Saturday, March 14, 2009

Sistem Bandar yang Khas

Segala puji-pujian hanyalah milik Allah SWT. Kepunyaan Dialah segala yang ada di Bumi dan Langit. Allah yang mengatur segala kehidupan sehingga terbentuk sistem yang sempurna. Antara sistem tersebut adalah sistem pendidikan Islam. Ada tuntutan kuat untuk menemukan kompetensi pakar tertentu misal dalam bidang pendidikan adalah guru/cikgu, pensyarah, dsb agar memiliki kompetensi yang berbeza dengan orang lain pada bidang kepakaran sama atau jenjang pendidikan sama. Ciri khas inilah yang dituntut berlaku pada sistem penilaian ISO atau akreditasi (di Indonesia). Untuk itu, sistem pendidikan Islam merupakan pilihan terbaik sebagai ciri khas agar dapat dibezakan dengan sistem pendidikan yang lain.

Ada beberapa ciri pendidikan Islam daripada ciri yang sangat banyak. Ciri tersebut iaitu dari aspek pedoman yang digunakan iaitu mampu membezakan yang baik dan buruk dalam pandangan Islam. Alat pembeza tersebut Al Quran dan Al Hadis. Selagi apa yang difikirkan oleh pakar ada unsur baik buruk maka peranan akal harus kalah dengan norma baik dan buruk misalnya perjudian yang dilarang. Peran akal mestilah kalah dengan larangan Allah. Pakar perancangan misalnya tidaklah membuat sistem perjudian agar mudah dijangkau, dan seterusnya. Sebaliknya perancang mengganti aktiviti tersebut dengan kedai, perdagangan, pelancongan yang lebih memiliki manfaat secara moral pembelajaran yang baik berbanding tempat judi. Pada contoh tersebut perancang menggunakan akal yang berbimbing dan di sana letak perbezaan pakar muslim dengan pakar yang tidak menggunakan Islam sebagai asas dalam menjalankan aktivitinya. Seorang pakar muslim dengan kompetensi bidang tertentu akan menggunakan dasar ketauhidan untuk membezakan baik dan buruk dalam rancangan kerjanya.

Beberapa manfaat yang dapat diperolehi dengan ciri khas dalam keislaman adalah aktiviti yang dilakukan menjadi berterusan, selamat dan tidak menzalimi khalayak ramai. Manfaat untuk pakar perancangan bandar adalah akan menghasilkan bentuk perancangan bandar secara Islam ertinya rancangannya tidak mengandung unsur yang dilarang menurut syarak, jelas antara yang baik dan buruk, jelas unsur haram tidak terdapat dalam rancangannya sehingga menimbulkan rasa aman pemeluk Islam dan pemeluk lain. Antara manfaat tersebut pakar bandar selalu memiliki kepercayaan diri bahawa aktivitinya sudah betul menurut Islam sehingga memiliki manfaat berganda dan terhindar dosa/kesalahan fatal serta terhindar daripada penolakan. Hasil perancangan mestilah mewujudkan bandar lestari, bandar berbeza dengan bandar-badar lain semasa, bandar yang menawarkan suasana selesa bagi penghuninya. Selesa dalam erti fisikal mahupun dalam erti sebenar zahir dan batin. Tidak benar asas ketauhidan akan menghalangi unsur keselesaan dan berterusan. Perancang perlu mencari cara dengan banyak alternatif untuk menunjukkan karyanya.

Antara perbezaan dengan pakar lain, terdapat juga persamaan dengan pakar pada umumnya termasuk non muslim. Persamaan dengan pakar pada umumnya adalah ketika menghadapi materi yang dikaji secara saintifik. Ertinya ketika pakar dihadapkan pada materi yang tidak mengandungi perkara baik dan buruk maka peranan akal seratus peratus diberi kebebasan sama seperti bebasnya mereka yang tidak menggunakan dasar Islam. Pakar bebas melakukan reka bentuk berdasarkan akal misalnya melihat sisi iklim reka bentuk mestilah dibuat tinggi agar sirkulasi udara menjadi baik dan lebih selesa, menghadap ke barat atau timur dan seterusnya. Pada aspek ini sangat banyak peran pakar. Itulah sebabnya nabi menyuruh menuntut ilmu sampai ke China. Saat itu kerana China unggul dalam kemajuan ilmu. Ertinya dari sisi ilmu yang berada pada bahagian yang tidak mengandungi perkara melanggar syarak, boleh dicari di mana-mana tempat. Akal dilatih menemukan unsur asasi dari suatu perkara, mencari makna dari suatu fenomena alam secara saintifik apa adanya.

Demikianlah, sebagai seorang pakar muslim harus mampu membuat karya yang unggul berbeza dengan karya kebanyakan orang. Di sanalah terletak kelebihan muslim baik dalam konsep mahupun dalam menentukan tahap-tahap saintifik. Keunggulan tersebut iaitu apa yang dimiliki pakar lain ditambah dengan dasar ketauhidan, baik dan buruk. Keunggulan ini dapat diterapkan dalam berbagai-bagai bidang kehidupan guru ataupun pensyarah, pelbagai pakar kerana sifatnya yang memang berlaku untuk semua jenis pekerjaan. Segala pekerjaan ditemukan dua unsur iaitu bidang yang menuntut baik dan buruk serta bidang yang menuntut peran akal boleh berfungsi sangat maksimal.

Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

Thursday, March 12, 2009

Rebakan Bandar Wilayah Metropolitan Lembah Klang Langat

Latar Belakang
Kajian rebakan bandar wilayah metropolitan Lembah Klang Langat dilatar belakangi oleh adanya perkembangan paradigm bandar di dunia yang terdiri atas beberapa konsep. Antara konsep tersebut adalah central place, growth pole, growth centre, secondary cities dan city cluster development. Berikut dijelaskan satu perssatu.

1. Central Place (CP) [5,6,9,23]

–Diperkenalkan pertama oleh Walter Christaller (1933) bahawa terdapat pola sistematik antara lokasi dan saling hubung kait bandar-bandar yang dibuat secara ideal. Wilayah Bandar dan industri perkilangan membekalkan pengelolaan terhadap bandar satelit yang memiliki barang perkilangan di gudang-gudang untuk distribusi tempatan dan distribusi retail dalam bentuk hexagonal bandar.
–Central place ialah sebuah petempatan atau bandar yang menyediakan satu atau lebih perkhidmatan untuk penduduk yang ada di sekitarnya. Besar kecilnya petempatan (sekolah, kedai, dsb.) bergantung threshold seperti jumlah penduduk, perubahan selera dan adanya pengganti.
–Konsep ini lemah kerana secara nyata tidak dijumpai bandar yang betul-betul luas dan datar, intervensi kerajaan dapat mengimlakkan lokasi industri, persaingan sempurna antara firm tidak nyata terjadi, orang cenderung bervariasi dalam memilih lokasi belanja dan tidak mesti dekat kerana alasan wisata.
2. Growth Pole (GP) [1,2]
–Diperkenalkan Francois Perroux tahun 1949, growth poles dikenal sebagai sebuah industri atau kumpulan firma sebuah industri. Disebut sebagai ruang ekonomi yang abstrak.
–Kaitan dengan bandar: perubahan sistem bandar terpengaruh kerana ekonomi luaran (biaya bahan pencemar), agglomeration and linkages (forward dan backward).
–Kenyataan menunjukkan bahawa wilayah metropolitan memiliki fungsi growth pole yang lebih pendek daripada periphery dan sektor utama GP telah beralih dari sumber alam menjadi berasas manusia.
3. Growth Center (GC) [3,4,22]
–Albert Hirschman (1958) menggunakan istilah polarisasi untuk menunjukkan impak negatif growth pole di sekitar wilayah. Trickling down dia gunakan untuk impak positif atau gabungannya (+/-) untuk wilayah yang berbatasan. Gunnar Myrdal (1957), menggunakan istilah backwash and spread untuk konsep yang sama dengan Hirschman's polarization dan trickling down. Boudeville (1966) menggunakan konsep wilayah homogenous, polarized dan perancangan wilayah. John Friedman dengan konsep center – periphery. Konsep ini lebih menunjuk pada lokasi ruang geografi.
–Kaitan dengan bandar: Growth center sinonim dengan pusat bandar atau perbandaran, konsep ini sesuai untuk menyusun hirarki struktur tempat pusat bandar berdasarkan ukuran dan fungsi. Bandar sebagai titik awal perancangan pembangunan.
–Dalam kenyataan spread effect tidak terjadi di periphery tetapi di dalam bandar.

4. Secondary Cities (SC) [12,13,14,24]
–Rondinelli (1983) berpendapat bahawa pembangunan SC (bandar berukuran menengah dengan sekitar 100,000 penduduk) merupakan cara untuk merangsang perekonomian desa, memperlambat migrasi ke bandar besar dan pemencaran pertumbuhan ekonomi ke wilayah tertinggal. Dengan kata lain sc adalah “fungsi bandar dalam pembangunan desa”.
–Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan SC adalah lokasi, sumber alam, polis dan militer, fungsi pentadbiran, infestasi asing dan ketersediaan infrastruktur. Pemencaran pembangunan tergantung pada jaringan SC, pasar pekan dan desa.
–Kelemahan: belum terbukti terjadi keseimbangan pola urbanisasi, belum jelas ukuran bandar ditentukan oleh keberhasilan pembangunan, belum pasti SC dapat memanipulasi hirarki bandar, belum tentu pola ini menguntungkan orang miskin, impak pembangunan SC di daerah desa belum tentu sanggup memberikan beberapa keuntungan terhadap orang miskin.
5. Clustering City Development (CCD) [10,11]
–Dikemukakan oleh A. Laquian, K. Choe (2008) iaitu proses di mana bandar terdiri atas beberapa bandar yang mengembang dan bersatu bersama membentuk wilayah aktiviti bandar secara bersama pada level sub nasional.
–Keunggulan: Pendekatan ini mempertinggi efisien kewangan, integrasi infrastruktur dan perkhidmatan beberapa bandar berbanding bandar, pekan, desa, kampung secara persendirian; mempertinggi potensi kewangan; kesempatan yang lebih baik bagi sektor swasta untuk ikut serta dalam projek pembangunan yang lebih luas khasnya dalam pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan; meningkatkan kemampuan dalam menyelesaikan masalah perbandaran seperti pencemaran yang tidak tergantung batas politik administratif bandar, pekan, desa, kampung secara individu; membantu pembangunan bandar dan desa secara bersama.
–Penghambat: Pengaturan mekanisme kerajaan dan institusi semakin kompleks kerana CCD terdiri atas beberapa bandar dengan berbagai masalah petempatan setinggan, petempatan sesak dan kotor, kekurangan infrastruktur dan perkhidmatan, kesesakan lalu lintas, pencemaran persekitaran, jenayah dan keganasan; Pegawai yang sudah terbiasa dengan autonomi daerah kesulitan menerapkan CCD; pembahagian wilayah pentadbiran provinsi atau negeri menghalangi kerjasama dan koordinasi; Area CC yang terlalu luas menyebabkan jarak tempuh jauh dan biaya transpor mahal; Jalinan sosio ekonomi CC yang kompleks menyebabkan seluruh bandar sukar disusun perancangan bandar yang menyeluruh; Hambatan status milik tanah.
Pustaka

[1] David Darwent, 1969. "Growth poles and growth centers in regional planning--a review," Environment and Planning, vol. 1 (1969), pp. 5-32. http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/ poles.htm. [06 Mac 2009].
[2] John B. Parr. 1999. Growth-pole Strategies in Regional Economic Planning: A Retrospective View. Urban Studies, Vol. 36, No. 8, 1247-1268 (1999) DOI: 10.1080/0042098992971. http://usj.sagepub.com/cgi/content/abstract/36/8/1247. [6 Mac 2009].
[3] Niles Hansen. 1995. Regional Development Policies: Past Problems and Future Possibilities. http://www.lib.unb.ca/Texts/CJRS/bin/get.cgi? directory=Spring96/&filename=HANSEN.htm. [6 Mac 2009].
[4] Ruben G. Mercado. 2002. Regional Development in the Philippines: A Review of Experience, State of the Art and Agenda for Research and Action. Discussion Paper Series No. 2002-03. http://unpan1.un.org/ intradoc/groups/public/documents/apcity/unpan005113.pdf. [6 Mac 2009].
[5] Anon. t.th. Walter Christaller's Theory of Central Places. San José State University Department of Economics. http://www.sjsu.edu/faculty/watkins/christaller.htm. [7 Mac 2009].
[6] Anon. t.th. Central Place Theory. http://www.revision-notes.co.uk/revision/176.html. [7 Mac 2009].
[7] Anon, t.th. Christaller's Central Place Theory. http://www.thinkgeography. org.uk/AS%20Human% 20Settlement/cpt%202.pdf. [7 Mac 2009].
[8] Dennis A. Rondinelli. 1983. Secondary cities in developing countries: Policies for diffusing urbanization. Sage Library of Social Research, Vol. 145, Beverly Hills, 1983, 288 pp. http://www3.interscience.wiley.com/journal/112787427/abstract. [7 Mac 2009].
[9] Anon. t.th. Christaller's Central Place Theory. http://www.yck2.edu.hk/onlinestudy/ form6/ychui02.pdf. [7 Mac 2009].
[10] A. Laquian, K. Choe. 2008. City cluster development: toward an urban-led development strategy for Asia. http://www.indiaenvironmentportal.org.in/content/city-cluster-development-toward-urban-led-development-strategy-asia. [7 Mac 2009].
[11] A. Laquian, K. Choe. 2008. 2008. City Cluster Development: Urban, Urbanization, and City Clusters. http://www.adb.org/Documents/Books/Urban-Development-Series/2008/city-cluster-devt.pdf. [7 Mac 2009].
[12] Rondinelli, Dennis A. 1983. Dynamic of Growth of Secondary Cities in Developing Countries. JSTOR: Geographical Review, Vol. 73, No. 1 (Jan., 1983), pp. 42-57. http://www.jstor.org/pss/214394. [8 Mac 2009].
[13] Rondinelli, Dennis A. 1983. Dynamics of Growth of Secondary Cities in Developing Countries. American Geographical Society.
[14] Germán Adell, 1999. Literature Review: Theories and Models of The Peri-urban Interface: A Changing Conceptual Landscape. http://eprints.ucl.ac.uk/43/1/DPU_PUI_Adell_THEORIES_MODELS.pdf. [8 Mac 2009].
[15] Dewan Perbandaran Nasional. 2008. http://202.71.109.134/dpntownp/indexphp?name=FAQ&id_cat=5#q25. [19 September 2008].

[16] Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia kesembilan 2006-2010.
[17] Eck, Jan Ritsema van Eck; Eric Koomen. 2008. Characterizing urban concentration and land use diversity in simulations of future land use. The Annals of Regional Science: An International Journal of Urban, Regional and Environmental Research and Policy. Volume 42 (1). March 2008. [18] Frenkel, Amnon; Maya Ashkenazi. 2008. The Integrated sprawl index: measuring the urban landscape in Israel. The Annals of Regional Science: An International Journal of Urban, Regional and Environmental Research and Policy. Volume 42 (1). March 2008. Halaman 99-121. [19] Goldberg, David. t.th. Choosing our community’s future, http:// www.smartgrowthamerica.org/documents/GuidebookPreview1.pdf. [10 Mac 2009].
[20] Northam, Ry M. 1975. Urban Geography. New York: John Wiley & Sons.
[21] Northam, Ry M. 1979. Urban Geography. New York: John Wiley & Sons.
[22] Hirsschman, Albert O. 1967. Development Project Observed. Washington: Brookings Institution.
[23] Christaller, Walter. 1966. Central Place in Southern Germany, Translate from Die Zentralen in Suddeutschland by Charlishe W. Baskin. Englawood: Printice-Hall.
[24] Rondinelli, Dennis A. 1983. Secondary Cities in Developing Countries: Policies for Diffusing Urbanization. London: Sage Publication.
[25] Johnson, J.H. 1980. Urbanization. HongKong: Macmillan.
[26] Johnson, J.H. 1967. Urban Geography: An Introductory Analysis. Oxford: Pergamon Press.
[27] Merriam-Webster Online Dictionary. 2009. "urban sprawl." http://www.merriam-webster.com/dictionary/urban sprawl. [10 March 2009].
[28] The American Heritage. 2003. Dictionary of the English Language, Fourth Edition copyright ©2000 by Houghton Mifflin Company. Updated in 2003. Published by Houghton Mifflin Company. http://www. thefreedictionary.com/urban+sprawl. [10 Mac 2009].
[29] Alberto. 2007. Urban Sprawl. http://www.socyberty.com/People/Urban-Sprawl.41248. [10 Mac 2009].
[30] Terzi, Fatih dan H.Serdar Kaya.2008. Analyzing Urban Sprawl Patterns Through Fractal Geometry:The Case Of Istanbul Metropolitan Area. Centre for Advanced Spatial Analysis University College London. ISSN 1467-1298. www.casa.ucl.ac.uk. [14 November 2008].
[31] Energy and Wetlands Research Group. t.th. Urban Sprawl Pattern Analysis Using GIS. http://wgbis.ces.iisc. ernet.in/energy/urban/. [26 Des 2008].
[32] Batty, Michael; Elena Besussi, dan Nancy Chin. 2003. Traffic, Urban Growth and Suburban Sprawl. Centre for Advanced Spatial Analysis University College London. 10 November 2003. ISSN 1467-1298. www.casa.ucl.ac.uk. [14 November 2008].
[33] Jabatan ukur dan pemetaan Malaysia. 2002.
Disampaikan oleh
Mochamad Rosul
Pelajar daripada UKM Bangi Malaysia

Sunday, March 8, 2009

Makna istilah perbandaran sains sosial kemanusiaan

Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia berasal dari rumpun bahasa yang sama sehingga pengguna bahasa dapat saling bertutur kata. Kedua-dua bahasa tidak dapat dibezakan secara keterlaluan, apalagi oleh orang yang bukan rumpun Melayu. Alasannya bahawa bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan Indonesia iaitu Bahasa Melayu yang banyak dipertuturkan di sebahagian besar masyarakat di pulau Sumatera yang merupakan Bahasa Melayu Tinggi atau Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu Piawai. Bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul Bahasa Melayu terdapat pada batu tulis di daerah Sumatra Selatan dan Hulu Jambi (Anon 2009).

Namun, dari semasa ke semasa telah terjadi perkembangan kosa kata yang banyak berbeza. Sekarang ini beberapa kata dalam Bahasa Melayu yang tidak dapat difahami lagi ataupun menimbulkan pemahaman yang mengelirukan pada masyarakat Indonesia, sebaliknya banyak juga kosa kata Bahasa Indonesia yang tidak dapat difahami dan menimbulkan pemahaman yang mengelirukan pada masyarakat Melayu Malaysia. Perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia itu disebabkan terutamanya ialah kerana perbezaan penyerapan kosa kata dari bahasa tempatan dan bahasa asing. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sama-sama menyerap banyak kosa kata dari bahasa Inggeris, Arab, Sanskerta, Indo-Eropah, Parsi, Portugis dan China, tetapi cara penyerapan ke dalam bahasa masing-masing berbeza.

Perbezaan bahasa ini menyebabkan sebahagian pelajar di pengajian tinggi mengalami kesukaran berbahasa. Kesukaran dijumpai semasa perbincangan dengan penyelia dan pensyarah, semasa menulis serta aktiviti membaca buku-buku berbahasa Melayu. Perbezaan ini dapat menimbulkan salah erti bahkan boleh jadi menimbulkan kemarahan walau dalam kes yang sangat kecil.

Berkait kesukaran menulis dan membaca teks berbahasa Melayu, makalah ini meninjau beberapa abstrak penyelidikan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ide ini bermula dari pengalaman penulis ketika diskusi dan bertemu bual dengan kawan-kawan pelajar. Beberapa kata yang digunakan tidak dapat difahami pelajar Malaysia dan Indonesia. Meskipun diskusi dapat berjalan dengan lancar dan menarik tetapi perbezaan erti kata perlu difahami agar kesalahan serupa dapat berkurang pada masa hadapan. Beberapa kata yang sama yang digunakan oleh kedua-dua negara memiliki erti berbeza ditemui di beberapa abstrak penyelidikan seperti kata isi rumah, ujian, Ibu kota. Tidak semua kata yang sama di kedua-dua bahasa memiliki makna 100 peratus berbeza, ada juga kata sama yang memiliki perbezaan makna sebahagian sahaja.

Kata-kata isi rumah sering digunakan khasnya untuk membahas tentang Ilmu Demografi iaitu ilmu yang mempelajari hal ehwal kependudukan. Isi rumah dalam Bahasa Inggeris disebut household sedangkan erti isi rumah di Indonesia adalah barang-barang yang terdapat dalam rumah dan sangat jarang diambil erti household. Isi rumah menurut Kamus Dewan bermakna seluruh penghuni rumah atau seluruh isi rumah. Ini bererti isi rumah ialah orang yang tinggal bersama dalam satu rumah.

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008) isi rumah adalah orang-orang yang tinggal serumah; penghuni rumah. Perbezaan makna muncul ketika digunakan dalam ayat dan sangat jarang ditemui penggunaan kata isi rumah yang bermakna household. Di Indonesia lebih banyak menggunakan kata rumah tangga daripada menggunakan kata isi rumah. Kata isi rumah bererti sekumpulan keluarga yang terdiri atas bapa, ibu, adik, kakak, nenek dan seterusnya yang tinggal dalam satu rumah termasuk orang lain yang tinggal satu rumah mahupun yang berada dalam satu rumah yang tidak bertalian darah keluarga untuk waktu yang pendek seperti orang yang sewa rumah. Nampak bahawa perbezaan makna kecil menurut kamus di kedua-dua negara tetapi menjadi ketara perbezaan makna ketika digunakan dalam ayat.

Ayat berikut menggunakan kata-kata isi rumah yang jarang sekali digunakan dalam Bahasa Indonesia kerana sukar difahami tetapi sebaliknya banyak digunakan dalam abstrak penyelidikan berbahasa Melayu: Ahli keluarga di Indonesia, selain memperolehi peningkatan daripada wang kiriman, struktur isi rumah mereka cenderung pula berubah dengan terbentuknya ‘keluarga besar’. Isi rumah dalam ayat ini dimaksudkan sebagai rumah tangga dalam Bahasa Indonesia. Jika ayat tersebut diberi erti dalam bahasa Indonesia maknanya menjadi selain difahami sebagai rumah tangga tetapi juga bermakna barang-barang yang ada di rumah. Keseluruhan makna menjadi: Ahli keluarga di Indonesia, selain memperolehi peningkatan daripada wang kiriman, struktur barang-barang dalam rumah mereka cenderung pula berubah dengan terbentuknya ‘keluarga besar’. Dalam hal ini penulis mengabaikan kata ahli yang memiliki kata sama makna berbeza kerana kata tersebut sudah sangat dikenal perbezaan maknanya.

Makna istilah perbandaran sains sosial kemanusiaan (2)

Kata selanjutnya adalah ujian yang dalam Bahasa Inggeris bererti test, dalam Bahasa Indonesia bererti Ulangan. Menurut Kamus Dewan, ujian adalah suatu aktiviti analisis, percubaan, peperiksaan dan mengesan sesuatu. Berbeza dengan Kamus Dewan, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008), Ujian bermakna 1 hasil menguji; hasil memeriksa; 2 sesuatu yang digunakan untuk menguji mutu sesuatu (kepandaian, kemampuan, hasil belajar, dsb); 3 cubaan: musibah ini adalah ujian dari Tuhan. Makna kata ujian menurut Bahasa Indonesia lebih luas berbanding Bahasa Melayu.

Lebih jelas perbezaan makna ujian dijelaskan pada contoh ayat berikut: Data dari sampel ikan dan rumpai dianalisis menggunakan Ujian T. Dalam Bahasa Indonesia, agar ayat tersebut memiliki makna sama dengan Bahasa Melayu perlu diubah menjadi: Data dari sampel ikan dan rumpai dianalisis menggunakan Uji T. Kata Ujian T tidak lazim digunakan di Indonesia berbanding kata Uji T, Ujian T bererti peperiksaan dengan mata kuliah T, padahal dalam Bahasa Melayu bermakna suatu aktiviti analisis T. Gambaran lebih detail tentang kata sama makna berbeza dijelaskan dengan membandingkan dua kamus iaitu Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia.

Kamus Dewan menjelaskan erti ujian dengan contoh gabungan kata ujian darah iaitu analisis sesuatu sampel darah sebagai diagnosis (penyakit), untuk menentukan kumpulan darah, paras alkohol dsb. Ujian iodine (Bio) merupakan ujian untuk mengesan kewujudan kanji pada sesuatu, misal pada daun. Ujian kimia iaitu pemeriksaan dengan menggunakan bahan kimia dan kaedah tertentu (biasanya di makmal). Ujian lisan adalah ujian yang berupa tanya jawab secara lisan (tidak bertulis). Ujian masuk Id adalah peperiksaan untuk masuk ke sekolah lanjutan, dalaml. Ujian nuclear adalah percubaan meledakkan bom nuklear. Ujian nyala (Kim) adalah ujian utk menentukan jenis garam melalui warna nyala yang dilihat apabila garam tersebut dibakar (misal garam kalium menghasilkan warna ungu lembut, natrium warna kuning, dalaml). Ujian tertulis Id adalah peperiksaan bertulis.

Berbeza dengan Kamus Dewan, Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008) memberikan ulasan erti makna ujian berikut ini. Ujian akhir adalah ujian yang diberikan pada akhir waktu suatu pelajaran, misal pada akhir tahun, semester; Ujian akhir semester ujian yang diberikan di pengajian tinggi pada waktu pengajian berakhir dalam setiap semester; Ujian diagnostik test yang digunakan untuk mengetahui dan menentukan kemungkinan sumber penyebab kesulitan (belajar dsb) seseorang; Ujian dinas adalah Administrasi ujian bagi setiap kaki tangan kerajaan untuk dapat dinaikkan pangkatnya dalam golongan satu tingkat lebih tinggi, di samping harus memenuhi persyaratan yang telah ditentukan; Ujian esei adalah ujian dengan bentuk pertanyaan yang mengharapkan jawapan secara terurai, membandingkan, baik secara lisan mahupun tertulis; Ujian kepandaian bentuk ujian atau pertanyaan untuk mengukur kecekapan murid sebagai hasil proses belajar-mengajar; Ujian kesihatan Administrasi pemeriksaan dan penilaian kesihatan (baik jasmani mahupun rohani); Ujian kosa kata ujian yang diadakan untuk memeriksa apakah peserta sudah menguasai erti sejumlah kata dan dapat menggunakannya dengan tepat; Ujian lisan pemeriksaan kepandaian secara lisan (tanya jawab); Ujian masuk ujian untuk menentukan diterima atau tidaknya seorang calon yang ingin memasuki suatu sekolah, kantor, perusahaan, dsb; Ujian negara ujian yang diselenggarakan oleh negara: pemerintah memutuskan untuk menyelenggarakan Ujian negara sebagai pengganti ujian sekolah; Ujian objektif ujian yang dibuat sedemikian rupa sehingga pertanyaan dan jawapannya sudah disiapkan dan murid tinggal memilih jawapan itu; Ujian penghabisan ujian yang diselenggarakan pada saat siswa akan meninggalkan suatu tingkat pendidikan tertentu; ujian akhir; Ujian saringan ujian yang diselenggarakan untuk menyaring calon (siswa, pegawai, dsb) yang memenuhi syarat; Ujian sekolah pemeriksaan kepandaian yang diadakan oleh sekolah, bukan oleh negara; Ujian susulan ujian yang diikuti sesudah masa ujian berakhir (biasanya bagi calon yang sakit atau yang memperoleh izin khusus); Ujian tengah semester ujian yang diberikan di perguruan tinggi pada waktu pertengahan pengajian dalam setiap semester; Ujian tertulis pemeriksaan kepandaian, kemampuan, dsb secara tertulis.

Berdasarkan perbandingan kedua kamus tersebut nampak bahawa perbezaan makna kata ujian di Bahasa Melayu bermakna suatu aktiviti analisis hubung kait satu dengan lain hal, sedangkan dalam Bahasa Indonesia lebih bermakna peperiksaan. Kata ujian dalam Bahasa Melayu lazim dikenal dengan kata uji dalam Bahasa Indonesia.

Kata berikutnya adalah kata ibu kota. Ibu kota dalam bahasa Inggeris dikenal dengan capital atau capital city dan dalam Bahasa Indonesia menggunakan ibu kota. Menurut Kamus Dewan, ibu kota bermakna bandar yang menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri. Sedangkan menurut Kamus Istilah Geografi (1988) capital bermakna modal, ibu kota/ibu negeri/ibu negara. Menurut Kamus Dwi Bahasa (t.th.) ibu kota bermakna seat of government, a. (national) ibu negara; b. (state) ibu negeri. Ketiga kamus tersebut menunjuk pada erti ibu kota yang sama iaitu pusat pemerintahan bagi sebuah negeri mahupun negara. Ibu kota negara disebut ibu negara, ibu kota negeri disebut ibu negeri, jadi pengertian ibu kota merujuk pada erti ibu negara dan ibu negeri. Walaupun ada istilah ibu kota di Bahasa Melayu dan orang boleh faham, tetapi kata tersebut jarang digunakan dalam bahasa tulisan mahupun lisan. Penggunaannya digantikan dengan ibu negeri atau ibu negara.

Makna kata ibu kota dalam Bahasa Indonesia menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2008) adalah bandar tempat kedudukan pusat pemerintahan suatu negara, tempat berhimpun unsur administratif, iaitu eksekutif, legislatif dan judicative; bandar yang menjadi pusat pemerintahan. Di Indonesia, ibu kota digunakan untuk menyebut pusat pentadbiran mulai pusat negara sehingga desa. Tidak terdapat ibu negeri atau ibu negara semua menggunakan istilah ibu kota baik peringkat negara mahupun negeri.

Guna memberikan kejelasan makna ibu kota, berikut ini diberikan contoh ayat yang dijumpai di abstrak penyelidikan: Kajian ini bermatlamat untuk meneliti pengaruh urbanisasi terhadap alam sekitar fizikal pada peringkat makro di Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta. Ibu kota dalam ayat ini bermakna ibu negara dalam Bahasa Melayu, tetapi kerana kes di Indonesia dan tidak adanya kata ibu negara, sehingga dibenarkan menggunakan istilah ibu kota meskipun dalam Bahasa Melayu bermakna ibu negara.

Kata ibu kota/ibu kota kabupaten di Indonesia bermakna tempat kedudukan pusat pemerintahan tingkat kabupaten. Ibu kota provinsi tempat kedudukan pusat pemerintahan provinsi. Ibu kota negara tempat kedudukan pemerintah pusat suatu negara atau pusat pemerintahan negara. Sedangkan ibu negara bererti isteri kepala negara; isteri presiden contoh ibu negara baru-baru ini mendampingi Presiden ke luar negeri.

Tiga kata yang dibincangkan menunjukkan bahawa kata isi rumah, ujian dan ibu kota merupakan kata yang dimiliki oleh kedua-dua Bahasa Melayu dan Indonesia tetapi memiliki erti berbeza. Penggunanya perlu memiliki pengetahuan dan perlu berhati-hati agar tidak menimbulkan salah tafsir. Latihan perbincangan dalam tulisan dan lisan diperlukan untuk meningkatkan kemampuan. Masa mendatang perlu untuk semakin mengembangkan Bahasa Melayu dan melakukan penilaian setiap lima tahun (program dan pelaksanaan), menilai berdasar kerangka dasar identity dan peradaban Melayu persada dunia sebagaimana pengesan, Syed Muhammad Naquib al-Atas, kemudian selalunya mengambil tindakan yang perlu untuk memajukannya. Diharapkan perkembangan Bahasa Melayu yang berlaku berlangsung sesuai yang diinginkan.

RUJUKAN

Anon. 2009. Perbezaan antara Bahasa Melayu Piawai dan Bahasa Indonesia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbezaan_antara_Bahasa_Melayu_Piawai_dan_Bahasa_Indonesia. [19 Februari 2009].

Arif Nasution, M. 1997. Aliran Pekerja Indonesia ke Malaysia: Kes tentang Pekerja Indonesia dalam Sektor Pembinaan di Kuala Lumpur. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Ahmad. T.th. Masalah Bahasa atau masalah Pengguna Bahasa? Membetulkan Sikap dan Persepsi Manusia terhadap Bahasa Melayu. Yayasan Malaysia. Malaysia.

Kamus Besar Bahasa Indonesia. 2008. Ed. Ketiga. Jakarta: Departemen Pendidikan Nasional. http://pusatbahasa.diknas.go.id/kbbi/index.php. [22Februari 2009].

Kamus Dewan. T.th. Ed. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.karyanet.my/knet/laman/ekamus/gratis/pelanggan/index.php?sid=&sts=&submodule=ekamusView&ID=55264&KID=1. [22 Februari 2009].

Kamus Dwi Bahasa. T.th. Sumber Elektronik.

Kamus Istilah Geografi. 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maliki bin Hapani. 2006. Pencemaran Kualiti Air Lembangan Sungai Merbok: Kesan Pencemaran dan Langkah Pengurusan. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sunday, March 1, 2009

Pelan Wilayah Lembah Klang II

Wilayah Pelan Strategik Lembah Kelang II meliputi dua daerah iaitu Sepang dan Kuala Langat dengan luas 141,527.39 hektar. Daerah Sepang merupakan kawasan lembah Sungai Langat di sebelah Hulu sedangkan Daerah Kuala Langat di sebelah hilir. Daerah-daerah ini diurus-tadbir oleh dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Daerah Sepang ialah Majlis Daerah Sepang (MDS) seluas 85,811.27 hektar, Daerah Kuala Langat ialah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) seluas 55,716.12 hektar.

Wilayah ini dibincangkan kerana merupakan wilayah limpahan pembangunan daripada Wilayah Lembah Klang I yang terdiri daripada empat daerah di Selangor iaitu Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelan Strategik Wilayah Lembah Klang II dirancang dengan mengambil kira Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), konsep pembangunan mampan, potensi di kawasan Koridor Raya Multimedia dan limpahan pembangunan dari Putrajaya.

Wilayah Lembah Klang merupakan daerah yang paling pesat perkembangannya di semenanjung Malaysia dengan aktiviti ekonomi perdagangan dan perindustrian yang berkembang dengan pesat, penumpuan projek-projek pembangunan mega dan tahap mudah sampainya yang tinggi dengan rangkaian lebuh raya, kereta api, pelabuhan dan lapangan terbang antara bangsa. Kemajuan di Wilayah Lembah Klang ini menyebabkan secara tidak langsung limpahan pembangunan di sekitar kawasan ini, khususnya Wilayah Selangor Selatan. Justeru itu, satu pelan perancangan dan pembangunan yang lebih menyeluruh dan bersepadu khususnya di bahagian selatan Negeri Selangor pula dibuat untuk menjaga kepentingan dan meningkatkan pencapaian negeri khasnya ke arah merealisasikan wawasan Negeri Selangor Maju.

Materi pelan yang akan dijelaskan meliputi huraian pendahuluan, limpahan pembangunan, kepentingan dan hubungan wilayah; penduduk dan sumber manusia; asas dan prospek ekonomi; sektor guna tanah dan fizikal; sektor petempatan bandar dan desa serta koridor pembangunan; sektor perumahan; sektor perindustrian; pertanian, perhutanan dan perlombongan; sektor pelancongan; kemudahan masyarakat; sektor perniagaan; rekreasi dan sukan; alam sekitar dan pengurusan sumber asli; perhubungan dan pengangkutan; sektor infrastruktur dan utiliti; strategi pembangunan sektoral; strategi pembangunan spatial negeri.

Kaedah penyediaan Pelan Pembangunan, terbahagi kepada tiga iaitu menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Wilayah Lembah Klang II, menyediakan Pelan Tindakan Pelaksanaan Pelan Strategik dan menyediakan Perancangan Projek bagi melaksanakan Pelan Tindakan yang disediakan. Penyediaan Pelan Strategik dibuat oleh satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan ahlinya terdiri daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Pelan ini disediakan berpandukan Draf Rancangan Struktur Negeri. Penyediaan Pelan Tindakan pula dibuat oleh MP Sepang dan MDKL dengan bantuan JPBD. Pelan Tindakan ini disediakan berdasarkan Draf Rancangan Tempatan yang telah disediakan. Manakala bagi kawasan tertentu seperti Sungai Sedu, Pula Carey dan Tebatan Banjir Sungai Langat, pelan induk projek berkenaan dijadikan rujukan. Pelan perancangan projek dan pelaksanaannya pula dibuat kembali dengan melibatkan UPEN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, ahlinya JPBD, MP Sepang dan MPKL.

Objektif Kajian terdiri atas enam iaitu: menyediakan strategi pembangunan semua sektor yang dijangka boleh mendorong pembangunan kawasan kajian, mengubahsuai koridor pembangunan di kawasan kajian, menyediakan pelan cadangan guna tanah untuk tempoh sepuluh tahun akan datang, mengenalpasti Rancangan Tepatan yang telah dilaksanakan dan ‘committed development’ , mengenalpasti sumber-sumber, kekuatan, kelemahan, kekurangan, peluang dan cabaran pembangunan kawasan kajian bagi menggariskan matlamat dan sasaran pembangunan strategik negeri, menggalakkan penggunaan ruang fizikal yang optimum di peringkat negeri berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan ke arah melahirkan pembangunan mampan dan mengelak percanggahan dalam penggunaan sumber.

Negeri Selangor memiliki dasar dan strategi pembangunan yang didasarkan atas wawasan pembangunan negeri yang maju secara syumul jasmani dan rohani, dasar pembangunan mampan Kawasan Sensitif Alam Sekitar bagi mencapai pembangunan yang berdaya kekal dan pembangunan spatial berasaskan ‘multiple strands development corridor’ yang berlaku seiring dengan pengekalan kehijauan di dalam bentuk ‘bio-diversity’. Walau bagaimanapun, strategi pembangunan Wilayah Lembah Klang adalah berdasarkan strategi pembangunan ‘multi focus’ yang intensif dan menyeluruh secara berterusan.

Pelan Kawasan Lembah Klang II (2)


Kawasan Lembah Klang II adalah nama ‘commercial’ bagi kawasan Lembah Sungai Langat. Berasaskan kawasan geografi ternyata Lembah Sungai Langat meliputi keseluruhan Daerah Kuala Langat dan sebahagian Daerah Sepang. Selain itu, terdapat juga sebahagian lokasi di Hulu Langat dimasukkan ke Kawasan Lembah Klang. Oleh itu, untuk memudahkan dalam analisis adalah sesuai keseluruhan Daerah Hulu Langat dijadikan Lembah Sungai Langat. Kepentingan dan hubungan pembangunan daerah Klang Langat dan Sepang dengan kawasan Wilayah Lembah Klang II demikian bervariasi.

Daerah Kuala Langat merupakan Pusat Industri Berat dan Pelancongan. Hubungan antara daerah ditunjukkan dengan Daerah Kuala Langat sebagai kawasan pelancongan/rekreasi pantai kepada penduduk Selangor. Daerah Klang merupakan usaha sama pembangunan industri, pusat pelabuhan untuk pengedaran hasil industri dan kawasan rekreasi bagi Kuala Langat. Daerah Petaling sebagai pusat perkhidmatan dan perdagangan tahap sederhana dan tinggi kepada penduduk Daerah Klang Langat. Daerah Sepang menempatkan pusat pentadbiran negara dan KLIA. Daerah hulu Langat sebagai sumber bekalan air kepada penduduk Selangor. Tiada hubungan pembangunan daerah antara Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak terhadap Kuala Langat.

Daerah Sepang merupakan pusat aeronautical, penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan, pengangkutan moden dan pentadbiran negara. Daerah Sepang memiliki kawasan perumahan limpahan dari pembangunan daerah Petaling dan usahasama di sektor industri dengan Kuala Langat. Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor sebagai penyumbang terhadap sumber produk perikanan dan makanan kepada penduduk Selangor.

Isu perancangan menunjukkan adanya ketidakseimbangan pembangunan ekonomi Wilayah Lembah Klang II. Daerah Sepang dalam fasa sedang membangun sedangkan Daerah Kuala Langat hanya memainkan peranan bagi sektor yang bernilai tambah rendah. Jurang perbezaan ini wujud dalam bentuk aktiviti bernilai tinggi dan pendapatan isi rumah antara dua daerah. Walau demikian, ada potensi yang tidak dapat dinafikan kerana terdapat kawasan MSC yang mempunyai tahap pembangunan yang belum optimum, mengandungi KLAI sebagai pendorong penting kemajuan, terdapat tanah yang masih luas dan sesuai dibangunkan kilang, mengeksploitasi pembangunan di pinggiran pantai masih memungkinkan, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia dan terdapat IPTA yang boleh menjadi penggerak pembangunan.

Penduduk dan sumber manusia menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak 1992 lepas. Keadaan sebegini di Daerah Sepang disebabkan oleh pembukaan Koridor Raya Multimedia (KRM) termasuk Putrajaya dan Cyberjaya sepanjang 1997 tahun yang lalu. Tahun 2020 saiz dan pertumbuhan penduduk di Daerah Sepang 170,100 orang dan Kuala Langat sebanyak 299,700 orang sehingga jumlah 469,800 orang dengan pertumbuhan tahunan 3.6 peratus. Lebih daripada separuh penduduk dalam Daerah Sepang dan Kuala Langat masih tinggal di kawasan luar bandar. Nisbah jantina dalam Daerah Sepang dan Kuala Langat secara relatif adalah tinggi iaitu 112 berbanding dengan purata negeri iaitu 105 dan purata negara iaitu 104. Nisbah tanggungan yang tinggi adalah daerah yang masih bergantung kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan sektor primer. Nisbah tanggungan Daerah Kuala Langat lebih besar iaitu 63.6 berbanding Daerah Sepang 58.2.

Daerah luar bandar secara relatif memiliki saiz isi rumah yang lebih besar. Purata saiz isi rumah kawasan luar bandar menurun daripada 5.2 orang dalam tahun 1991 kepada 3.4 orang. Manakala kawasan bandar, purata saiz kekal besar secara relatif pada 5.6 orang bagi setiap isi rumah. Penurunan saiz isi rumah di daerah ini disebabkan perubahan struktur aktiviti ekonomi daripada aktiviti pertanian kepada aktiviti sekunder dan tertiari. Daerah yang menunjukkan guna tenaga aktiviti pembuatan adalah Kuala Langat 33 peratus. Nisbah guna tenaga/penduduk mempunyai nilai 4 peratus atau lebih kecil kecuali Sepang.

Isu perancangan di kawasan kajian adalah pertumbuhan penduduk yang tinggi. Pertumbuhan penduduk yang tinggi ini memberi tekanan ke atas kemudahan dan infrastruktur kawasan. Selain itu, kemasukan penghijrah tempatan dan asing akan memulakan lebih banyak perumahan dan kemudahan sosial. Ini memberi tekanan ke atas penyediaan kawasan untuk pembangunan. Isu lain adalah ketidakseimbangan dalam pengagihan penduduk antara daerah dan rendahnya kumpulan pekerja yang mahir. Cabaran yang perlu dihadapi dalam tempoh pertumbuhan penduduk yang tinggi adalah meningkatkan tahap kemahiran penduduk. Satu petunjuk yang digunakan ialah kadar peralihan (kadar peralihan murid-murid tingkat V ke tingkat VI) pelajar menengah tinggi kepada pelajar lepasan sekolah menengah. Daerah dengan kadar peralihan tertinggi ialah Kuala Langat.

Asas dan prospek ekonomi unjuran keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Negeri Selangor didapati bahawa 91.2 peratus daripada KDNK negeri di bahagian selatan iaitu Daerah Kuala Langat dan Sepang menyumbangkan 8.8 peratus kepada KDNK negeri tahun 2000. Pada tahun 2020, Daerah Sepang mencatatkan 4.9 peratus daripada KDNK (daripada 1.1 peratus setiap daerah pada tahun 2000). Antara sektor menonjol dijangka menyumbang KDNK tahun 2020 Daerah Kuala Langat ialah Sektor Industri dan Daerah Sepang ialah perkhidmatan. Terdapat prospek yang sangat baik bagi perpindahan graviti ekonomi ke Daerah Sepang kerana terletaknya Koridor Raya Multimedia (KRM).

Sektor utama ekonomi Daerah Kuala Langat adalah pertanian. Sektor ini memiliki potensi untuk dibuat moden dan menjadi satu sumber penting pertumbuhan terutama yang diperolehi daripada peningkatan yang signifikan dalam pengeluaran makanan, tanaman-tanaman industri dan sumbangan daripada aktiviti-aktiviti baru. Akuakultur berpotensi untuk memenuhi bekalan ikan yang diperolehi daripada perikanan laut dan juga menyediakan bahan mentah bagi industri-industri hilir. Kebanyakan sumber aktiviti perlombongan dan kuari di Daerah Langat dan Sepang telah habis digunakan dan ditambah dengan harga mineral yang rendah. Tidaklah hairan sumbangan sub sektor ini kepada KDNK negeri telah jatuh.

Pelan Wilayah Lembah Klang II (3)


Isu perancangan iaitu ekonomi dunia yang telah berubah dengan kemerosotan tiga negara ekonomi utama (Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah), telah merosotkan eksport dan telah memberi tempias kepada ekonomi kawasan Lembah Klang. Ketidak seimbangan pembangunan ekonomi nampak kerana Daerah Kuala Langat dan Sepang hanya memainkan peranan kecil dalam aktiviti ekonomi yang bernilai tambah tinggi. Ketidakseimbangan juga nampak di antara bandar dan kampung kerana asas ekonomi, aktiviti bernilai tinggi dan pendapatan isi rumah lebih tinggi di kawasan bandar. Aktiviti pertanian di Daerah Kuala Langat meliputi 26 peratus daripada keseluruhan aktiviti pertanian negeri. Aktiviti pembuatan dan perkhidmatan kurang menonjol dengan kebanyakan aktiviti direkodkan tinggi di daerah lain. Pendapatan bumi putera lebih rendah berbanding bukan bumiputera di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar. Insiden kemiskinan telah berjaya dikurangkan selari dengan pencapaian di peringkat negeri iaitu pengurangan sehingga dua peratus sahaja dan jumlah kemiskinan hanya 0.3 peratus.

Sektor guna tanah dan fizikal menunjukkan topografi berbukit dan tanah tinggi, tanah rendah dan pesisiran pantai. Ada beberapa fitur utama iaitu pesisir pantai, tasik dan geologi. Kawasan Lembah Klang berhadapan dengan selat Melaka telah membentuk pesisir pantai sepanjang 40 km bermula dari Sungai Langat di Utara sehingga ke Sungai Sepang di selatan. Kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar berisiko bencana. Tasik dijumpai di Sepang akibat aktiviti perlombongan bijih timah. Tasik ini juga berfungsi sebagai kawasan takungan air untuk pengawalan banjir dan telah dimajukan sebagai kawasan rekreasi air seperti Paya indah dan Wetland. Tanah bencah terdiri daripada hutan paya bakau dan gambut. Hutan ini dijumpai di kawasan tepi pantai dan muara sungai sebagai hutan simpan terletak di pesisiran pantai dan muara sungai di daerah Kuala Langat serta di kepulauan.

Kecerunan 91 peratus rendah iaitu kurang dari 12o yang sesuai untuk semua jenis pembangunan. Dianggarkan hanya 5 peratus dari kawasan kajian terletak dalam kecerunan 25 o yang tidak sesuai untuk pembangunan. Lembangan Sungai Langat merupakan kawasan tadahan yang menjadi sumber bekalan air mentah dan berfungsi sebagai mekanisme kawalan banjir, kawalan hakisan tanah, mengekalkan kesuburan tanah dan pemuliharaan biologi. Sungai juga penting untuk pengairan kawasan khususnya sungai Langat sebagai sistem pengairan permukaan. Tumpuan kawasan mudah banjir adalah Kuala Langat 16 peratus dan Sepang 13 peratus banjir.

Struktur geologi kawasan sebahagian memiliki geologi yang sensitif seperti batu kapur dan ‘shale’. Struktur ini adalah tidak kuat dan rapuh serta tidak mampu menampung beban pembangunan. Oleh itu kawasan ini tidak sesuai untuk pembangunan yang ekstensif.

Pembangunan fisikal yang pesat mempengaruhi corak dan taburan jenis tanah. Corak guna tanah tahun 2002 masih didominasi oleh guna tanah hutan 40.11 peratus dan pertanian 39.64 peratus. Kawasan tepu bina hanya meliputi kira-kira 18 peratus daripada keluasan negeri Selangor. Guna tanah tepu bina bertambah dengan ketara di Sepang sejak 1991 sehingga 2002. Guna tanah tepu bina utama adalah kediaman (perumahan terancang, kampung tradisi, kampung baru dan pusat petempatan tanah rancangan), perindustrian (di dalam kawasan perindustrian, kawasan di luar zon perindustrian terancang, komited oleh pihak berkuasa tempatan) dan perniagaan. Lain-lain guna tanah tepu bina terdiri daripada guna tanah institusi, kawasan lapang, rekreasi, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti.

Guna tanah bukan tepu bina meliputi hutan (hutan simpanan kekal, hutan sekunder), pertanian (kelapa sawit dan getah). Baik hutan mahupun pertanian luas semakin berkurang digunakan untuk perbandaran. Lain-lain guna tanah bukan tepu bina terdiri daripada tanah kosong, sungai dan badan air lain sama ada sumber semula jadi (tasik, paya) atau buatan (kolam bekas lombong). Kawasan sensitif alam sekitar terdiri daripada KSAS perhutanan, KSAS perikanan, KSAS pertanian dan peternakan, KSAS pesisiran, KSAS sumber mineral dan bahan batuan, KSAS jasad air, KSAS sejarah dan antikuiti, KSAS rekreasi dan kawasan lapang, KSAS khazanah geologi dan KSAS tanah bencah (rawa).
Sumber:
UPEN, JPBD, MP Sepang, MDKL. 2002. Pelan Strategik Wilayah Lembah Klang II, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Selangor.
Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Geographic Student National University of Malaysia

National Phisical Plan (NPP)

Bahagian ini menjelaskan tentang perancangan fizikal nasional atau NPP khususnya di Semenanjung Malaysia. Perbincangan meliputi kerangka kerja perancangan pembangunan nasional; sasaran, tujuan dan prinsip; konteks perancangan, strategi pembangunan, polisi, dan mekanisme pelaksanaan undang-undang perancangan pada tingkat nasional. Masing-masing memiliki kaitan erat satu dengan lainnya sehingga tidak dapat dipisahkan. Perbincangan juga memiliki kaitan dengan perancangan lain seperti ekonomi, ruang mahupun perancangan pada level yang berbeza.

Perancangan Ekonomi Nasional telah dilaksanakan Malaysia semenjak kemerdekaan (31 Ogos 1957) dan telah berhasil melakukan transformasi dari ketergantungan ekonomi sektor perlombongan dan tanaman pertanian ke pelbagaian dan perbanyakan industri. Meskipun demikian, jurang perbezaan kemajuan pembangunan secara nasional masih pun nampak. Perancangan ruang nasional telah memberi kewenangan bagi perancangan peringkat bawah iaitu perancangan negeri (meliputi Perancangan Pembangunan Negeri, Perancangan Struktur/Wilayah dan Perancangan atau Polisi Sektoral) dan tempatan (meliputi Perancangan Tempatan dan Perancangan Kawasan Khas). Perancangan secara nasional ini memberikan kewenangan negeri dan tempatan untuk menangani kawasan yang tidak selaras dan belum memiliki panduan rancangan untuk berkongsi tafsiran dalam mewujudkan tujuan pembangunan nasional. Diharapkan hasil perancangan negeri dan tempatan dapat melampaui target hasil pembangunan secara nasional dalam pemanfaatan sumber-sumber nasional. Perancangan fizikal nasional bermaksud untuk mengisi jurang perbezaan pembangunan antara negeri ini dan menyediakan kerangka kerja bagi perancangan fizikal nasional.

Fungsi perancangan fizikal nasional ialah untuk mengisi jurang perbezaan dalam kemajuan pembangunan nasional. Fungsinya juga untuk penguatan perancangan nasional dengan menyediakan ruang untuk polisi ekonomi nasional, koordinasi pelaksana kegiatan sektoral dengan menyediakan ruang untuk polisi sektoral, menyediakan kerangka kerja perancangan wilayah, negeri dan tempatan serta menyediakan polisi perancangan fizikal. Fungsi utama perancangan fizikal nasional adalah menterjemahkan tujuan sosio-ekonomi dari visi 2020, OPP (Outline Perspective Plan) 3 dan 8 MP (the eighth Malaysia Plan) seperti dalam tujuan nasional sektoral ke dalam dimensi ruang nasional untuk memberikan panduan distribusi secara geografi tentang tujuan antara negeri-negeri dan tempatan.

Akta Perancangan Bandar dan Negara 1976 amendment 2001, Akta A1129 merupakan undang-undang dasar rasmi yang dapat digunakan untuk menyusun perancangan fizikal nasional kerana dapat memberikan pelbagai penjelasan. Pernyataan yang ditulis dalam perancangan merupakan polisi strategi yang bertujuan memberikan jalan umum dan arah kecenderungan pembangunan fizikal bangsa akan dilakukan. Akta membantu memecahkan permasalahan perancangan yang diperlukan untuk memberikan kepastian polisi strategi. Akta juga mengandungi perkara-perkara lain yang perlu perakuan atau sebagai asas bagi perancangan fizikal nasional untuk merancang beberapa kes yang khas.

Perancangan fizikal nasional mempersiapkan secara terus-menerus proses perundingan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negara serta polisi yang harus diambil dalam polisi urbanisasi nasional saat kini dan polisi lain sejenis. Perancangan fizikal nasional terbatas pada Semenanjung Malaysia dan tidak digunakan untuk Sabah dan Sarawak kerana berbeza materi perancangan undang-undang.

Akta mensyaratkan bahawa perancangan dipertimbangkan setiap lima tahun bersama dengan pertimbangan Perancangan Pembangunan lima tahun nasional. Walau demikian, tidak semua aspek perancangan akan diubah pada masa kajian semula kerana sebahagian materi perancangan telah menjadi cadangan yang sudah ditetapkan pasti sehingga tinggal memerlukan penetapan sahaja. Aspek perancangan ini termasuk wilayah reka bentuk untuk pemuliharaan atau mengatur di luar area untuk perlindungan sumber air. Cadangan pembangunan lain seperti konstruksi infrastruktur nasional utama boleh juga memerlukan pelaksanaan yang menerus lebih dari 10 tahun. Perancangan fisikal nasional seharusnya memiliki dua pandangan iaitu jangka pendek untuk tujuan sosial ekonomi dari FYMP (Five Year Malaysia Plan) dan jangka panjang pandangan visi 2020.

Matlamat perancangan fizikal nasional adalah institusi kerangka kerja nasional yang cekap, saksama dan berkekalan untuk memberikan panduan keseluruhan pembangunan negara terhadap kejayaan pembangunan nasional tahun 2020. Untuk mencapai kejayaan matlamat, empat tujuan saling terkait yang dikenal pasti iaitu untuk merasionalkan perancangan ruang nasional guna mewujudkan ekonomi yang cekap dan kebersaingan global, untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber semula jadi guna pembangunan berkekalan, untuk menaikkan keseimbangan pembangunan wilayah guna persatuan nasional, serta menjamin kualiti ruang dan alam sekitar serta perbezaan kualiti hidup yang tinggi.

Dalam mendukung tujuan perancangan fizikal nasional, perlu mengikuti prinsip-prinsip perancangan: Prinsip (P) 1 pembangunan negara sebagai satu kesatuan unit yang terpadu, P2 meningkatkan luas area yang memiliki potensi dapat tumbuh pesat, P3 memaksimumkan penggunaan prasarana saat ini dan terikat merasa memilikinya, P4 melindungi tempat dan lokasi warisan bersejarah nasional, P5 menggalakkan pembangunan berasas wilayah, P6 meningkatkan transport am dan menggantikan penggunaan kenderaan peribadi untuk angkutan dalam bandar dan pergerakan antara bandar, P7 berusaha mewujudkan bentuk bandar ke arah yang rapat (compakta) dan mudah dikenal dengan jelas, P8 menghindari gangguan stabiliti alam sekitar, P9 kemudahan pembangunan berasas k-economy (a knowledge-based economy), P10 penguatan jaringan bandar dan desa.

Perancangan fizikal nasional juga menggunakan konteks semasa untuk melihat aturan dalam pembangunan nasional. Dalam konteks global terdapat peningkatan persaingan iklim infestasi internasional secara terus-menerus. Kerana penting bagi Malaysia sebagai sebuah bangsa perdagangan dan telah memiliki kepercayaan bahawa posisi perdagangan dapat tumbuh pada masa hadapan, negara mudah jatuh bangun antara bangsa dan munculan ancaman daripada pesaing, lagipun untuk mewujudkan tujuan visi 2020 menjadi negara maju tahun 2020, bangsa harus mengelola angka pertumbuhan yang tinggi dan angka infestasi yang tinggi. Pertumbuhan yang tinggi perlu diimbangi dengan pertumbuhan ekonomi yang merata.

Sejumlah sifat-sifat mustahak dalam setting pembangunan nasional, termasuk pembangunan berjangka lama dan kecenderungan serta pilihan strategi pembangunan dijelaskan berikut ini. Sifat-sifat penting meliputi penganekaan pembangunan antara wilayah, proses menerus pengelolaan struktur ekonomi dengan menurunkan ambil peran pertanian dan menumbuhkan sektor bandar yang berasas perkilangan dan perkhidmatan. Lain itu, meningkatkan potensi yang berasas teknologi, nilai tambah dan aktiviti bantuan modal seperti ICT dan bioteknologi sepertimana dalam wisata, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Dengan penstrukturan semula ekonomi, penstrukturan semula tenaga kerja dengan mengganti terhadap tuntutan untuk keahlian yang tinggi dan tenaga kerja terdidik. Menjadikan urbanisasi tidak hanya pemusatan penduduk di wilayah bandar tetapi juga kesedaran dalam sebuah wilayah bandar yang disebut konurbasi (bandar gabungan) meliputi Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru.

Sebagai sebuah konurbasi Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu untuk mengambil kira kemampuan untuk sukses persaingan menentang bandar-bandar antara bangsa seperti Shanghai, Hong Kong, Shenzhen, Singapura, Bangkok dan lain-lain, dengan menggunakan strategi pembangunan perancangan fizikal nasional. Strateginya ialah melaksanakan pembangunan untuk sektor perkilangan dan perkhidmatan, khasnya dalam sektor ICT yang mula tumbuh dan muncul, bioteknologi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, wisata (bukan resort) dan membangun sesuai jenis infrastruktur yang boleh digunakan untuk infestasi sektor-sektor tersebut. Ibu negeri yang berada di luar area konurbasi, walaupun demikian tetap mendukung bagi keperluan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan. Bandar kecil dan menengah seharusnya dibina mengikuti ciri-ciri khas yang ada padanya dan ciri ekonomi tempatan. Jaringan ekonomi bandar-desa digalakkan untuk mendukung perubahan secara struktural dalam pertanian dan untuk menggantikan pertanian dan kerugian urbanisasi dengan keuntungan penduduk desa. Pembangunan di desa seharusnya dipusatkan pada pusat pertumbuhan desa dan perkhidmatan desa seharusnya diulas lebih dalam untuk memberikan perubahan kepada struktur penduduk desa.

Perancangan fizikal nasional juga harus dialamatkan untuk menangani isu ketidakseimbangan wilayah. Ini seharusnya dijalankan selagi menghindari persaingan internal dan dalam masa yang sama optimis dengan ketersediaan sumber. Strategi pengambilan seharusnya realistik dan sesuai kemampuan. Keseimbangan wilayah dijelaskan sebagai akses untuk menuju kesamaan pendapatan dan kesejajaran, kesempatan yang sama dalam pembangunan. Sumber asas industri, aktiviti hutan asas dan industri, aktiviti pertanian asas, pelancongan, eco-tourism, industri berasas seni dan aktiviti lain yang secara langsung untuk pembangunan wilayah yang kecil dan infrastruktur yang sesuai di wilayah ini diperlukan untuk mendukung aktiviti.

Sebagai perancangan fizikal, wajib pada NPP untuk meneliti distribusi guna tanah untuk memastikan guna tanah yang optimum. Pertanian tidak diharapkan menjadi luas area tetapi meningkat produktivitinya. Tuntutan terbesar terhadap tanah adalah untuk bandar tetapi keperluan yang sangat besar terhadap tanah adalah relatif kecil berbanding potensi tanah yang tersedia untuk pembangunan bandar. Bagaimanapun, perancangan tempatan akan memerlukan penyesuaian lokasi tanah yang tersedia. Untuk membantu perancangan tanah tempatan adalah tergantung pada kategori terhadap pentingnya peran pertanian terhadap negara, produktiviti pertanian dan sensitiviti alam sekitar dan tingkatan. Tujuan adanya tingkatan adalah untuk dapat menentukan tanah boleh untuk ditukar ke penggunaan lain atau untuk pemuliharaan jangka panjang.

Dengan semakin berkurangnya luas hutan yang tersedia beralih fungsi menjadi pertanian atau bandar, maka terdapat cadangan bagi majlis nasional yang berbagai-bagai aktiviti terhadap alam sekitar, meskipun aktiviti ini menunjukkan kebimbangan yang berat terhadap alam sekitar semula jadi, seperti majlis kehutanan, Majlis zon pantai dan majlis alam sekitar. NPP mencadangkan pembatasan wilayah hutan yang akan terhubung ke area pemuliharaan. Keperluan persediaan air masa hadapan akan juga dilindungi dengan pemuliharaan sungai yang memiliki potensi dan sumber air bawah tanah.

Dalam transport nasional, NPP menyarankan komitmen jangka panjang untuk mewujudkan sistem kereta api cepat dan dalam transport tempatan ada komitmen untuk senang hati menggunakan transport umum. Infrastruktur seharusnya diusulkan agar sesuai untuk area khas dan harapan terhadap pembangunan.

Penyusunan NPP diasaskan pada polisi berikut ini. NPP1, Perancangan fizikal nasional seharusnya berkhidmat sebagai kerangka kerja untuk mencapai perpaduan dan perancangan guna tanah berkekalan di dalam negara. NPP 2, Perancangan bandar berasas pada aktiviti yang seharusnya diambil dari konsep “pemilihan pusat” untuk pusat bandar strategis bagi semua negeri. NPP 3, Kerjasama dalam perancangan fizikal antara Malaysia dan negara jiran ASEAN harus diperkuat. NPP 4, Sumber alam dan tanah pada wilayah yang kurang berkembang harus digunakan secara berkekalan untuk meningkatkan produktiviti dalam wilayah dan mengurangi ketidakseimbangan wilayah. NPP 5, Perancangan untuk pembangunan tanah industri harus diambil dari konsep “Industri secara berkelompok”. NPP 6, Dukungan pertanian harus diambil dari pengetahuan dari kekuatan dan kesempatan dari adanya urbanisasi. NPP7, Delapan strategi meliputi muda agriculture development authority (MADA), Kemubu agriculture development authority (KADA), integrated agriculture development project (IADP) Kerian-Sungai Manik, IADP Barat Laut Selangor, IADP Pulau Pinang, IADP Seberang Pulau Perak, IADP Terengganu Utara (KETARA) dan IADP Kemasin-Semarak harus dipelihara. NPP 8, Perbezaan zon pembangunan pelancongan harus terpusat pada perbezaan pakej produk pelancongan untuk membuat maksimum sumbernya dan keuntungan lokasi.

Selain itu polisi NPP 9 menyatakan bahawa pemusatan pertumbuhan bandar dalam sebuah bandar gabungan harus dijangka dan disesuaikan. NPP 10, Pertumbuhan empat bandar gabungan utama meliputi Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan harus didukung. NPP 11, bandar gabungan harus dirancang dan dikembangkan sebagai wilayah berpadu. NPP 12, Bandar, bandaraya atau desa yang terpisah secara persendirian mahupun fizikalnya terhadap bandar gabungan harus mendapatkan pengelolaan. NPP 13, Bandaraya dengan ciri-ciri yang khas harus dikenal pasti dan pembangunan projek eksploitasi terhadap ciri-ciri khas harus mendapat sokongan infrastruktur yang bersesuaian. NPP 14, bandar kecil dan menengah seharusnya dibina mengikut potensi ekonomi tempatan. NPP 15, Pembangunan Pusat-pusat Pertumbuhan Desa seharusnya diperkuat kembali untuk rasionalisasi perkhidmatan dari jumlah penduduk. NPP 16, Perancangan baku akan dibuat untuk memenuhi pembangunan negara. NPP 17, Reka bentuk pihak berkuasa pusat harus dicas dengan tanggung jawab untuk mengumumkan pada informasi asas secara tetap tentang perubahan guna tanah.

Polisi selanjutnya adalah NPP 18, Wilayah peka perubahan alam sekitar (environmentally sensitive area/ESA) harus memiliki perpaduan dalam perancangan dan pengelolaan guna tanah dan sumber alam untuk memberi kepastian pembangunan berkekalan. NPP 19, Sebuah pusat hutan (central forest spine/CFS) harus didirikan sebagai tulang belakang area jaringan sensitif alam persekitaran. NPP 20, Ekosistem pesisir yang mudah berubah harus dilindungi dan digunakan secara berkekalan. NPP 21, Pembangunan tanah di tempat tinggi harus betul-betul terkawal pelindung keselamatan manusia dan kualiti alam sekitar. NPP 22 Seluruh sumber air permukaan dan air dalam tanah merupakan aset strategis untuk dikawal dan digunakan secara optimum.

Selanjutnya polisi transport terdiri atas NPP 23 – 28 berikut ini. NPP 23, dalam mengiktiraf hubungan antara guna tanah dan jaringan transport nasional yang padu harus didirikan. NPP 24 berisi sebuah sistem kereta api dengan kelajuan tinggi harus didirikan. NPP 25, Jaringan jalan nasional harus perluaskan untuk perjalanan wilayah dan akses tempatan. NPP 26, Pembangunan lapangan terbang utama dan pelabuhan laut harus mengikuti fungsi sebagai pelengkap untuk mempertingkatkan persaingan ekonomi nasional dan kemudahan kedatangan pelancong luar negara. NPP 27 konsep pembangunan yang berorientasi transit (the transit oriented development/TOD) harus berfungsi sebagai dasar perancangan guna tanah bandar dan transport meyakinkan. NPP 28 menyatakan bahawa dalam semua pusat-pusat bandar, sistem transport umum harus ditingkatkan.

Berikutnya Polisi tentang infrastruktur. Polisi pada NPP 29 berisi keharusan untuk menyiapkan kerangka kerja ruang untuk menghantarkan perkhidmatan infrastruktur padu peringkat nasional dan wilayah serta kumpulan bandar utama. NPP 30, persediaan dan kiraan permintaan kuantiti air dan lokasi seharusnya dipandu berdasarkan perancangan sumber air kawasan. NPP 31, sumber air tanah dan kawasan tangkapan hujan harus dikenal pasti dan dilindungi dari aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan pengurangan pengeluaran.

Polisi bidang perumahan, utiliti dan ICT dijelaskan berikut ini. NPP 32, seluruh perumahan bandar harus dilakukan perkhidmatan dengan sistem pemusatan rawatan pembetungan. NPP 33, seluruh perumahan bandar harus dilakukan perkhidmatan dengan sebuah jaringan pembuangan sampah sisa yang padu dan atau kemudahan pemulihan. NPP 34, kebergunaan tanah untuk parit utama, saliran air dan sungai seharusnya direka bentuk sebagai simpanan saliran atau sungai. NPP 35, sebagai modal strategis, perancangan generator elektrik dan distribusi utama harus disiapkan pada lokasi dengan bekalan yang boleh dipercayai dan handal kepada pengguna. NPP 36, ICT secara berpatutan harus disiapkan sebagai prioriti untuk seluruh perumahan. Kesemua polisi NPP 1-36 yang dibincangkan sebagai dasar untuk pelaksanaan perancangan fizikal nasional.

Mekanisme pelaksanaan memerlukan tanggung jawab institusi untuk penyiapan, pelaksanaan, monitoring dan kajian semula perancangan. Aktiviti persiapan perancangan, Monitoring dari perubahan guna tanah dan pelaksanaan polisi serta peninjauan kembali setiap lima tahun merupakan tanggung jawab pengarah umum pejabat perancangan bandar dan negara (the Director General of the Department of Town and Country Planning/DG DTCP). Dalam memikul tanggung jawab, pengarah umum memberikan kepercayaan terhadap kemampuan kepada sejumlah orang penyelenggara bandar mengikut Akta Perancangan Negara 1976 (town and country planning akta/TCPA) dan cadangan perancangan atau administrasi tenaga kerja dalam proses perancangan semasa seperti national physical Planning committee (NPPC), national physical Planning advisory committee (NPPAC), inter agency planning groups (IAPGs), dan technical working groups (TWGs).

Pelaksanaan rancangan, bagaimanapun memerlukan dukungan agen persekutuan dan negeri yang memiliki wakil rasmi untuk melaksanakan polisi perancangan fizikal nasional. Ini hal mustahak bahawa cadangan diterjemahkan dalam tindakan perancangan dan termasuk kemudian Perancangan Malaysia Lima Tahun (FYMP) terus pejabat economic planning unit (EPU), perbendaharaan dan majlis perbandaran perancangan pembangunan nasional (national development planning council/NDPC).

Perancangan fizikal nasional hendaknya diwujudkan dalam bentuk perancangan struktur. Satu kunci alat untuk pengawasan perancangan dan menjaga NPP adalah penubuhan unit pintar perancangan guna tanah (land use planning intelligent unit/LaPIS) untuk memberi pasti perubahan yang mujarab baik ruang mahupun data yang diperlukan untuk persiapan perancangan dan kajian semula.

Polisi NPP akan tetap dapat dilaksanakan tanpa sedikit kajian semula dan penggantian. Dalam melakukan kajian semula, DG DTCP akan percaya terhadap NPPC dan saran NPP com dan NPPAC. Faktor sukses tergantung pada penubuhan penggunaan istilah yang jelas rujukan pada pola yang diperlukan untuk kajian semula. IAPGs dan TWGs seharusnya juga ditubuhkan untuk memberikan pemasukan untuk kajian semula.

Kesimpulan rekomendasi untuk pelaksanaan perancangan fizikal nasional adalah perlunya penubuhan institusi untuk persiapan perancangan dan pengawasan. Ini termasuk penguatan bahagian perancangan fizikal nasional DTCP, penubuhan jawatankuasa NPP, NPPAC, berkaitan IAPGs dan TWGs, sebagai sebuah Institute penyelidikan Perancangan Ruang nasional untuk menjanakan maklumat dan memikirkan tentang perancangan fizikal wilayah dan nasional. Pelbagai kuasa persekutuan dan negeri diperlukan untuk menterjemahkan polisi ini ke dalam program dan projek termasuk di dalamnya ada FYMP. DG DTCP seharusnya membuat ahli yang tetap NDPC untuk memberi kepastian bahawa aspirasi NPP adalah penggabungan daripada bahagian FYMP. Penubuhan LaPiS pada DTCP dan Perancangan guna tanah rancangan struktur sistem pintar (SLAPiS) pada jabatan negeri perancangan bandar dan negara.

Source:
Persekutuan Department of Town and Country Planning. 2005. National Physical Plan. Persekutuan Department of Town and Country Planning, Ministry of Housing and Local Government. Malaysia.



Country - negara
State – negeri
District - daerah
Regional – wilayah tingkatan state
Area – kawasan tingkatan tempatan
County – wilayah, daerah