Sunday, March 1, 2009

Pelan Kawasan Lembah Klang II (2)


Kawasan Lembah Klang II adalah nama ‘commercial’ bagi kawasan Lembah Sungai Langat. Berasaskan kawasan geografi ternyata Lembah Sungai Langat meliputi keseluruhan Daerah Kuala Langat dan sebahagian Daerah Sepang. Selain itu, terdapat juga sebahagian lokasi di Hulu Langat dimasukkan ke Kawasan Lembah Klang. Oleh itu, untuk memudahkan dalam analisis adalah sesuai keseluruhan Daerah Hulu Langat dijadikan Lembah Sungai Langat. Kepentingan dan hubungan pembangunan daerah Klang Langat dan Sepang dengan kawasan Wilayah Lembah Klang II demikian bervariasi.

Daerah Kuala Langat merupakan Pusat Industri Berat dan Pelancongan. Hubungan antara daerah ditunjukkan dengan Daerah Kuala Langat sebagai kawasan pelancongan/rekreasi pantai kepada penduduk Selangor. Daerah Klang merupakan usaha sama pembangunan industri, pusat pelabuhan untuk pengedaran hasil industri dan kawasan rekreasi bagi Kuala Langat. Daerah Petaling sebagai pusat perkhidmatan dan perdagangan tahap sederhana dan tinggi kepada penduduk Daerah Klang Langat. Daerah Sepang menempatkan pusat pentadbiran negara dan KLIA. Daerah hulu Langat sebagai sumber bekalan air kepada penduduk Selangor. Tiada hubungan pembangunan daerah antara Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak terhadap Kuala Langat.

Daerah Sepang merupakan pusat aeronautical, penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan, pengangkutan moden dan pentadbiran negara. Daerah Sepang memiliki kawasan perumahan limpahan dari pembangunan daerah Petaling dan usahasama di sektor industri dengan Kuala Langat. Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor sebagai penyumbang terhadap sumber produk perikanan dan makanan kepada penduduk Selangor.

Isu perancangan menunjukkan adanya ketidakseimbangan pembangunan ekonomi Wilayah Lembah Klang II. Daerah Sepang dalam fasa sedang membangun sedangkan Daerah Kuala Langat hanya memainkan peranan bagi sektor yang bernilai tambah rendah. Jurang perbezaan ini wujud dalam bentuk aktiviti bernilai tinggi dan pendapatan isi rumah antara dua daerah. Walau demikian, ada potensi yang tidak dapat dinafikan kerana terdapat kawasan MSC yang mempunyai tahap pembangunan yang belum optimum, mengandungi KLAI sebagai pendorong penting kemajuan, terdapat tanah yang masih luas dan sesuai dibangunkan kilang, mengeksploitasi pembangunan di pinggiran pantai masih memungkinkan, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia dan terdapat IPTA yang boleh menjadi penggerak pembangunan.

Penduduk dan sumber manusia menunjukkan pertumbuhan yang tinggi sejak 1992 lepas. Keadaan sebegini di Daerah Sepang disebabkan oleh pembukaan Koridor Raya Multimedia (KRM) termasuk Putrajaya dan Cyberjaya sepanjang 1997 tahun yang lalu. Tahun 2020 saiz dan pertumbuhan penduduk di Daerah Sepang 170,100 orang dan Kuala Langat sebanyak 299,700 orang sehingga jumlah 469,800 orang dengan pertumbuhan tahunan 3.6 peratus. Lebih daripada separuh penduduk dalam Daerah Sepang dan Kuala Langat masih tinggal di kawasan luar bandar. Nisbah jantina dalam Daerah Sepang dan Kuala Langat secara relatif adalah tinggi iaitu 112 berbanding dengan purata negeri iaitu 105 dan purata negara iaitu 104. Nisbah tanggungan yang tinggi adalah daerah yang masih bergantung kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan sektor primer. Nisbah tanggungan Daerah Kuala Langat lebih besar iaitu 63.6 berbanding Daerah Sepang 58.2.

Daerah luar bandar secara relatif memiliki saiz isi rumah yang lebih besar. Purata saiz isi rumah kawasan luar bandar menurun daripada 5.2 orang dalam tahun 1991 kepada 3.4 orang. Manakala kawasan bandar, purata saiz kekal besar secara relatif pada 5.6 orang bagi setiap isi rumah. Penurunan saiz isi rumah di daerah ini disebabkan perubahan struktur aktiviti ekonomi daripada aktiviti pertanian kepada aktiviti sekunder dan tertiari. Daerah yang menunjukkan guna tenaga aktiviti pembuatan adalah Kuala Langat 33 peratus. Nisbah guna tenaga/penduduk mempunyai nilai 4 peratus atau lebih kecil kecuali Sepang.

Isu perancangan di kawasan kajian adalah pertumbuhan penduduk yang tinggi. Pertumbuhan penduduk yang tinggi ini memberi tekanan ke atas kemudahan dan infrastruktur kawasan. Selain itu, kemasukan penghijrah tempatan dan asing akan memulakan lebih banyak perumahan dan kemudahan sosial. Ini memberi tekanan ke atas penyediaan kawasan untuk pembangunan. Isu lain adalah ketidakseimbangan dalam pengagihan penduduk antara daerah dan rendahnya kumpulan pekerja yang mahir. Cabaran yang perlu dihadapi dalam tempoh pertumbuhan penduduk yang tinggi adalah meningkatkan tahap kemahiran penduduk. Satu petunjuk yang digunakan ialah kadar peralihan (kadar peralihan murid-murid tingkat V ke tingkat VI) pelajar menengah tinggi kepada pelajar lepasan sekolah menengah. Daerah dengan kadar peralihan tertinggi ialah Kuala Langat.

Asas dan prospek ekonomi unjuran keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Negeri Selangor didapati bahawa 91.2 peratus daripada KDNK negeri di bahagian selatan iaitu Daerah Kuala Langat dan Sepang menyumbangkan 8.8 peratus kepada KDNK negeri tahun 2000. Pada tahun 2020, Daerah Sepang mencatatkan 4.9 peratus daripada KDNK (daripada 1.1 peratus setiap daerah pada tahun 2000). Antara sektor menonjol dijangka menyumbang KDNK tahun 2020 Daerah Kuala Langat ialah Sektor Industri dan Daerah Sepang ialah perkhidmatan. Terdapat prospek yang sangat baik bagi perpindahan graviti ekonomi ke Daerah Sepang kerana terletaknya Koridor Raya Multimedia (KRM).

Sektor utama ekonomi Daerah Kuala Langat adalah pertanian. Sektor ini memiliki potensi untuk dibuat moden dan menjadi satu sumber penting pertumbuhan terutama yang diperolehi daripada peningkatan yang signifikan dalam pengeluaran makanan, tanaman-tanaman industri dan sumbangan daripada aktiviti-aktiviti baru. Akuakultur berpotensi untuk memenuhi bekalan ikan yang diperolehi daripada perikanan laut dan juga menyediakan bahan mentah bagi industri-industri hilir. Kebanyakan sumber aktiviti perlombongan dan kuari di Daerah Langat dan Sepang telah habis digunakan dan ditambah dengan harga mineral yang rendah. Tidaklah hairan sumbangan sub sektor ini kepada KDNK negeri telah jatuh.

No comments: