Thursday, October 16, 2008

Kerajaan Monarchi Malaysia

Kerajaan Monarchy Federal:

Negeri dan Tempatan


(bagian 1)





Tulisan ini ditujukan untuk memberikan pemahaman tentang kerajaan negeri dan tempatan Malaysia. Harapannya dapat bermanfaat bagi penyusunan berbagai tulisan terkait dengan kerajaan Malaysia. Berbeza dengan negara berkembang lain, negara Malaysia memiliki sistem pentadbiran sebagai negara persekutuan (federal) berbeza. Perbezaan ini merupakan wujud daripada keinginan, perasaan, dan cita-cita rakyatnya. Secara am, ada tiga struktur besar sistem pemerintahan iaitu negara atau persekutuan atau country, negeri atau province, dan tempatan atau daerah. Dalam setiap persekutuan mestilah ada beberapa buah Kerajaan Negeri dan sebuah Kerajaan Pusat yang ditubuhkan oleh persekutuan itu. Demikian juga dalam setiap negeri mengandungi beberapa daerah atau tempatan. Gambaran ringkasnya seperti rajah di bawah ini.

Rajah Sistem Pentadbiran Malaysia

Sistem pemerintahan Malaysia adalah demokrasi berparlimen sebagai asas dan perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Dari itu amatlah mustahak (important) bahawa setiap perlembagaan negeri mempunyai konsep yang sama dengan konsep perlembagaan Malaysia.

Parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Saat ini ada dua kumpulan parti besar iaitu Pakatan Rakyat antara lain terdiri atas DAP – China, PAS – Melayu, dan Keadilan – Melayu. Parti keadilan pimpinan Datuk Anwar Ibrahim. Kedua Barisan Nasional (Barnas) terdiri atas parti UMNO – Melayu pimpinan Pak Lah atau Datuk Mahatir Mohamad, MCA – China dan MIC – India.

Saat ini parti yang berkuasa adalah barisan nasional pimpinan Mahatir Muhamad yang bertanggung jawab terhadap jalannya pemerintahan. Parti lainnya Pakatan Rakyat merupakan parti pembangkang (oposisi) yang saat ini mampu menguasai beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Perlis. Masing-masing parti memiliki sejumlah wakil di parlimen sesuai dengan suara rakyat yang mendukung parti.

Adanya parti pembangkang menyebabkan kehidupan pemerintahan dan pembinaan menjadi dinamis kerana mendapatkan kritik dari parti pembangkang. Masing-masing parti berusaha menunjukkan kerja perkhidmatan yang simpatik kepada rakyat. Parti Barnas berusaha melayani seluruh rakyat dengan mengurangi harga petrol jika harga minyak dunia turun. Tarikh 13 Oktober 2008 harga petrol turun RM 0.12 atau 12 cent. Sedangkan Parti Pakatan Rakyat berusaha membebaskan (percuma) biaya air bersih dan elektrik untuk bil dalam darjah tertentu. Tiap-tiap negeri mengadakan pilihan raya setelah masa empat tahun atau sebelumnya jika ada pengunduran diri anggota parlimen.

Negeri


Tiap-tiap Negeri mempunyai seorang raja (sultan) atau Gabenor sebagai Ketua Negeri. Negeri-negeri yang mempunyai raja adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Negeri-negeri yang memiliki Gabenor pula ialah Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Sabah dan Sarawak, Gabenor disebut Yang Dipertua Negeri.

Berkenaan dengan pertabalan (penobatan/coronation) raja, terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing, dan ini ialah mengikut adat istiadat negeri itu. Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam pertelingkahan (konflik) mengenai pertabalan itu, tetapi bertanggung jawab memberi jaminan kepada seorang raja supaya ia dapat menjadi raja negeri tersebut serta memegang dan menikmati hak-haknya sebagai seorang Raja, sebagaimana yang tertulis dalam Perlembagaan Negeri itu. Jaminan ini juga diberikan kepada Orang Besar Pemerintah (Ruling Chiefs) Negeri Sembilan iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar Tampin.

Tiap Gabenor dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas budi bicaranya, tetapi pelantikan itu hendaklah dibuat selepas berunding dengan Ketua Menteri Negeri masing-masing. Pelantikan ini adalah untuk empat tahun.

Namun demikian seorang gabenor itu boleh meletakkan jawatannya atau dilucuti jawatannya sebelum cukup tempoh itu. Untuk melucuti jawatannya, mestilah terlebih dahulu mendapat keputusan daripada Dewan Negeri, dan keputusan itu telah disokong oleh suara banyak yang tidak kurang daripada 2/3 jumlah ahli Dewan Negeri itu.

Raja adalah sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, tetapi bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong. Oleh sebab agama Islam tidak menjadi agama rasmi di Sabah dan Sarawak, maka Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak tidak menjadi Ketua Agama Islam bagi Negeri masing-masing.

Selain Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya, Raja dan Gabenor mempunyai keutamaan (precedence) atas semua orang. Dalam negeri masing-masing, setiap Raja atau Gabenor mempunyai keutamaan atas Raja dan Gabenor lain. Tetapi jika di luar negeri masing-masing, Raja mempunyai keutamaan seorang Raja atas seorang Raja adalah ditentukan dengan tarikh siapa dahulu menjadi Raja. Demikian juga caranya untuk menentukan keutamaan seorang Gabenor atas Gabenor lain.




Negara


Negeri


Raja/Sultan


Raja/Sultan, Gabenor


Yang Dipertuan Agong


Yang Dipertua Negeri (Sabah, Sarawak)



Dewan Negeri


Ketua Agama Islam (Pulau Pinang dan Melaka)


Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri kecuali Sabah dan Sarawak


Perdana Menteri, Kementerian


Ketua Menteri Negeri atau Menteri Besar



Majlis Mesyuarat Kerajaan atau Majlis Jemaah (Sabah) atau Majlis Tertinggi (Sarawak)



Gaji Raja dan Gabenor terkandung dalam peruntukan Diraja (civil list) bagi negeri masing-masing. Perbelanjaan dalam peruntukan ini dikenakan sebagai bayaran tetap atas kumpulan Warga Negeri Yang Disatukan.

Semua raja dan Gabenor menjadi ahli majlis Raja-raja, tetapi apabila Majlis itu membincangkan masalah pemilihan dan pelucutan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta hal-ehwal kedudukan Raja-raja Melayu, Gabenor tidak dianggap menjadi ahli Majlis itu.

Raja dan Gabenor mempunyai kuasa membuat pengampunan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang yang melakukan kesalahan jenayah dalam negeri masing-masing. Kuasa ini mendapatkan nasihat dari Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada Peguam (lawyer) Negara, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan tidak lebih dari tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor Negeri itu.

Lembaga Pengampunan bersidang bersama-sama Raja dan Gabenor negeri itu sendiri dan Raja atau Gabenor negeri menjadi pengerusi (chairman) persidangan. Biasanya peguam negara tidak dapat hadir dalam persidangan Lembaga Pengampunan. Yang demikian dia boleh mewakilkan seorang pegawai biasanya Penasihat Undang-undang negeri itu. Sebelum memberikan pertimbangan akhir, Lembaga Pengampunan biasanya mendapatkan masukan tertulis dari peguam negara.

Dalam tiap-tiap Perlembagaan Negeri yang beraja, Raja adalah sebagai punca kemuliaan dan keutamaan dalam negeri tersebut dan berhak memberikan bintang-bintang kehormatan dan gelaran.


Pemerintahan


Dalam semua Perlembagaan Negeri, kuasa pemerintahan terletak di tangan Raja-raja atau Gabenor, tetapi kuasa ini dijalankan atas nasihat yang diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan atau oleh seorang ahli yang ditauliahkan (licentiate)oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pentadbiran negeri dijalankan oleh atas nama Raja atau Gabenor dan berhak mendapat perkhabaran mengenai pemerintahan negeri. Di Sabah, Majlis Mesyuarat Kerajaan disebut Jemaah Menteri dan di Sarawak disebut Majlis Tertinggi (Supreme Council). Dalam tulisan ini memadailah jika menggunakan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Tiap-tiap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri, tiga orang pegawai kerajaan dan tidak kurang daripada empat orang tetapi tidak lebih daripada lapan orang ahli Dewan Negeri. Ketiga-tiga pegawai kerajaan itu ialah Setiausaha (secretary) Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Mereka tidak payah lagi dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, kerana mereka menjadi ahli dengan sebab jawatan mereka.

Raja atau Gabenor akan melantik seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri ini mestilah ahli Dewan Negeri dan beroleh kepercayaan lebih daripada separuh ahli dewan itu. Selepas itu Raja atau Gabenor melantik ahli-ahli lain dan pelantikan itu dibuat atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab kepada Dewan Negeri. Jika Menteri Besar atau Ketua menteri tidak beroleh lagi kepercayaan lebih dari separuh ahli Dewan Negeri, maka ia dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain ketiga-tiga orang pegawai kerajaan itu hendaklah meletakkan jawatan. Atas permintaan Menteri Besar atau Ketua Menteri, Dewan negeri dibubarkan oleh raja atau Gabenor supaya diadakan pilihan raya.

Selain Sabah dan Sarawak, Semua tugas kerajaan adalah terletak di tangan Menteri Besar atau Ketua menteri. Jabatan-jabatan Kerajaan adalah di bawah jagaannya. Cara pemerintahan Sabah dan Sarawak ialah sistem ber menteri, iaitu setiap ahli Jemaah Menteri atau Majlis tertinggi diberi tugas untuk menjalankan dan menjaga beberapa buah kerajaan, dan ahli-ahli ini diberi gelaran sebagai menteri.

Walau mana-mana sistem pemerintahan pun dipilih, Setiausaha Kerajaan adalah pegawai turus (staff officer) dalam pentadbiran, dan dia berkuasa memberi perintah kepada pegawai-pegawai lain. Oleh sebab itu, maka ia bertanggungjawab kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis mesyuarat Kerajaan dalam melaksanakan polisi-polisi yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Tiap-tiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya masing-masing dan ahli perkhidmatan awam ini memegang jawatan setelah diperkenankan oleh Raja dan Gabenor. Dengan ini jawatan mereka boleh dilucutkan tetapi sebelum itu mereka hendaklah diberi peluang mempertahankan diri. Perlucutan itu dibuat oleh pihak berkuasa yang tidak rendah daripada pihak berkuasa yang boleh melantiknya. Dengan adanya Perkhidmatan Awam Negeri, setiap negeri mempunyai Suruhanjaya (Commission) Perkhidmatan Awam untuk menyelenggarakan hal ehwal Perkhidmatan Awam Negeri.


Ditulis oleh


Mochamad Rosul


Student Ph. D National University Malaysia (UKM)




Rujukan buku:

Abas, Tun Mohd. Salleh, 1988. Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia. PTSL KQB .M7 n.2.

Anonim, 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

(1) Perlembagaan Negeri Sembilan, Bahagian II, Per. XXXIV.


No comments: