Friday, October 17, 2008

Kerajaan Monarchy Federal: (bagian 2)

Perbincangan mengenai sistem pemerintahan selalunya menarik untuk dikaji kerana sifat dinamis sistem negeri dan negara। Bagian satu terdahulu sudah di bahas tentang sistem pemerintahan negara, negeri dan tempatan yang saling terkait satu dengan lainnya. Sistem pemerintahan ini tidak dapat berjalan dengan baik tanpa adanya undang-undang dalam setiap negeri. Undang-undang ini menjadi kesepakatan bersama agar dapat dicapai harmonis dalam dan antara negeri serta pedoman bersama. Undang-undang dibuat dalam tingkat negara dan negeri. Diskusi kali ini membahas tentang mekanisme undang-undang dalam sistem pemerintahan kerajaan monarchy Malaysia dan hal-ehwal kewangan.

Sebagai negara federal, negeri memiliki kuasa untuk menyusun besarnya gaji dengan menetapkan undang-undang mengenai gaji negeri. Kuasa membuat undang-undang dalam setiap negeri terdapat pada Raja atau Gabenor dan satu badan perundangan yang dinamakan Dewan Negeri. Di Negeri-negeri tanah Melayu semua ahli Dewan Negeri dipilih, melainkan tiga orang pegawai kerajaan sahaja, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri. Bilangan ahli yang dipilih bagi tiap Dewan Negeri terpulanglah kepada Perlembagaan Negeri masing-masing. Bilangannya adalah seperti berikut:
Johor 36
Kedah 28
Kelantan 39
Melaka 20
Negeri Sembilan 28
Pahang 33
P. Pinang 33
Perak 46
Perlis 14
Selangor 42
Terengganu 32

Di Sabah dan Sarawak, ahli Dewan Negeri adalah terdiri daripada tiga orang pegawai kerajaan, ahli yang dipilih dan ahli yang dilantik. Tiap-tiap Dewan Negeri mempunyai seorang Yang Dipertua Dewan untuk mengurus kerja-kerja Dewan Negeri dan menjadi pengerusi (chairman) dalam persidangan Dewan Neger.
Tiap-tiap Dewan Negeri boleh menetapkan gaji ahli-ahli dan gaji Yang Dipertua Dewan Negeri dengan cara meluluskan undang-undang mengenainy. Gaji Yang Dipertua Negeri adalah ditetapkan dan dibayar dari Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan.

Sebelum sesuatu undang-undang dibuat oleh sesebuah negeri, satu rancangan undang-undang perlu diluluskan oleh Dewan Negeri। Rang undang-undang dibaca tiga kali dan diluluskan setiap kali dibacakan. Selepas itu rang undang-undang itu dihantar kepada Raja dan Gabenor untuk mendapatkan persetujuannya. Kemudian barulah rang undang-undang itu disiarkan sebagai undang-undang, dan akan berkuatkuasa pada hari undang-undang itu tersiar atau pada tarikh yang ditetapkan, sama ada tarikh itu sudah lepas atau akan datang. Undang-undang yang dibuat Dewan Negeri dinamai Enakmen.

Tiap-tiap Dewan Negeri mempunyai hak keutamaannya iaitu sah atau tidak sahnya segala pembicaraan dalam Dewan itu tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak boleh seseorang pun yang boleh didakwa dengan sebab perkataan nya atau undinya ataupun kerana dia mengambil bahagian dalam suatu pembicaraan dalam Dewan Negeri itu. Demikianlah juga, seseorang itu tidak boleh didakwa atas sebab dia telah menyiarkan suatu perkara yang telah mendapat tauliah (accredited) Dewan Negeri.

Kedudukan undang-undang demikian kuat berikut juga dengan penyusun undang-undang. Permasalahan nya mengapa tidak mendapat persetujuan masyarakat umum? Bukankah nanti nya masyarakat juga yang merasakan manfaat dari undang-undang dan masyarakat juga yang melaksanakan. Di sini letak absolute sebuah negara monarchy kerana Raja dan Gabenor memiliki kekuasaan yang tinggi. Lalu bagaimana sistem pengaturan kewangannya apakah sistem diatur supaya transparent atau kah tidak?

Hal-ehwal Kewangan
Kewangan merupakan hal penting dalam pengaturan kerajaan. Pengaturan kewangan yang baik membuat produksi meningkat, sebaliknya dapat menimbulkan kerosakan kerana mendorong rasuah. Sistem pentadbiran wang negeri samalah seperti peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai pentadbiran wang negara.
Tidak ada cukai yang boleh dikenakan dan dipungut untuk faedah negeri melainkan ada undang-undang negeri yang menguasai hal itu। Semua cukai dan hasil yang dipungut hendaklah dikumpulkan di dalam satu kumpulan yang dinamakan Kumpulan Wang Negeri Yang Disatukan.

Perbelanjaan-perbelanjaan yang akan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Negeri ini mestilah diluluskan oleh undang-undang. Perbelanjaan ini terbagi dalam dua jenis iaitu pertama perbelanjaan yang ditetapkan sebagai hutang. Perbelanjaan ini adalah setengah-setengah nya ditetapkan oleh perlembagaan dan juga undang-undang lain. Misalnya Peruntukan Diraja bagi gaji Raja atau Gabenor, gaji Yang Dipertua Dewan Negeri, wang-wang pembayaran hutang negeri dan wang-wang yang dikehendaki untuk menjelaskan keputusan-keputusan mahkamah.

Satu lagi jenis perbelanjaan ialah segala perbelanjaan yang dicadangkan akan dikeluarkan dari Kumpulan Wang Negeri dan akan diluluskan oleh penganggaran dan Enakmen Perbekalan. Cara-cara mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Negeri adalah dibuat mengikut undang-undang iaitu Ordinan Peraturan Kewangan.

Pegawai Kewangan Negeri adalah bertanggungjawab untuk mengawal perbelanjaan-perbelanjaan ini. Kira-kira wang kerajaan akan diperiksa oleh Juru Audit Negara, dan dia akan menghantar satu laporan kepada raja atau Gabenor untuk dibentangkan dalam Dewan Negeri. Sebelum pembentangan dalam Dewan negeri dibuat, satu jawatan kuasa Dewan Negeri yang dinamai Jawatan Kuasa (committee) Kira-kira Wang Kerajaan Negeri juga akan memeriksa kira-kira ini.


Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Student Ph. D National University Malaysia (UKM)


Rujukan buku:
Abas, Tun Mohd। Salleh, 1988। Kerajaan Negeri dan Tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Malaysia। PTSL KQB .M7 n.2.
Anonym, 1968. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia.

No comments: