Monday, October 20, 2008

Bengkel

Penulisan Gaya UKM



Dalam workshop ini dijelaskan gaya/teknik penulisan thesis yang diperlukan agar ada kesamaan antara pelajar siswazah dan pasca siswazah. Uraian diberikan oleh Prof Dr. Jamaludin Md. Jahi dari ATMA (Akademi Tamadun Melayu) UKM. Berlangsung mulai pukul 8.00 hingga 12.30 tengah hari.


Begitu banyak gaya penulisan thesis selama ini membuat UKM perlu membuat style tersendiri sehingga hasil karyanya mudah diakses oleh mana-mana pihak. Meski demikian beberapa bidang seperti sejarah dan undang-undang masih memerlukan penyesuaian sehingga tidak menimbulkan masalah pada program studinya.


Profesor menekankan bahawa Panduan Penulisan Gaya UKM mestilah diikuti oleh seluruh pelajar dan penyelia. Beberapa masalah mendasar yang mesti diikuti misalnya margin untuk penulisan adalah rata kanan kiri dengan spasi 1.5 baris, antar perenggan 2 baris, menggunakan kertas A4 minimal 70 gram (dianjurkan 80 gram agar bisa bolak balik), ukuran font 12 times new roman.


Aturan jider selalu dilihat paling awal sehingga pelajar perlu mencermati. Jider atas berjarak 30 mm, jider kanan 25 mm, jider kiri 38, dan jider bawah 25. Sememangnya jider di komputer berbeza dengan hasil print out sehingga pelajar mestilah mengecek.


Selanjutnya secara detail dapat dilihat di Gaya penulisan UKM tentang cara menuliskan jadual, rajah, lampiran, Abstrak, Abstract, Kandungan. Tak kalah mustahak adalah penulisan rujukan baik dalam teks mahupun Senarai rujukan.


bengkel ini dihadiri oleh pelajar dan pensyarah UKM sebanyak 60-an peserta. Sangat menarik dan mustahak.


Penulis


Mochamad Rosul

Pelajar PhD UKM

No comments: