungkinkan memiliki kebanggaan ras tertentu yang keliru. Saat ini pelajar berada pada generasi keempat yang tidak mengetahui adanya kontrak sosial yang sentiasa mesti dijaga. Mereka cenderung memilih bebas seperti arus global yang saat ini melanda dunia.

Penyebab lainnya adalah kerana peran pengamat politik dan NGO (non government organisation) yang memberikan komentar yang membuat suasana semakin teruk. Dimungkinkan juga mereka memberikan analisis yang menguntungkan pihak-pihak tertentu sehingga isu lembaga ini mencuar.

Salah satu akibat dari pelanggaran kontrak sosial adalah munculnya isu lembaga ini. Adanya pihak yang merasa rugi dan hak-haknya dilanggar sehingga muncul rasa tidak nyaman di satu sisi. Bosnia Herzegovina, Perang Dunia ke-2, peperangan antara Eropah dengan bangsa Yahudi merupakan bentuk pelanggaran kontrak sosial dan atau tidak adanya kontrak sosial sehingga berakhir kerusuhan.

Salah satu bentuk penyimpangan terhadap kontrak sosial adalah penggunaan bahasa Inggeris untuk pengajaran beberapa kursus di sekolah. Itulah sebabnya beberapa kalangan keberatan dengan penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar.

Pemecahan Masalah

Pengalaman ini menjadi kes penting dalam studi penulis untuk memahami betapa penting lembaga sebagai wujud kontrak sosial. Lembaga Raja-raja/Sultan ini perlu dijelaskan dari generasi ke generasi berikutnya melalui sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan. Sekolah kebangsaan perlu terus dijayakan sehingga menjadi pilihan favorite bagi pelajar dan tidak ada pilihan lain selain ke Sekolah Kebangsaan. Kerajaan (Persekutuan mahupun Negeri) perlu memberikan sokongan dana yang besar untuk memajukannya.

Adanya Sekolah Singular (bangsa tertentu) perlu diberi muatan kebangsaan yang baik dan secara bertahap perlu diganti dengan sekolah kebangsaan. Tentu ini pilihan berat tetapi pendidikan pengajaran harus berubah kalau ingin maju.

Pentingnya pelajaran sejarah diajarkan dengan lebih menarik dan terbebas dari muatan politik. Dengan demikian pelajar memahami sejarah kemerdekaan dan cara mengisi kemerdekaan serta belajar saling menghormati.

Kemudian, Rakyat Melayu mesti bersatu padu untuk mempertahankan Tamadun Melayu. Sikap hormat menghormati akan dapat mewujudkan suasana harmoni yang diidam-idamkan. Jadikan kontrak sosial sebagai falsafah dan Tamadun Melayu sebagai Pijakan. Untuk mewujudkan keamanan perlu terus mempertahankan kontrak sosial. Banyak contoh di dunia sebagai pelajaran agar tidak mencuba-cuba melanggar kontrak sosial. Pelajar dan pensyarah perlu menjayakan penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran.

Kepada para pengamat dan NGO untuk memberikan penilaian dengan spirit membangun sehingga tercipta atmosfera yang mampu mereda konflik dan mendorong kemajuan. Perlu menghindari pengamatan yang menguntungkan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan bersama.

Penulis

Mochamad Rosul
Pelajar PhD Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Rujukan:
Radio 24 [21 Oktober 2008 pukul 3.00]Hasil sidang Raja-raja Melayu Oktober 2008.

Monday, October 20, 2008

Description

KERAJAAN TEMPATAN

(bagian 4)

Tulisan ini mengikut kondisi penulis yang kurang faham mengenai perlembagaan di Malaysia mulai dari negara hingga kampung. Diharapkan melalui tulisan ini lebih memperjelas hirarki antara pusat hingga tempatan. Ada beberapa hal yang memiliki perbezaan lembaga antara Indonesia dengan Malaysia. Indonesia sebagai negara kesatuan sedangkan Malaysia negara federal, masing-masing membawa konsekwensi kepada lembaga yang berlainan.

Pada bahagian satu sudah dijelaskan tentang Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang masing-masing dikepalai oleh Raja dan Raja atau Gabenor. Negeri ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan ada di bawah Kerajaan Negeri, melainkan (kecuali) pentadbiran Ibu Kota Persekutuan.

Kuala Lumpur ditetapkan sebagai Ibu Kota Persekutuan sehingga perbandaran Kuala Lumpur termasuk dalam bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebelum berjalan kuatkuasa (force/berlaku) perlembagaan itu, Kuala Lumpur termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Selangor. Untuk menyempurnakan hal ini Parlimen telah meluluskan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960) yang telah berkuatkuasa (berlaku) 1 April 1960.

Prinsip pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah merapatkan kerajaan dengan rakyat. Tetapi cara yang utama ialah mengenakan dan memungut cukai (rates) yang telah ditetapkan ke atas orang yang mempunyai harta yang terletak dalam kawasan Kerajaan Tempatan dan membelanjakan wang yang dipungut itu untuk faedah orang-orang yang tinggal di kawasan itu.

Untuk merapatkan rakyat dengan kerajaan, dasar pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan British ke dalam negeri ini ialah dengan cara membahagikan sesebuah negeri kepada beberapa daerah. Tiap-tiap daerah pula dipecahkan kepada beberapa mukim. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Tiap-tiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran seorang pegawai daerah, dan tip-tiap mukim di bawah seorang penghulu. Di Kelantan seorang penghulu disebut penggawa. Kampung pula diletakkan di bawah sebuah seorang ketua kampung. Di Kelantan disebut penghulu dan di Melaka disebut sidang. Menerusi pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung, segala polisi dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan disampaikan kepada rakyat.

Wilayah

Pentadbiran

Negara

Raja/Sultan

Negeri

Raja/Sultan, Gabenor

Tempatan:

Daerah

Mukim

Kampung

Pegawai Daerah

Penghulu, Penggawa (Kelantan)

Ketua Kampung, Penghulu (Kelantan), Sidang (Melaka)

Pegawai bukan sahaja pegawai yang bertugas untuk merapatkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan, tetapi dia juga telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah dan majistret (hakim). Dari itu sebagai pemungut hasil tanah dia boleh menjalankan kuasa di bawah undang-undang tanah seperti meluluskan permohonan tanah, membicarakan hal-ehwal pusaka kecil, menyelidik pertelingkahan hal-ehwal tanah, memungut hasil-hasil tanah dan membuat beberapa pekerjaan lain. Sebagai majistret, pegawai daerah itu membicarakan beberapa kesalahan jenayah kecil dan juga menolong menjaga keamanan dalam daerahnya.

Sebagai penghulu pula, dia adalah pegawai yang amat mustahak pada masa yang lepas dan pada masa sekarang, kerana dia adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh penduduk-penduduk dalam mukim nya. Dalam mukim dia menjadi wakil Kerajaan Negeri dan dia dikehendaki berkhidmat menolong pegawai daerah dan mengambil tahu segala hal-ehwal anak-anak mukim. Kuasa penghulu untuk membicarakan kes mal dan kes jenayah pada masa sekarang sudah tidak ada lagi kuasa (absolute).

Ketua kampung adalah sebagai penolong penghulu dan dia dilantik oleh kerajaan daripada golongan orang-orang yang dihormati oleh penduduk kampungnya. Dia tidak menerima apa-apa gaji daripada kerajaan melainkan hadiah tahunan sahaja. Ketua kampung dan penghulu juga diberi kuasa oleh undang-undang untuk mendaftarkan hal-ehwal kelahiran dan kematian dalam kampung dan mukim serta mendaftarkan beberapa perkara yang dikehendaki undang-undang.

Pada tahun 1950 undang-undang bertajuk “Ordinan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1959, (No. 52 t. 1950), Cara pentadbiran Kerajaan Tempatan di negeri berubah iaitu tiap-tiap Kawasan Kerajaan Tempatan dikuasai oleh Majlis yang terdiri daripada orang-orang yang dipilih dengan cara pilihanraya.

Untuk melaksanakan pentadbiran seperti ini tiap-tiap daerah di sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa kawasan dan tiap kawasan diletakkan di bawah pentadbiran satu pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan ini ada macam-macam jenis dan tiap-tiap satunya diserahkan di bawah undang tertentu. Jenis pihak berkuasa tempatan itu iaitu:

(a) Perbandaran

(b) Majlis Bandaran

(c) Majlis Daerah Luar Bandar

(d) Lembaga Bandaran

(e) Malis Tempatan.

Tempat-tempat yang tidak diliputi olehnya menjadi tanggungjawab utama pegawai daerah, penghulu-penghulu mukim, dan ketua-ketua kampung yang berkenan merapatkan hubungan rakyat yang tinggal di situ dengan kerajaan dan memberi bantuan yang perlu kepada mereka.

Pihak berkuasa Tempatan

Keterangan

Perbandaran

Ada 4 sahaja:

  • Perbandaran Pulau Pinang (Majlis bandaraya George Town) diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Bandar dan Kubu di Melaka diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Ipoh diwujudkan oleh kerajaan Perak 31 Mac 1962.
  • Perbandaran Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Persekutuan diwujudkan oleh kerajaan Selangor 15 Mac 1948

Majlis Bandaran

Pihak berkuasa dipilih dengan pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Daerah Luar Bandar

  • Pulau Pinang

  • Melaka

Hanya ada di Pulau Pinang dan Melaka sahaja

Memiliki 4 Majlis Daerah:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang
  • Majlis Daerah Utara Seberang Prai
  • Majlis Daerah Tengah Seberang Prai
  • Majlis Daerah Selatan Seberang Prai

Memiliki 3 Majlis Daerah Luar Bandar:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Alor Gajah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Jasin

Lembaga Bandaran

Pihak berkuasa dipilih tanpa pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Tempatan

· Tidak ada di Pulau Pinang dan Melaka kerana sudah memadai diliputi oleh Perbandaran dan Majlis Daerah Luar Bandar.

· Hanya terdapat di negeri Melayu sahaja

· Banyaknya Majlis ini:

o Kelantan – 21 buah

o Kedah – 28 buah

o Johor – 91 buah

o Pahang – 27 buah

o Negeri Sembilan 13 buah

o Terengganu 7 buah

o Perak – 81 buah

o Perlis – 2 buah

o Selangor – 24 buah

· Penubuhan majlis tempatan untuk mencegah pemberontakan komunis seperti yang dilakukan Dato’ Onn bin Jaafar.

· Tiap Majlis Tempatan dapat melantik setiausaha atau bendahari, atau beberapa kakitangan lagi.

· Suruhanjaya Pilihanraya bertanggungjawab ke atas pilihanraya Kerajaan Tempatan.

· Sebuah Majlis Tempatan memiliki seorang Yang Dipertua, seorang naib yang Dipertua, dan beberapa ahli.

Semenjak merdeka, perkembangan dalam lapangan Kerajaan Tempatan adalah secara besar-besaran, sehingga jarang didapati sebuah kampung yang tidak termasuk dalam lingkungan Majlis Tempatan. Oleh kerana ahli-ahli yang menduduki kerusi dalam sebuah badan kerajaan Tempatan itu tidak dipilih maka politik dalam kerajaan tempatan pun tidak ketinggalan. Malangnya tugas-tugas Kerajaan Tempatan tidak dapat terlaksana dengan baik dengan sistem ini seperti cukai tempatan tidak dipungut, kebersihan dan keelokan bandar tidak dijaga sehingga bandar kotor dan tak terurus.

Muncullah ide untuk mengekalkan badan Kerajaan Tempatan yang berada dalam Kepala Negeri. Ide ini mengurangi kelemahan kerana badan kerajaan tempatan mestilah orang yang bebas dari parti. Parti apa saja yang menang dia tetap bekerja.

Ditulis oleh

Mochamad Rosul

Student Ph. D National University of Malaysia (UKM)

Rujukan buku:

Abas, Tun Mohd. Salleh. 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.

Anon. 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

Ordinan Majlis Tempatan no. 36 t. 1952.

Ordinan Perbandaran Negeri Selat s. 4 dan 6

Parlimen, 1960. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960).

Seksyen 399. Ordinan Perbandaran. Untuk Pulau Pinang dan Melaka

KERAJAAN TEMPATAN

BANDAR, MUKIM, KAMPUNG

(bagian 4)

Tulisan ini mengikut kondisi penulis yang kurang faham mengenai perlembagaan di Malaysia mulai dari negara hingga kampung. Diharapkan melalui tulisan ini lebih memperjelas hirarki antara pusat hingga tempatan. Ada beberapa hal yang memiliki perbezaan lembaga antara Indonesia dengan Malaysia. Indonesia sebagai negara kesatuan sedangkan Malaysia negara federal, masing-masing membawa konsekwensi kepada lembaga yang berlainan.

Pada bahagian satu sudah dijelaskan tentang Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang masing-masing dikepalai oleh Raja dan Raja atau Gabenor. Negeri ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan ada di bawah Kerajaan Negeri, melainkan (kecuali) pentadbiran Ibu Kota Persekutuan.

Kuala Lumpur ditetapkan sebagai Ibu Kota Persekutuan sehingga perbandaran Kuala Lumpur termasuk dalam bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebelum berjalan kuatkuasa (force/berlaku) perlembagaan itu, Kuala Lumpur termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Selangor. Untuk menyempurnakan hal ini Parlimen telah meluluskan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960) yang telah berkuatkuasa (berlaku) 1 April 1960.

Prinsip pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah merapatkan kerajaan dengan rakyat. Tetapi cara yang utama ialah mengenakan dan memungut cukai (rates) yang telah ditetapkan ke atas orang yang mempunyai harta yang terletak dalam kawasan Kerajaan Tempatan dan membelanjakan wang yang dipungut itu untuk faedah orang-orang yang tinggal di kawasan itu.

Untuk merapatkan rakyat dengan kerajaan, dasar pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan British ke dalam negeri ini ialah dengan cara membahagikan sesebuah negeri kepada beberapa daerah. Tiap-tiap daerah pula dipecahkan kepada beberapa mukim. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Tiap-tiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran seorang pegawai daerah, dan tip-tiap mukim di bawah seorang penghulu. Di Kelantan seorang penghulu disebut penggawa. Kampung pula diletakkan di bawah sebuah seorang ketua kampung. Di Kelantan disebut penghulu dan di Melaka disebut sidang. Menerusi pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung, segala polisi dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan disampaikan kepada rakyat.

Wilayah

Pentadbiran

Negara

Raja/Sultan

Negeri

Raja/Sultan, Gabenor

Tempatan:

Daerah

Mukim

Kampung

Pegawai Daerah

Penghulu, Penggawa (Kelantan)

Ketua Kampung, Penghulu (Kelantan), Sidang (Melaka)

Pegawai bukan sahaja pegawai yang bertugas untuk merapatkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan, tetapi dia juga telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah dan majistret (hakim). Dari itu sebagai pemungut hasil tanah dia boleh menjalankan kuasa di bawah undang-undang tanah seperti meluluskan permohonan tanah, membicarakan hal-ehwal pusaka kecil, menyelidik pertelingkahan hal-ehwal tanah, memungut hasil-hasil tanah dan membuat beberapa pekerjaan lain. Sebagai majistret, pegawai daerah itu membicarakan beberapa kesalahan jenayah kecil dan juga menolong menjaga keamanan dalam daerahnya.

Sebagai penghulu pula, dia adalah pegawai yang amat mustahak pada masa yang lepas dan pada masa sekarang, kerana dia adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh penduduk-penduduk dalam mukim nya. Dalam mukim dia menjadi wakil Kerajaan Negeri dan dia dikehendaki berkhidmat menolong pegawai daerah dan mengambil tahu segala hal-ehwal anak-anak mukim. Kuasa penghulu untuk membicarakan kes mal dan kes jenayah pada masa sekarang sudah tidak ada lagi kuasa (absolute).

Ketua kampung adalah sebagai penolong penghulu dan dia dilantik oleh kerajaan daripada golongan orang-orang yang dihormati oleh penduduk kampungnya. Dia tidak menerima apa-apa gaji daripada kerajaan melainkan hadiah tahunan sahaja. Ketua kampung dan penghulu juga diberi kuasa oleh undang-undang untuk mendaftarkan hal-ehwal kelahiran dan kematian dalam kampung dan mukim serta mendaftarkan beberapa perkara yang dikehendaki undang-undang.

Pada tahun 1950 undang-undang bertajuk “Ordinan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1959, (No. 52 t. 1950), Cara pentadbiran Kerajaan Tempatan di negeri berubah iaitu tiap-tiap Kawasan Kerajaan Tempatan dikuasai oleh Majlis yang terdiri daripada orang-orang yang dipilih dengan cara pilihanraya.

Untuk melaksanakan pentadbiran seperti ini tiap-tiap daerah di sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa kawasan dan tiap kawasan diletakkan di bawah pentadbiran satu pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan ini ada macam-macam jenis dan tiap-tiap satunya diserahkan di bawah undang tertentu. Jenis pihak berkuasa tempatan itu iaitu:

(a) Perbandaran

(b) Majlis Bandaran

(c) Majlis Daerah Luar Bandar

(d) Lembaga Bandaran

(e) Malis Tempatan.

Tempat-tempat yang tidak diliputi olehnya menjadi tanggungjawab utama pegawai daerah, penghulu-penghulu mukim, dan ketua-ketua kampung yang berkenan merapatkan hubungan rakyat yang tinggal di situ dengan kerajaan dan memberi bantuan yang perlu kepada mereka.

Pihak berkuasa Tempatan

Keterangan

Perbandaran

Ada 4 sahaja:

  • Perbandaran Pulau Pinang (Majlis bandaraya George Town) diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Bandar dan Kubu di Melaka diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Ipoh diwujudkan oleh kerajaan Perak 31 Mac 1962.
  • Perbandaran Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Persekutuan diwujudkan oleh kerajaan Selangor 15 Mac 1948

Majlis Bandaran

Pihak berkuasa dipilih dengan pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Daerah Luar Bandar

  • Pulau Pinang

  • Melaka

Hanya ada di Pulau Pinang dan Melaka sahaja

Memiliki 4 Majlis Daerah:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang
  • Majlis Daerah Utara Seberang Prai
  • Majlis Daerah Tengah Seberang Prai
  • Majlis Daerah Selatan Seberang Prai

Memiliki 3 Majlis Daerah Luar Bandar:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Alor Gajah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Jasin

Lembaga Bandaran

Pihak berkuasa dipilih tanpa pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Tempatan

· Tidak ada di Pulau Pinang dan Melaka kerana sudah memadai diliputi oleh Perbandaran dan Majlis Daerah Luar Bandar.

· Hanya terdapat di negeri Melayu sahaja

· Banyaknya Majlis ini:

o Kelantan – 21 buah

o Kedah – 28 buah

o Johor – 91 buah

o Pahang – 27 buah

o Negeri Sembilan 13 buah

o Terengganu 7 buah

o Perak – 81 buah

o Perlis – 2 buah

o Selangor – 24 buah

· Penubuhan majlis tempatan untuk mencegah pemberontakan komunis seperti yang dilakukan Dato’ Onn bin Jaafar.

· Tiap Majlis Tempatan dapat melantik setiausaha atau bendahari, atau beberapa kakitangan lagi.

· Suruhanjaya Pilihanraya bertanggungjawab ke atas pilihanraya Kerajaan Tempatan.

· Sebuah Majlis Tempatan memiliki seorang Yang Dipertua, seorang naib yang Dipertua, dan beberapa ahli.

Semenjak merdeka, perkembangan dalam lapangan Kerajaan Tempatan adalah secara besar-besaran, sehingga jarang didapati sebuah kampung yang tidak termasuk dalam lingkungan Majlis Tempatan. Oleh kerana ahli-ahli yang menduduki kerusi dalam sebuah badan kerajaan Tempatan itu tidak dipilih maka politik dalam kerajaan tempatan pun tidak ketinggalan. Malangnya tugas-tugas Kerajaan Tempatan tidak dapat terlaksana dengan baik dengan sistem ini seperti cukai tempatan tidak dipungut, kebersihan dan keelokan bandar tidak dijaga sehingga bandar kotor dan tak terurus.

Muncullah ide untuk mengekalkan badan Kerajaan Tempatan yang berada dalam Kepala Negeri. Ide ini mengurangi kelemahan kerana badan kerajaan tempatan mestilah orang yang bebas dari parti. Parti apa saja yang menang dia tetap bekerja.

Ditulis oleh

Mochamad Rosul

Student Ph. D National University of Malaysia (UKM)

Rujukan buku:

Abas, Tun Mohd. Salleh. 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.

Anon. 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

Ordinan Majlis Tempatan no. 36 t. 1952.

Ordinan Perbandaran Negeri Selat s. 4 dan 6

Parlimen, 1960. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960).

Seksyen 399. Ordinan Perbandaran. Untuk Pulau Pinang dan Melaka

Bengkel

Penulisan Gaya UKM



Dalam workshop ini dijelaskan gaya/teknik penulisan thesis yang diperlukan agar ada kesamaan antara pelajar siswazah dan pasca siswazah. Uraian diberikan oleh Prof Dr. Jamaludin Md. Jahi dari ATMA (Akademi Tamadun Melayu) UKM. Berlangsung mulai pukul 8.00 hingga 12.30 tengah hari.


Begitu banyak gaya penulisan thesis selama ini membuat UKM perlu membuat style tersendiri sehingga hasil karyanya mudah diakses oleh mana-mana pihak. Meski demikian beberapa bidang seperti sejarah dan undang-undang masih memerlukan penyesuaian sehingga tidak menimbulkan masalah pada program studinya.


Profesor menekankan bahawa Panduan Penulisan Gaya UKM mestilah diikuti oleh seluruh pelajar dan penyelia. Beberapa masalah mendasar yang mesti diikuti misalnya margin untuk penulisan adalah rata kanan kiri dengan spasi 1.5 baris, antar perenggan 2 baris, menggunakan kertas A4 minimal 70 gram (dianjurkan 80 gram agar bisa bolak balik), ukuran font 12 times new roman.


Aturan jider selalu dilihat paling awal sehingga pelajar perlu mencermati. Jider atas berjarak 30 mm, jider kanan 25 mm, jider kiri 38, dan jider bawah 25. Sememangnya jider di komputer berbeza dengan hasil print out sehingga pelajar mestilah mengecek.


Selanjutnya secara detail dapat dilihat di Gaya penulisan UKM tentang cara menuliskan jadual, rajah, lampiran, Abstrak, Abstract, Kandungan. Tak kalah mustahak adalah penulisan rujukan baik dalam teks mahupun Senarai rujukan.


bengkel ini dihadiri oleh pelajar dan pensyarah UKM sebanyak 60-an peserta. Sangat menarik dan mustahak.


Penulis


Mochamad Rosul

Pelajar PhD UKM

Description

Perhubungan antara Persekutuan
dengan Negeri dan Tempatan
(bagian 3)



Amatlah penting untuk membicarakan tentang perhubungan antara persekutuan (federal) dengan negeri termasuk antara tempatan (daerah) dengan negeri sehingga muncul harmonis hubungan. Perbezaan besar akan nampak antara negeri apabila hubungan antara negeri kurang baik. Negeri sebagai anggota persekutuan memiliki peruntukan bagi menentukan perhubungan antara pusat dengan kerajaan negeri. Peruntukan ini penting bagi mengelakkan beberapa pertelingkahan (dispute/perselisihan) yang mungkin berlaku antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan untuk menyelesaikan pertelingkahan yang telah berlaku. Apalah jadinya jikalau pembangunan hanya memperhatikan negeri tertentu tanpa melihat perancangan negeri yang ada di sekitarnya.

Cara perhubungan itu terpulanglah kepada hakikat perlembagaan persekutuan itu. Menurut KC Wheare (1956)[1], persekutuan terbahagi kepada tiga jenis. Yang pertama ialah persekutuan yang kerajaan pusat nya lemah daripada kerajaan negeri, kerana kebanyakan kuasa yang mustahak diberikan kepada kerajaan negeri. Jenis yang kedua ialah persekutuan yang kerajaan pusat nya lebih kuat daripada kerajaan negeri, dan jenis yang ketiga pula ialah persekutuan yang kerajaan pusat nya sama kuat dan sama taraf dengan kerajaan negeri. Mengikut pendapatnya, persekutuan yang sebenar ialah jenis yang ketiga iaitu persekutuan yang kerajaan pusat mempunyai kuasa sama banyak dan sama mustahak dengan kerajaan negeri. Persekutuan seperti ini hanya didapati di sebuah negara sahaja iaitu Amerika Syarikat.

Jenis yang pertama dan kedua bukanlah negara federal yang sebenar. Ini adalah seakan-akan federal (quasi federalism). Tetapi dalam kenyataan sejarah menunjukkan bahawa sangat susah benar persekutuan untuk hidup apabila kerajaan pusat nya tidak memiliki kuasa yang cukup untuk mengatasi segala kerumitan politik dan sosial ekonomi. Bagi negara yang kerjaan pusat sama kuat dengan negeri seperti Amerika Syarikat, sejarah dunia menunjukkan bahawa terutama pada kedua-dua perang dunia lepas telah membuktikan bahawa secara beransur-ansur kerajaan pusat menjadi bertambah kuat dan mustahak. Jika tidak demikian maka ancaman dari dalam dan luar negeri tentulah tidak dapat diatasi.

Yang demikian amatlah mustahak bagi kerajaan pusat dalam sesebuah persekutuan mempunyai kuasa kuat dan lebih dibandingkan dengan kerajaan negeri. Dengan berasaskan inilah maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Perlembagaan Malaysia telah direka dan dirangka.

Hal Ehwal Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Negeri
Dalam hubungan menjalankan perkhidmatan kepada rakyat, hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri mestilah ada peruntukan yang jelas. Harapannya agar tidak terjadi kerumitan dan soal yang kusut dalam hubungan keduanya akan dapat mengecewakan rakyat. Untuk mengelakkan peristiwa-peristiwa seperti ini maka dalam Perlembagaan Malaysia ada peruntukan-peruntukan iaitu Kerajaan Negeri bukan sahaja lebih rendah daripada Kerajaan Persekutuan tetapi juga kuasanya dalam hal-ehwal tanah, Kerajaan Tempatan dan kewangan hendaklah dijalankan mengikuti polisi yang dibuat oleh tiga buah majlis negara yang ditubuhkan oleh perlembagaan. Ketiga-tiga Majlis Negara ini ialah Majlis Tanah Negara, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, dan Majlis Kewangan Negara.





Majlis Tanah Negara diberi tugas untuk membentuk satu polisi negara yang meliputi seluruh persekutuan bagi menjana (produce/generate/menghasilkan) dan mengawal penggunaan tanah negara untuk galian, pertanian, perhutanan, dan lai-lain lagi serta untuk menjalankan undang-undang mengenai hal ini. Polisi negara ini dibuat dari semasa ke semasa secara berunding dengan kerajaan persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara, dan polisi yang telah dibuat itu hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Selain membuat polisi negara, Majlis Tanah Negara juga menjadi badan tempat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri bertanya mengenai penggunaan tanah, undang-undang yang berkaitan dengan hal ini yang dicadangkan dibuat, atau mengenai pentadbiran undang-undang yang berkaitan dengan hal ini. Majlis Tanah Negara hendaklah memberi nasihat mengenai hal yang ditanyakan itu.


Majlis Tanah Negara terdiri daripada seorang menteri yang menjadi pengerusi Majlis itu, 10 orang wakil Kerajaan Persekutuan dan seorang wakil bagi tiap-tiap negeri. Wakil tiap negeri itu dilantik oleh Raja atau Gabenor Negeri masing-masing.


Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan mempunyai kewajipan untuk membentuk satu polisi negara bagi memajukan, mengelokkan dan mengawal Kerajaan Tempatan dalam seluruh persekutuan dan bagi mentadbirkan undang-undang mengenai hal tersebut. Polisi negara ini dibuat dari satu masa ke satu masa setelah berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Polisi yang dibuat oleh Majlis ini hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga boleh bertanya kepada Majlis ini mengenai hal-ehwal Kerajaan Tempatan dan Majlis ini hendaklah memberi nasihat mengenai hal yang ditanyakan. Tetapi jika Kerajaan Persekutuan atau Negeri bercadang hendak membuat undang-undang Kerajaan Tempatan, maka Kerajaan Persekutuan atau Negeri hendaklah berunding dengan Majlis ini terlebih dahulu. Majlis ini dikehendaki memberi nasihat mengenainya.


Susunan Majlis ini adalah sama seperti Majlis Tanah Negara iaitu terdiri daripada seorang menteri yang menjadi pengerusi dalam majlis, 10 orang wakil Kerajaan Persekutuan dan seorang wakil bagi tiap-tiap negeri. Wakil-wakil negeri diangkat oleh Raja atau Gabenor masing-masing.


Majlis Kewangan Negara terdiri daripada seorang Perdana Menteri, seorang menteri yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan seorang wakil dari tiap-tiap negeri. Wakil negeri dilantik oleh Raja atau Gabenor Negeri masing-masing. Kewajipan Majlis Kewangan Negara itu ialah mengenai perkara-perkara seperti berikut:


1. Pemberian wang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri,
2. Penyerahan kesemua atau sebahagian daripada jumlah cukai atau bayaran persekutuan kepada Kerajaan Negeri,
3. Pinjaman wang yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri pada tiap-tiap tahun dan perjalanan kuasa meminjam wang oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,
4. Memberi pinjaman wang kepada Negeri,
5. Membuat rancangan kemajuan,
6. Peraturan mengenai kira-kira dan kewangan serta pemeriksaan kira-kira Kerajaan Persekutuan, Negeri dan pihak-pihak berkuasa awam yang lain,
7. Mengubah kadar pemberian wang kepada negeri mengikut bilangan orang,
8. Membuat undang-undang untuk menegah atau menghadkan Kerajaan Negeri daripada mengenakan royalti atas bijih timah atau bijih dan galian yang lain daripada bijih timah yang dikeluarkan dari negeri itu.
9. Perkara-perkara lain yang ditentukan oleh perlembagaan atau undang-undang persekutuan supaya hendaklah diadakan dengan Majlis Kewangan Negara.


Kerajaan Persekutuan boleh berunding dengan Majlis ini, sama ada mengenai kewangan atau bukan. Kerajaan negeri juga boleh berunding dengan Majlis ini mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan kedudukan wang negeri tersebut.

Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Student Ph. D National University of Malaysia (UKM)


Rujukan buku:
Abas, Tun Mohd. Salleh, 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.
Anonim, 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.
[1] KC Wheare. 1956. Federalism. Oxford University. Oxford University Press.

Friday, October 17, 2008

Kerajaan Monarchy Federal: (bagian 2)

Perbincangan mengenai sistem pemerintahan selalunya menarik untuk dikaji kerana sifat dinamis sistem negeri dan negara। Bagian satu terdahulu sudah di bahas tentang sistem pemerintahan negara, negeri dan tempatan yang saling terkait satu dengan lainnya. Sistem pemerintahan ini tidak dapat berjalan dengan baik tanpa adanya undang-undang dalam setiap negeri. Undang-undang ini menjadi kesepakatan bersama agar dapat dicapai harmonis dalam dan antara negeri serta pedoman bersama. Undang-undang dibuat dalam tingkat negara dan negeri. Diskusi kali ini membahas tentang mekanisme undang-undang dalam sistem pemerintahan kerajaan monarchy Malaysia dan hal-ehwal kewangan.

Sebagai negara federal, negeri memiliki kuasa untuk menyusun besarnya gaji dengan menetapkan undang-undang mengenai gaji negeri. Kuasa membuat undang-undang dalam setiap negeri terdapat pada Raja atau Gabenor dan satu badan perundangan yang dinamakan Dewan Negeri. Di Negeri-negeri tanah Melayu semua ahli Dewan Negeri dipilih, melainkan tiga orang pegawai kerajaan sahaja, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri. Bilangan ahli yang dipilih bagi tiap Dewan Negeri terpulanglah kepada Perlembagaan Negeri masing-masing. Bilangannya adalah seperti berikut:
Johor 36
Kedah 28
Kelantan 39
Melaka 20
Negeri Sembilan 28
Pahang 33
P. Pinang 33
Perak 46
Perlis 14
Selangor 42
Terengganu 32

Di Sabah dan Sarawak, ahli Dewan Negeri adalah terdiri daripada tiga orang pegawai kerajaan, ahli yang dipilih dan ahli yang dilantik. Tiap-tiap Dewan Negeri mempunyai seorang Yang Dipertua Dewan untuk mengurus kerja-kerja Dewan Negeri dan menjadi pengerusi (chairman) dalam persidangan Dewan Neger.
Tiap-tiap Dewan Negeri boleh menetapkan gaji ahli-ahli dan gaji Yang Dipertua Dewan Negeri dengan cara meluluskan undang-undang mengenainy. Gaji Yang Dipertua Negeri adalah ditetapkan dan dibayar dari Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan.

Sebelum sesuatu undang-undang dibuat oleh sesebuah negeri, satu rancangan undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Negeri। Rang undang-undang dibaca tiga kali dan diluluskan setiap kali dibacakan. Selepas itu rang undang-undang itu dihantar kepada Raja dan Gabenor untuk mendapatkan persetujuannya. Kemudian barulah rang undang-undang itu disiarkan sebagai undang-undang, dan akan berkuatkuasa pada hari undang-undang itu tersiar atau pada tarikh yang ditetapkan, sama ada tarikh itu sudah lepas atau akan datang. Undang-undang yang dibuat Dewan Negeri dinamai Enakmen.

Tiap-tiap Dewan Negeri mempunyai hak keutamaannya iaitu sah atau tidak sahnya segala pembicaraan dalam Dewan itu tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak boleh seseorang pun yang boleh didakwa dengan sebab perkataan nya atau undinya ataupun kerana dia mengambil bahagian dalam suatu pembicaraan dalam Dewan Negeri itu. Demikianlah juga, seseorang itu tidak boleh didakwa atas sebab dia telah menyiarkan suatu perkara yang telah mendapat tauliah (accredited) Dewan Negeri.

Kedudukan undang-undang demikian kuat berikut juga dengan penyusun undang-undang. Permasalahan nya mengapa tidak mendapat persetujuan masyarakat umum? Bukankah nanti nya masyarakat juga yang merasakan manfaat dari undang-undang dan masyarakat juga yang melaksanakan. Di sini letak absolute sebuah negara monarchy kerana Raja dan Gabenor memiliki kekuasaan yang tinggi. Lalu bagaimana sistem pengaturan kewangannya apakah sistem diatur supaya transparent atau kah tidak?

Hal-ehwal Kewangan
Kewangan merupakan hal penting dalam pengaturan kerajaan. Pengaturan kewangan yang baik membuat produksi meningkat, sebaliknya dapat menimbulkan kerosakan kerana mendorong rasuah. Sistem pentadbiran wang negeri samalah seperti peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai pentadbiran wang negara.
Tidak ada cukai yang boleh dikenakan dan dipungut untuk faedah negeri melainkan ada undang-undang negeri yang menguasai hal itu। Semua cukai dan hasil yang dipungut hendaklah dikumpulkan di dalam satu kumpulan yang dinamakan Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan.

Perbelanjaan-perbelanjaan yang akan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Negeri ini mestilah diluluskan oleh undang-undang. Perbelanjaan ini terbagi dalam dua jenis iaitu pertama perbelanjaan yang ditetapkan sebagai hutang. Perbelanjaan ini adalah setengah-setengah nya ditetapkan oleh perlembagaan dan juga undang-undang lain. Misalnya Peruntukan Diraja bagi gaji Raja atau Gabenor, gaji Yang Dipertua Dewan Negeri, wang-wang pembayaran hutang negeri dan wang-wang yang dikehendaki untuk menjelaskan keputusan-keputusan mahkamah.

Satu lagi jenis perbelanjaan ialah segala perbelanjaan yang dicadangkan akan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Negeri dan akan diluluskan oleh penganggaran dan Enakmen Perbekalan. Cara-cara mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Negeri adalah dibuat mengikut undang-undang iaitu Ordinan Peraturan Kewangan.

Pegawai Kewangan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengawal perbelanjaan-perbelanjaan ini. Kira-kira wang kerajaan akan diperiksa oleh Juru Audit Negara, dan dia akan menghantar satu laporan kepada raja atau Gabenor untuk dibentangkan dalam Dewan Negeri. Sebelum pembentangan dalam Dewan negeri dibuat, satu jawatan kuasa Dewan Negeri yang dinamai Jawatan Kuasa (committee) Kira-kira Wang Kerajaan Negeri juga akan memeriksa kira-kira ini.


Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Student Ph. D National University Malaysia (UKM)


Rujukan buku:
Abas, Tun Mohd। Salleh, 1988। Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia। PTSL KQB .M7 n.2.
Anonym, 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

Thursday, October 16, 2008

ABSTRACT

Many country in the world have urban sprawl phenomena with urbanism process by population and economic growth। Urban sprawl could a problem because land use change un arrangement and many migrant from rural to city. Many facilities in the city is one sector could make economic agglomeration and cause many new facility will rapid growth in city and periphery. Research question in this research are (1) are urban sprawl in Klang Langat Watershed un arrangement? (2) How was urbanization process in the city? (3) Are spatial transformation follow by economic and social transformation?

The aim of study are for (1) identify the urban sprawl process in Klang Langat watershed; (2) identify urbanization process; (3) identify the process of spatial, economy and social transformation because of urban sprawl; (4) make new model of urban planning base on environment। The data for research are series land use and urban plan map, population and economic growth data, social and economy activity, law plan, interview stake holder, review the government document, the plan in the real data and standard of Plan.

Method analysis is regional complex analysis। This analisis using spatial and environment approach। The first time using overlay three map to find new map by Arc View GIS 3.3 software, the second is using table frequencies and cross table analysis. The output research is found the urban sprawl model in un arrangement area, model of urbanization process, and the model of transformation rural to uran area.

Keyword: urban sprawl, urbanization, transformation, plan

Kerajaan Monarchi Malaysia

Kerajaan Monarchy Federal:

Negeri dan Tempatan


(bagian 1)





Tulisan ini ditujukan untuk memberikan pemahaman tentang kerajaan negeri dan tempatan Malaysia. Harapannya dapat bermanfaat bagi penyusunan berbagai tulisan terkait dengan kerajaan Malaysia. Berbeza dengan negara berkembang lain, negara Malaysia memiliki sistem pentadbiran sebagai negara persekutuan (federal) berbeza. Perbezaan ini merupakan wujud daripada keinginan, perasaan, dan cita-cita rakyatnya. Secara am, ada tiga struktur besar sistem pemerintahan iaitu negara atau persekutuan atau country, negeri atau province, dan tempatan atau daerah. Dalam setiap persekutuan mestilah ada beberapa buah Kerajaan Negeri dan sebuah Kerajaan Pusat yang ditubuhkan oleh persekutuan itu. Demikian juga dalam setiap negeri mengandungi beberapa daerah atau tempatan. Gambaran ringkasnya seperti rajah di bawah ini.

Rajah Sistem Pentadbiran Malaysia

Sistem pemerintahan Malaysia adalah demokrasi berparlimen sebagai asas dan perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Dari itu amatlah mustahak (important) bahawa setiap perlembagaan negeri mempunyai konsep yang sama dengan konsep perlembagaan Malaysia.

Parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Saat ini ada dua kumpulan parti besar iaitu Pakatan Rakyat antara lain terdiri atas DAP – China, PAS – Melayu, dan Keadilan – Melayu. Parti keadilan pimpinan Datuk Anwar Ibrahim. Kedua Barisan Nasional (Barnas) terdiri atas parti UMNO – Melayu pimpinan Pak Lah atau Datuk Mahatir Mohamad, MCA – China dan MIC – India.

Saat ini parti yang berkuasa adalah barisan nasional pimpinan Mahatir Muhamad yang bertanggung jawab terhadap jalannya pemerintahan. Parti lainnya Pakatan Rakyat merupakan parti pembangkang (oposisi) yang saat ini mampu menguasai beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Perlis. Masing-masing parti memiliki sejumlah wakil di parlimen sesuai dengan suara rakyat yang mendukung parti.

Adanya parti pembangkang menyebabkan kehidupan pemerintahan dan pembinaan menjadi dinamis kerana mendapatkan kritik dari parti pembangkang. Masing-masing parti berusaha menunjukkan kerja perkhidmatan yang simpatik kepada rakyat. Parti Barnas berusaha melayani seluruh rakyat dengan mengurangi harga petrol jika harga minyak dunia turun. Tarikh 13 Oktober 2008 harga petrol turun RM 0.12 atau 12 cent. Sedangkan Parti Pakatan Rakyat berusaha membebaskan (percuma) biaya air bersih dan elektrik untuk bil dalam darjah tertentu. Tiap-tiap negeri mengadakan pilihan raya setelah masa empat tahun atau sebelumnya jika ada pengunduran diri anggota parlimen.

Negeri


Tiap-tiap Negeri mempunyai seorang raja (sultan) atau Gabenor sebagai Ketua Negeri. Negeri-negeri yang mempunyai raja adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Negeri-negeri yang memiliki Gabenor pula ialah Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Sabah dan Sarawak, Gabenor disebut Yang Dipertua Negeri.

Berkenaan dengan pertabalan (penobatan/coronation) raja, terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing, dan ini ialah mengikut adat istiadat negeri itu. Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam pertelingkahan (konflik) mengenai pertabalan itu, tetapi bertanggung jawab memberi jaminan kepada seorang raja supaya ia dapat menjadi raja negeri tersebut serta memegang dan menikmati hak-haknya sebagai seorang Raja, sebagaimana yang tertulis dalam Perlembagaan Negeri itu. Jaminan ini juga diberikan kepada Orang Besar Pemerintah (Ruling Chiefs) Negeri Sembilan iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar Tampin.

Tiap Gabenor dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas budi bicaranya, tetapi pelantikan itu hendaklah dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri Negeri masing-masing. Pelantikan ini adalah untuk empat tahun.

Namun demikian seorang gabenor itu boleh meletakkan jawatannya atau dilucuti jawatannya sebelum cukup tempoh itu. Untuk melucuti jawatannya, mestilah terlebih dahulu mendapat keputusan daripada Dewan Negeri, dan keputusan itu telah disokong oleh suara banyak yang tidak kurang daripada 2/3 jumlah ahli Dewan Negeri itu.

Raja adalah sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Oleh sebab agama Islam tidak menjadi agama rasmi di Sabah dan Sarawak, maka Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak tidak menjadi Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing.

Selain Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya, Raja dan Gabenor mempunyai keutamaan (precedence) atas semua orang. Dalam negeri masing-masing, setiap Raja atau Gabenor mempunyai keutamaan atas Raja dan Gabenor lain. Tetapi jika di luar negeri masing-masing, Raja mempunyai keutamaan seorang Raja atas seorang Raja adalah ditentukan dengan tarikh siapa dahulu menjadi Raja. Demikian juga caranya untuk menentukan keutamaan seorang Gabenor atas Gabenor lain.




Negara


Negeri


Raja/Sultan


Raja/Sultan, Gabenor


Yang Dipertuan Agong


Yang Dipertua Negeri (Sabah, Sarawak)



Dewan Negeri


Ketua Agama Islam (Pulau Pinang dan Melaka)


Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri kecuali Sabah dan Sarawak


Perdana Menteri, Kementerian


Ketua Menteri Negeri atau Menteri Besar



Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Majlis Jemaah (Sabah) atau Majlis Tertinggi (Sarawak)



Gaji Raja dan Gabenor terkandung dalam peruntukan Diraja (civil list) bagi negeri masing-masing. Perbelanjaan dalam peruntukan ini dikenakan sebagai bayaran tetap atas kumpulan Warga Negeri Yang Disatukan.

Semua raja dan Gabenor menjadi ahli majlis Raja-raja, tetapi apabila Majlis itu membincangkan masalah pemilihan dan pelucutan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta hal-ehwal kedudukan Raja-raja Melayu, Gabenor tidak dianggap menjadi ahli Majlis itu.

Raja dan Gabenor mempunyai kuasa membuat pengampunan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang yang melakukan kesalahan jenayah dalam negeri masing-masing. Kuasa ini mendapatkan nasihat dari Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada Peguam (lawyer) Negara, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan tidak lebih dari tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor Negeri itu.

Lembaga Pengampunan bersidang bersama-sama Raja dan Gabenor negeri itu sendiri dan Raja atau Gabenor negeri menjadi pengerusi (chairman) persidangan. Biasanya peguam negara tidak dapat hadir dalam persidangan Lembaga Pengampunan. Yang demikian dia boleh mewakilkan seorang pegawai biasanya Penasihat Undang-undang negeri itu. Sebelum memberikan pertimbangan akhir, Lembaga Pengampunan biasanya mendapatkan masukan tertulis dari peguam negara.

Dalam tiap-tiap Perlembagaan Negeri yang beraja, Raja adalah sebagai punca kemuliaan dan keutamaan dalam negeri tersebut dan berhak memberikan bintang-bintang kehormatan dan gelaran.


Pemerintahan


Dalam semua Perlembagaan Negeri, kuasa pemerintahan terletak di tangan Raja-raja atau Gabenor, tetapi kuasa ini dijalankan atas nasihat yang diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan atau oleh seorang ahli yang ditauliahkan (licentiate)oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pentadbiran negeri dijalankan oleh atas nama Raja atau Gabenor dan berhak mendapat perkhabaran mengenai pemerintahan negeri. Di Sabah, Majlis Mesyuarat Kerajaan disebut Jemaah Menteri dan di Sarawak disebut Majlis Tertinggi (Supreme Council). Dalam tulisan ini memadailah jika menggunakan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Tiap-tiap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri, tiga orang pegawai kerajaan dan tidak kurang daripada empat orang tetapi tidak lebih daripada lapan orang ahli Dewan Negeri. Ketiga-tiga pegawai kerajaan itu ialah Setiausaha (secretary) Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Mereka tidak payah lagi dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, kerana mereka menjadi ahli dengan sebab jawatan mereka.

Raja atau Gabenor akan melantik seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri ini mestilah ahli Dewan Negeri dan beroleh kepercayaan lebih daripada separuh ahli dewan itu. Selepas itu Raja atau Gabenor melantik ahli-ahli lain dan pelantikan itu dibuat atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab kepada Dewan Negeri. Jika Menteri Besar atau Ketua menteri tidak beroleh lagi kepercayaan lebih dari separuh ahli Dewan Negeri, maka ia dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain ketiga-tiga orang pegawai kerajaan itu hendaklah meletakkan jawatan. Atas permintaan Menteri Besar atau Ketua Menteri, Dewan negeri dibubarkan oleh raja atau Gabenor supaya diadakan pilihan raya.

Selain Sabah dan Sarawak, Semua tugas kerajaan adalah terletak di tangan Menteri Besar atau Ketua menteri. Jabatan-jabatan Kerajaan adalah di bawah jagaannya. Cara pemerintahan Sabah dan Sarawak ialah sistem ber menteri, iaitu setiap ahli Jemaah Menteri atau Majlis tertinggi diberi tugas untuk menjalankan dan menjaga beberapa buah kerajaan, dan ahli-ahli ini diberi gelaran sebagai menteri.

Walau mana-mana sistem pemerintahan pun dipilih, Setiausaha Kerajaan adalah pegawai turus (staff officer) dalam pentadbiran, dan dia berkuasa memberi perintah kepada pegawai-pegawai lain. Oleh sebab itu, maka ia bertanggungjawab kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis mesyuarat Kerajaan dalam melaksanakan polisi-polisi yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Tiap-tiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya masing-masing dan ahli perkhidmatan awam ini memegang jawatan setelah diperkenankan oleh Raja dan Gabenor. Dengan ini jawatan mereka boleh dilucutkan tetapi sebelum itu mereka hendaklah diberi peluang mempertahankan diri. Perlucutan itu dibuat oleh pihak berkuasa yang tidak rendah daripada pihak berkuasa yang boleh melantiknya. Dengan adanya Perkhidmatan Awam Negeri, setiap negeri mempunyai Suruhanjaya (Commission) Perkhidmatan Awam untuk menyelenggarakan hal ehwal Perkhidmatan Awam Negeri.


Ditulis oleh


Mochamad Rosul


Student Ph. D National University Malaysia (UKM)




Rujukan buku:

Abas, Tun Mohd. Salleh, 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.

Anonim, 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

(1) Perlembagaan Negeri Sembilan, Bahagian II, Per. XXXIV.