Tema ini dipilih kerana memiliki kaitan dengan penyelidikan penulis khususnya Lembah Klang Langat. Wilayah ini terdapat di tiga Negeri iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Bandaraya Kuala Lumpur (majoriti), dan sebahagiannya Negeri Sembilan. Wilayah Lembah Klang Langat menarik untuk dilakukan penyelidikan kerana wilayah ini memiliki perkembangan pesat berbanding wilayah lain di semenanjung (peninsula) Malaysia. Berbeza dengan isilah di Negara Jiran, istilah lembah dimaksudkan sebagai river basin atau watershed atau daerah aliran sungai. Secara ekologi, kajian lembah tepat digunakan untuk perancangan kerana lembah membentuk suatu sistem ekologi bandar. Sebagai suatu sistem, lembah dipandang sebagai suatu zone yang memiliki sub sistem-sub sistem komponen yang bervariasi di mana satu dengan lain membentuk satu kesatuan yang tak dapat dipisahkan.
Sungai Klang memiliki hulu di bahagian Kuala Lumpur (Tengah Bandaraya) dan bermuara di Kelang. Mengingat fungsinya sebagai bandaraya maka keberadaan sungai Klang menjadi mustahak untuk menghindarkan dari segala bencana akibat banjir yang mungkin dapat ditimbulkan oleh hujan atau perubahan guna lahan. Di bahagian hilir sungai ini berkelok-kelok sehingga sangat mungkin terjadi erosi sungai.
Sungai Langat memiliki hulu di Ulu Langat dan bermuara di Kuala Langat. Sungai ini juga berkelok-kelok yang menunjukkan efektifnya erosi pada saat berlangsungnya arus sungai. Sungai Langat memiliki anak sungai seperti S. Kelambai, S. Labu, S. Chichong, S. Jijan, S. Beranang, S. Rinching, S. Tekali, S. Batangsi, S. Semenyih, S. Sekamat, S. Semungkis, S. Langat, S. Lui.
Sumber: Urusetia Perancangan lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri. 1998.
Peta Taburan perindustrian & petempatan Utama Lembah Klang Langat, 2008
Peta Taburan perindustrian & petempatan Utama Lembah Klang Langat, 2008
Walau Negeri Sembilan ditulis, tetapi dalam kenyataan hanya sebagian kecilnya saja yang termasuk dalam wilayah Lembah Langat. Secara am, Selangor sebagai wialayh dominant lembah Klang Langat. Terdapat dua sungai besar lain yang berdekatan dengan lembah Klang langat iaitu sebelah utara Sungai Selangor, dan sebelah selatan Sungai Sepang.
Ditulis oleh:Mochamad Rosul
Pelajar PhD program Geografi
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Rujukan:
Anon. 2008. Peta Taburan perindustrian & petempatan Utama Lembah Klang Langat.
Jabatan Pemetaan Malaysia. 1974. Peta Penggunaan tanah Selangor (Present Land Use) Tahun 1974 skala 1:126.720. PTSL Aras 2 Peta Syit 1 n1-3.
Urusetia Perancangan lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri. 1998. Kajian Semula Pelan Perspektif Wilayah Lembah Klang. PTSL MPK9 JPM 14 P447 1988.
Ekhwan Hj. Toriman. 2008. Langat River: The Analysis of Meander Geometry Response to DischargeCharacter. Poster PPSPP FSSK UKM.
No comments:
Post a Comment