Perbincangan ini dimaksudkan penulis untuk menyampaikan fenomena tidak merata pembangunan di Semenanjung
Ketaksamaan pusat dan pinggiran juga merupakan impak pembangunan bandar yang kurang diperhitungkan dengan terperinci (Jamaludin, 2008). Ketaksamaan pembangunan bandar juga terjadi kerana perbezaan daya saing bandar itu sendiri berbanding bandar pusat (Katiman, 2008). Dibandingkan pembinaan bandar di pusat bandar Klang Langat dengan pinggiran nampak bahawa menunjukkan adanya ketidaksamaan. Secara kualiti dan kuantiti nampak bahawa pembinaan di pusat bandar lebih menonjol berbanding di pinggiran bandar. Rajah berikut menunjukkan perbezaan yang begitu nampak antara Pusat Bandar dengan pinggir bandar.
Rajah atas merupakan pembinaan jalan-jalan di Putrajaya sedangkan di rajah bawah kondisi jalan lingkungan di mukim Kajang Utama (foto 29 Oktober 2008). Guna memberikan imej positif, jalan-jalan di Putrajaya dibina dan dirawat dengan baik, sebaliknya jalan lingkungan di mukim Kajang Utama terabaikan. Jalan semakin rosak apabila terdapat hujan sehingga menimbulkan lubang yang tergenang air menambah sukar untuk dilalui. Sejak Julai 2008 sehingga kini jalan tersebut masih lah rosak. Nampaknya ada konflik kepentingan antara MPKj (Majlis Perbandaran Kajang dengan Pihak Swasta (Pengembang Perumahan) dan Perusahaan Kereta Api. Jalan kecil dan sempit ini menjadi laluan bagi Perumahan Town House Aman, Citra, Cemara, Seraya, dan masih banyak lagi.
Gambar atas menunjukkan begitu cepat pembangunan bandar di pusat, sedangkan gambar bawah (di kawasan pinggir bandar) terasa masih kurang dan seadanya. Harmoni bangunan, tingkat kesihatan dan estetik tidak dapat ditemukan di pinggiran bandar.
Vegetasi yang diatur dengan baik dapat menciptakan keindahan sementara membiarkan semak akan menyebabkan pemandangan yang kurang cantik. Rajah di atas menunjukkan pengaturan vegetasi yang tepat boleh menyebabkan perubahan iklim mikro yang lebih sejuk berbanding tanpa vegetasi di Putrajaya. Sebaliknya membiarkan rumput dan semak menjadikan lebih teruk dan tidak sihat di Stesen Kajang pada 29 Oktober 2008). Cara-cara profesional dalam mengatur lingkungan merupakan penyelesaian untuk mewujudkan pembangunan bandar yang lebih baik.
Masa mendatang perlu inovasi pembangunan bandar yang lebih baik untuk membangkitkan semangat bandar pinggiran agar tidak jauh tertinggal berbanding pusat bandar. Selalunya ketidakseimbangan menyakitkan dan tak adil, tetapi selalunya di banyak negara dunia sentiasa terjadi. Bahkan tak ada negara yang sama antara pusat dan pinggiran bandar, yang perlu ada adalah ketaksamaan yang semakin diperkecil.
Penulis
Mochamad Rosul
Pelajar PhD Geografi UKM
Rujukan:
Asmah Ahmad. 2008. Manifestasi Pembangunan Tidak Seimbang di Malaysia melalui ketaksamaan Kesejahteraan Sosial. Dinamia Sosial, Pembangunan & Persekitaran di Malaysia (Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar, Noorazuan Md. Hashim, Editor). Book Pro Publishing Services,
Katiman Rostam. 2008. Pembandaran Menumpu di Wilayah Metropolitan Lanjutan Lembah Klang-Langat: Penelitian Awal. Dinamia Sosial, Pembangunan & Persekitaran di Malaysia (Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar, Noorazuan Md. Hashim, Editor). Book Pro Publishing Services,
No comments:
Post a Comment