Monday, October 20, 2008

KERAJAAN TEMPATAN

BANDAR, MUKIM, KAMPUNG

(bagian 4)

Tulisan ini mengikut kondisi penulis yang kurang faham mengenai perlembagaan di Malaysia mulai dari negara hingga kampung. Diharapkan melalui tulisan ini lebih memperjelas hirarki antara pusat hingga tempatan. Ada beberapa hal yang memiliki perbezaan lembaga antara Indonesia dengan Malaysia. Indonesia sebagai negara kesatuan sedangkan Malaysia negara federal, masing-masing membawa konsekwensi kepada lembaga yang berlainan.

Pada bahagian satu sudah dijelaskan tentang Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang masing-masing dikepalai oleh Raja dan Raja atau Gabenor. Negeri ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan ada di bawah Kerajaan Negeri, melainkan (kecuali) pentadbiran Ibu Kota Persekutuan.

Kuala Lumpur ditetapkan sebagai Ibu Kota Persekutuan sehingga perbandaran Kuala Lumpur termasuk dalam bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebelum berjalan kuatkuasa (force/berlaku) perlembagaan itu, Kuala Lumpur termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Selangor. Untuk menyempurnakan hal ini Parlimen telah meluluskan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960) yang telah berkuatkuasa (berlaku) 1 April 1960.

Prinsip pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah merapatkan kerajaan dengan rakyat. Tetapi cara yang utama ialah mengenakan dan memungut cukai (rates) yang telah ditetapkan ke atas orang yang mempunyai harta yang terletak dalam kawasan Kerajaan Tempatan dan membelanjakan wang yang dipungut itu untuk faedah orang-orang yang tinggal di kawasan itu.

Untuk merapatkan rakyat dengan kerajaan, dasar pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan British ke dalam negeri ini ialah dengan cara membahagikan sesebuah negeri kepada beberapa daerah. Tiap-tiap daerah pula dipecahkan kepada beberapa mukim. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Tiap-tiap daerah diletakkan di bawah pentadbiran seorang pegawai daerah, dan tip-tiap mukim di bawah seorang penghulu. Di Kelantan seorang penghulu disebut penggawa. Kampung pula diletakkan di bawah sebuah seorang ketua kampung. Di Kelantan disebut penghulu dan di Melaka disebut sidang. Menerusi pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung, segala polisi dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan disampaikan kepada rakyat.

Wilayah

Pentadbiran

Negara

Raja/Sultan

Negeri

Raja/Sultan, Gabenor

Tempatan:

Daerah

Mukim

Kampung

Pegawai Daerah

Penghulu, Penggawa (Kelantan)

Ketua Kampung, Penghulu (Kelantan), Sidang (Melaka)

Pegawai bukan sahaja pegawai yang bertugas untuk merapatkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan, tetapi dia juga telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah dan majistret (hakim). Dari itu sebagai pemungut hasil tanah dia boleh menjalankan kuasa di bawah undang-undang tanah seperti meluluskan permohonan tanah, membicarakan hal-ehwal pusaka kecil, menyelidik pertelingkahan hal-ehwal tanah, memungut hasil-hasil tanah dan membuat beberapa pekerjaan lain. Sebagai majistret, pegawai daerah itu membicarakan beberapa kesalahan jenayah kecil dan juga menolong menjaga keamanan dalam daerahnya.

Sebagai penghulu pula, dia adalah pegawai yang amat mustahak pada masa yang lepas dan pada masa sekarang, kerana dia adalah seorang yang dihormati dan dipercayai oleh penduduk-penduduk dalam mukim nya. Dalam mukim dia menjadi wakil Kerajaan Negeri dan dia dikehendaki berkhidmat menolong pegawai daerah dan mengambil tahu segala hal-ehwal anak-anak mukim. Kuasa penghulu untuk membicarakan kes mal dan kes jenayah pada masa sekarang sudah tidak ada lagi kuasa (absolute).

Ketua kampung adalah sebagai penolong penghulu dan dia dilantik oleh kerajaan daripada golongan orang-orang yang dihormati oleh penduduk kampungnya. Dia tidak menerima apa-apa gaji daripada kerajaan melainkan hadiah tahunan sahaja. Ketua kampung dan penghulu juga diberi kuasa oleh undang-undang untuk mendaftarkan hal-ehwal kelahiran dan kematian dalam kampung dan mukim serta mendaftarkan beberapa perkara yang dikehendaki undang-undang.

Pada tahun 1950 undang-undang bertajuk “Ordinan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1959, (No. 52 t. 1950), Cara pentadbiran Kerajaan Tempatan di negeri berubah iaitu tiap-tiap Kawasan Kerajaan Tempatan dikuasai oleh Majlis yang terdiri daripada orang-orang yang dipilih dengan cara pilihanraya.

Untuk melaksanakan pentadbiran seperti ini tiap-tiap daerah di sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa kawasan dan tiap kawasan diletakkan di bawah pentadbiran satu pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan ini ada macam-macam jenis dan tiap-tiap satunya diserahkan di bawah undang tertentu. Jenis pihak berkuasa tempatan itu iaitu:

(a) Perbandaran

(b) Majlis Bandaran

(c) Majlis Daerah Luar Bandar

(d) Lembaga Bandaran

(e) Malis Tempatan.

Tempat-tempat yang tidak diliputi olehnya menjadi tanggungjawab utama pegawai daerah, penghulu-penghulu mukim, dan ketua-ketua kampung yang berkenan merapatkan hubungan rakyat yang tinggal di situ dengan kerajaan dan memberi bantuan yang perlu kepada mereka.

Pihak berkuasa Tempatan

Keterangan

Perbandaran

Ada 4 sahaja:

  • Perbandaran Pulau Pinang (Majlis bandaraya George Town) diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Bandar dan Kubu di Melaka diwujudkan tahun 1913 oleh British.
  • Perbandaran Ipoh diwujudkan oleh kerajaan Perak 31 Mac 1962.
  • Perbandaran Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Persekutuan diwujudkan oleh kerajaan Selangor 15 Mac 1948

Majlis Bandaran

Pihak berkuasa dipilih dengan pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Daerah Luar Bandar

  • Pulau Pinang

  • Melaka

Hanya ada di Pulau Pinang dan Melaka sahaja

Memiliki 4 Majlis Daerah:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang
  • Majlis Daerah Utara Seberang Prai
  • Majlis Daerah Tengah Seberang Prai
  • Majlis Daerah Selatan Seberang Prai

Memiliki 3 Majlis Daerah Luar Bandar:

  • Majlis Daerah Luar Bandar Melaka Tengah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Alor Gajah
  • Majlis Daerah Luar Bandar Jasin

Lembaga Bandaran

Pihak berkuasa dipilih tanpa pilihanraya diluar Pulau Pinang dan Melaka.

Majlis Tempatan

· Tidak ada di Pulau Pinang dan Melaka kerana sudah memadai diliputi oleh Perbandaran dan Majlis Daerah Luar Bandar.

· Hanya terdapat di negeri Melayu sahaja

· Banyaknya Majlis ini:

o Kelantan – 21 buah

o Kedah – 28 buah

o Johor – 91 buah

o Pahang – 27 buah

o Negeri Sembilan 13 buah

o Terengganu 7 buah

o Perak – 81 buah

o Perlis – 2 buah

o Selangor – 24 buah

· Penubuhan majlis tempatan untuk mencegah pemberontakan komunis seperti yang dilakukan Dato’ Onn bin Jaafar.

· Tiap Majlis Tempatan dapat melantik setiausaha atau bendahari, atau beberapa kakitangan lagi.

· Suruhanjaya Pilihanraya bertanggungjawab ke atas pilihanraya Kerajaan Tempatan.

· Sebuah Majlis Tempatan memiliki seorang Yang Dipertua, seorang naib yang Dipertua, dan beberapa ahli.

Semenjak merdeka, perkembangan dalam lapangan Kerajaan Tempatan adalah secara besar-besaran, sehingga jarang didapati sebuah kampung yang tidak termasuk dalam lingkungan Majlis Tempatan. Oleh kerana ahli-ahli yang menduduki kerusi dalam sebuah badan kerajaan Tempatan itu tidak dipilih maka politik dalam kerajaan tempatan pun tidak ketinggalan. Malangnya tugas-tugas Kerajaan Tempatan tidak dapat terlaksana dengan baik dengan sistem ini seperti cukai tempatan tidak dipungut, kebersihan dan keelokan bandar tidak dijaga sehingga bandar kotor dan tak terurus.

Muncullah ide untuk mengekalkan badan Kerajaan Tempatan yang berada dalam Kepala Negeri. Ide ini mengurangi kelemahan kerana badan kerajaan tempatan mestilah orang yang bebas dari parti. Parti apa saja yang menang dia tetap bekerja.

Ditulis oleh

Mochamad Rosul

Student Ph. D National University of Malaysia (UKM)

Rujukan buku:

Abas, Tun Mohd. Salleh. 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.

Anon. 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

Ordinan Majlis Tempatan no. 36 t. 1952.

Ordinan Perbandaran Negeri Selat s. 4 dan 6

Parlimen, 1960. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (no. 35t. 1960).

Seksyen 399. Ordinan Perbandaran. Untuk Pulau Pinang dan Melaka

No comments: