Friday, December 12, 2008

STRUKTUR RUANG FIZIKAL

GUNA TANAH BANDAR METROPOLITAN LEMBAH KLANG-LANGAT

Bahagian ini memberikan penjelasan tentang pola (pattern) guna tanah (land use) yang terdapat di wilayah Lembah Klang-Langat. Pembahasan tentang pola guna tanah menjadi penting kerana dapat memberikan pemahaman tidak hanya distribusi ruang tetapi juga bentuk, proses dan hasil kegiatan masyarakat bandar dan luar bandar. Bentuk, proses dan hasil kegiatan masyarakat yang berbeza akan memberikan impak ruang berupa pola guna tanah yang berbeza. Dengan perkataan lain, huraian pola guna tanah dimaksudkan sama ada untuk memberikan gambaran taburan ruang secara fizik atau menggambarkan berbagai bentuk hasil aktiviti manusia dalam memanfaatkan tanah.

Guna tanah telah menjadi disiplin pakar geografi sejak lama, namun demikian banyak pakar lain yang mempelajarinya seperti pakar pertanian, ekonomi, sosiologi dan kehutanan. Pola guna tanah tidak hanya digunakan untuk memahami dan mengukur kondisi saat ini seperti untuk memahami sebaran ruang guna tanah, luas tanah terbangun (built up areas) dan belum terbangun (open space), model bentuk bandar, pola jalan, ukuran bandar tetapi juga untuk perkiraan arah tren perkembangan bandar berasas guna tanah masa lalu dan kiraan yang akan datang. Selain itu, dewasa ini pola guna tanah menjadi penting kerana dimanfaatkan untuk perancangan dan pengawalan bandar baik di negara maju mahupun berkembang. Dengan demikian pemahaman yang menyeluruh tentang guna tanah akan dapat membantu menemukan suatu model taburan ruang konseptual bentuk guna tanah bandar.

Setiap masa akan menunjukkan perbezaan pola guna tanah. Pada masa Nabi Muhammad SAW, pembangunan masyarakat Mekah dimulakan dari pembangunan masjid. Setelah itu kemudian menyusul pembangunan rumah yang ada di sekitarnya. Tahap berikutnya muncul kemudahan perniagaan di sekitar masjid. Ertinya akan terbentuk pola ruang fizik memusat dengan masjid sebagai poros utamanya (nuclei). Masjid menjadi satu titik pertumbuhan baru setelah ada pusat pertumbuhan lain sebelum masuknya Islam. Pemahaman guna tanah secara fizik ruang tidak cukup dapat menjelaskan penyebab terjadi bentuk penggunaan tanah seperti ini sehingga memerlukan ahli lain seperti antropologi, sejarah, ekonomi, sosiologi, kejuruteraan untuk membantu menjelaskan. Belum adanya fasilitasi transport, aktiviti sosial ekonomi dan teknologi yang sederhana boleh jadi sebagai penyebab struktur ruang masa nabi itu berbeza dengan kondisi Mekah saat ini yang sangat berkembang baik ruang mahupun pusat aktiviti yang telahpun banyak. Begitu juga pola penggunaan lahan akan terpengaruh dengan kondisi sosial budaya dan teknologi yang ada. Perkembangan pola guna tanah lebih cepat terjadi dengan semakin banyaknya manusia dan semakin maju tuntutan untuk memenuhi keinginan manusia.
Pola guna tanah di dunia sangat berbeza-beza mengikut sejarah, topografi, handicap (cabaran) dan kemajuan sosial, ekonomi, politik, teknologi yang dicapai suatu negara. Dengan demikian perbezaan kondisi yang terjadi seiring dengan waktu akan menyebabkan terjadinya pola guna tanah bervariasi. Sebagai contoh pada masa kerajaan sebelum penjajahan, raja akan membangun benteng yang sekelilingnya dibina saliran yang luas dan dalam untuk menghalau serangan musuh. Kondisi berbeza pada masa sekarang iaitu kerajaan dibina lebih terbuka kerana kemampuan alat-alat keamanan sudah moden. Adanya fizik bangunan benteng telah pada masa dahulu digantikan oleh teknologi moden masa kini sehingga bangunan sebagai benteng serangan musuh tersebut tidaklah dominan.

Menurut Yunus (1999) dan Katiman (1988), perbezaan pola guna tanah juga dapat dimengerti melalui pemahaman berbagai pendekatan iaitu pendekatan ekologi (ecological approach) meliputi teori konsentris (concentric), teori ketinggian bangunan (building height), teori sektor (sector), teori konsekoral tipe Eropa, teori konsektoral Amerika Latin, teori poros, teori pusat kegiatan banyak (multi nuclei), teori ukuran bandar, teori historis, dan teori struktural. Selain itu ada pendekatan ekonomi (economic approach) meliputi teori sewa tanah (land rental), teori nilai tanah/teori isolated state. Berasas kepada pendekatan morfologi bandar (urban morphological approach) perbezaan guna tanah yang terjadi dapat difahami dari batas pentadbiran dan morfologi bandar, ekspresi ruang morfologi bandar, proses perambatan/rebakan fizik bandar (urban sprawl), lay out of street, pengaruh perkembangan transport terhadap morfologi bandar dan beberapa unsur-unsur morfologi bandar di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika. Pendekatan selanjutnya adalah sistem kegiatan (activity system approach) meliputi pendekatan wilayah sosial, pendekatan konflik pengelolaan dan pendekatan Marxist. Guna lebih memudahkan dalam analisis kemudian muncul pendekatan baru iaitu pendekatan ekologi faktorial (factor ecology approach) yang merangkum pendekatan sebelumnya.

Pendekatan ekologi faktorial pertama kali dikemukakan oleh Shevky dan Bell (1955) dengan menggunakan enam variabel kerana kesulitan dalam analisis jika menggunakan banyak variabel. Pendekatan ekologi faktorial merupakan analisis struktur ruang bandar dengan menggunakan analisis faktor sebagai tekniknya. Cara ini dipandang objektif dan mampu mengelola data dalam jumlah banyak. Pendekatan ini memiliki kemampuan untuk memberikan gambaran bandar-bandar secara lebih detail tetapi kelemahan pendekatan ini adalah belum tentu menjamin generalisasi pola struktur sosial dan ruang bandar dengan lebih baik. Kelemahan lainnya adalah kerana kelangkaan dasar-dasar/konsep teori yang mendasari analisis maka penjelasan mengenai proses sosial dan ruang yang mengakibatkan terbentuknya struktur sosial dan ruang yang ada kurang jelas (Johnson 1981). Hal ini dapat difahami kerana pendekatan ekologi faktorial dibina dengan metode deduktif yang dimulakan dari identifikasi perubahan-perubahan dalam masyarakat dan mengubah perubahan ini ke dalam bentuk “construct” dan memilih variabel-variabel sensus yang dianggap memiliki ciri khas masing-masing “construct” tersebut.
Herbert (1973) menggunakan analisis faktor ini dengan 34 variabel untuk menganalisis “residential areas” di Bandar Winnipeg. Variabel tersebut iaitu Struktur penduduk, penguasaan tempat tinggal, karakteristik sosio-kultural, karakteristik isi rumah dan angkatan kerja seperti jadual berikut.

Jadual Variabel yang digunakan (input) analisis faktor
Hasil menunjukkan bahawa faktor “housing style” (a), “social prestige” (b), “ethnicity” (c), sebagai faktor construct/bentukan-bentukan konseptual daripada analisis wilayah sosial. Analisis akhir adalah melakukan scores untuk masing-masing faktor a, b, c daerah banci sehingga dapat dikenali pola-pola geografisnya.

Metode ini banyak membantu dalam mengungkapkan distribusi ruang dan sosio-kultural bandar dari variabel yang banyak sekali. Ketersediaan data merupakan faktor kendala yang besar untuk analisis. Apabila peneliti sendiri harus mengumpulkan sendiri dari wilayah yang luas dan variabel yang banyak dengan sendirinya akan menghabiskan waktu, tenaga dan biaya yang tidak sedikit.

Baik teori konsentris, sektor, mahupun multi nuclei dan teori faktor masih memiliki kekurangan jika diterapkan pada masa sekarang. Teori tersebut dicipta manusia pada tahun 1973 dan sebelumnya sehingga beberapa kemajuan globalisasi masa ini belumlah terjadi untuk waktu itu. Dunia saat ini tak dapat dipisahkan satu dengan lainnya sehingga saling bergantung dan saling mempengaruhi. Masuknya investasi asing ke dalam suatu negara tak dapat dielakkan. Begitu juga masuknya informasi, komunikasi antara negara sudah lancar akan turut mempengaruhi pola penggunaan lahan yang terjadi. Pengaruh globalisasi terhadap distribusi ruang sangat berperanan (Chin Lim 2005).

Sebagai tahap awal penyelidikan berikut ini dikemukakan sebaran ruang fizik pola guna tanah kawasan bandar metropolitan Lembah Klang-Langat. Pembahasan mengenai aspek sosial, ekonomi guna tanah pada tahap penyelidikan berikutnya kerana luas dan kompleksnya kajian serta tidak begitu saja teori barat dapat diterapkan di negara timur kerana berbagai perbezaan latar belakang sejarah dan budaya. Oleh kerana itu pembahasan lebih ditekankan pada pola guna tanah fizikal Lembah Klang-Langat dengan beberapa penjelas aspek sosial ekonomi.

Lembah Klang-Langat merupakan satu rangkaian wilayah aliran sungai yang tidak dapat dipisahkan sebagai sebuah bandar metropolitan antara core dan periphery kerana keduanya terletak berdekatan, saling sambung dan saling menyokong. Lembah Klang-Langat memiliki luas wilayah 3,613 km2 (Jaafar et al. 2008). Wilayah ini memiliki dua sungai utama sebagai dasar pembinaan iaitu Sungai Klang dan Sungai Langat. Sebagai wilayah aliran sungai, semestinya wilayah ini dijaga dari kerosakan persekitaran. Tetapi dalam kenyataan telah terjadi perubahan guna tanah di bahagian hulu dan tengah lembah yang semakin berbahaya bagi persekitaran sehingga menyebabkan tanah runtuh mahupun banjir (Mariney 2008, Abdul et al. 2006). Tahun 1990-2001 Lembah Klang Langat terus mengalami perubahan yang sangat besar dari hutan menjadi kawasan bandar, infrastruktur dan pertanian mencapai 26% (Mariney 2008). Hingga kini Lembah Klang-Langat terus mengalami perubahan guna tanah menuju bandar akibat daripada tuntutan aktiviti manusia. Pada sisi lain terjadi juga perubahan arah pembinaan dari yang semula tertumpu di bahagian Pusat Gombak, Kuala Lumpur, Sepang, Klang, Petaling beralih ke bahagian barat dan selatan seperti pembinaan di pinggiran Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat. Perubahan ini dapat menyebabkan impak terhadap wilayah perumahan di sekitar (Utusan Malaysia 2008, New Straits Times 2008). Tanpa kawalan yang wajar boleh jadi perkembangan penggunaan tanah akan menimbulkan masalah yang lebih besar (Katiman 1988).

Untuk memahami pola guna tanah bandar, berikut disampaikan bentuk ruang fizik guna tanah Lembah Klang-Langat didasarkan pada image Landsat (Land Satellite) dengan disertai cek lapangan. Cek Lapangan dan alat bantu Google Earth dimaksudkan untuk melihat kebenaran hasil interpretasi citra/image dengan keadaan sebenar. Klasifikasi guna tanah mengikut model teori multi nuclei daripada Harris dan Ullmann (1945) dengan disertai perubahan kerana luasnya lokasi penyelidikan. Klasifikasi dibagi dalam CBD (pusat kerajaan, pusat aktiviti perdagangan, pusat teknologi), permukiman (pendidikan tinggi, perdagangan), hutan, pertanian (kelapa sawit).

Jadual klasifikasi guna tanah

Berbeza dengan teori Burgess (1925) yang lebih menekankan aspek jarak terhadap pusat bandar, teori multi nuclei Harris dan Ullmann (1945) lebih menekankan bahawa bandar akan tumbuh dipengaruhi oleh beberapa faktor pengaruh seperti fasilitas (kemudahan), ekonomi (agglomeration), faktor saling merugikan antara fungsi yang berbeza serta kemampuan ekonomi fungsi yang berbeza. Menurut teori multi nuclei tidak selalu pusat kegiatan (nuclei) berdekatan pusat bandar kerana akses yang mudah menuju bandar menyebabkan kegiatan industri tidak mesti dekat bahan mentah atau pasar. Selain itu, pusat bandar akan membentuk ciri khas yang berbeza dengan bandar-bandar yang lain. Bandar metropolitan lembah Klang-Langat seperti di Kuala Lumpur memiliki ciri khas sebagai bandar pusat perniagaan, Daerah Klang memiliki ciri khas bandar sebagai Pusat Industri dan pelabuhan, Daerah Sepang memiliki bandar pusat kemudahan dan jasa, Hulu Langat memiliki bandar pusat pendidikan dan industri, Daerah Kuala Langat dengan ciri khas sebagai bandar pertanian kelapa sawit.

Ada kekurangan teori multi nuclei yang dapat dikaji dengan adanya globalisasi era saat ini iaitu belum masuknya unsur informasi, komunikasi dan teknologi (ICTs) sebagai pembentuk ruang bandar. Sebagai contoh orang tak perlu jauh bekerja ke bandar kerana adanya kemajuan ICTs memungkinkan pertukaran informasi menggunakan internet. ICTs mampu meningkatkan dan men-transmisi kecepatan, evolusi cepat mikroprosesor dan kekuatan komputer serta memunculkan dunia lebar web (www) sebuah akses jalan distribusi dan utiliti multimedia informasi terakhir internet (Augiri 2005). Muncul inti baru bandar yang disebut sebagai Cyberjaya (Sepang) dan Bandar Teknologi Seremban (Hulu Langat). Bandar ini begitu sahaja muncul dengan dukungan ICT sebagai wadah kegiatan masyarakat dalam bandar.

Tidak semua bandar di wilayah metropolitan lembah Klang-Langat (WMLKL) tumbuh akibat ICT, terdapat pertumbuhan yang masih bersifat alami. Bandar ini memiliki ciri khas berupa dominasi aktiviti pertanian. Pertanian yang terdapat di Lembah Klang-Langat adalah Kelapa Sawit sebagai komoditi eksport dunia seperti yang terjadi di Daerah Kuala Langat khasnya bandar Subang dengan ciri pertanian. Bandar ini tumbuh secara ribbon di sepanjang jalan dan sekitar pantai. Berbanding dengan bandar lain di Lemah Klang-Langat, bandar Subang ini relatif lebih lambat kerana aktiviti pertanian tetap dipertahankan sebagai komoditi eksport negara yang berpenghasilan besar.

Rajah Bentuk Guna Tanah Lembah Klang-Langat 2008

KESIMPULAN
Pola guna tanah di Lembah Klang-Langat terjadi oleh kerana pengaruh faktor kemudahan berkativiti, faktor aktiviti ekonomi yang mengumpul (agglomeration), faktor saling merugikan antara fungsi yang berbeza serta kemampuan ekonomi fungsi yang berbeza, serta informasi, komunikasi yang lancar dan teknologi. Masing-masing faktor berperan dengan kadar bereza sehingga menciptakan pola keruangan antar daerah yang bereza. Sebahagiaannya telah berkembang pesat sebahagian yang lain masih terbelakang. Pola ruang terselarak secara leap frog di hampir di seluruh daerah kajian disebabkan faktor-faktor teori multinuclei mahupun faktor ICT serta kondisi handicap (topografi, perairan).

Rujukan:
Augiri, Allessandro. 2005. Making the digital city, The early shaping of urban internet space. Ashgate. UK.


Abdul Samadi Hadi, Saharudin Idrus, Ahmad Faiz Mohammed, dan Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan Persekitaran dan Kemudahterancaman Lembah Langat. UKM: Bangi.

Burgess, Ernest. 1925. Growth of The City in Robert E. Park, Ernest Burgess and R.D. Mekenzie (ed). The City. The University of Chicago Press. Chicago.

Chin Lim, Gill. 2005. Globalization, Spatial allocation of resources and spatial impact: A conceptual framework, Globalization and urban development. Springer. Los Angeles.

Harris, C.D. dan Ullmann, EL. 1945. The natures of cities in the Annals of the American Academy of political and social Science. 242:7-17.

Jaafar, Othman; Syarifah Mastura, S.A., dan Alias Mohd Sood. 2008. Land use and deforestation modeling of river catchments. Proceeding International conference on social, development and environmental studies: The Global Change. 18-19 November 2008. Malaysia.

Johnson, J.H. 1981. Urban Geography. Pergamon Press. Frankfurt.

Katiman Rostam. 1988. Pengantar Geografi Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Mariney Mohd Yusoff. 2008. Changing environment of Klang Valley and Flash Food Issues. Proceeding International conference on social, development and environmental studies: The Global Change. 18-19 November 2008. Malaysia.

New Straits Times. 1 Disember 2008.

Shevky, E. dan Bell, W. 1955. The Social Areas Analysis. Stanford University Pres. Stanford.
Utusan Malaysia. 1 Disember 2008.

Yunus, Hadi Sabari. 1999. Struktur Tata Ruang Kota. Pustaka Pelajar. Yogyakarta.



Ditulis oleh:

Mochamad Rosul
Pelajar PhD Program Geografi UKM

+60146373502