Saturday, March 14, 2009

Sistem Bandar yang Khas

Segala puji-pujian hanyalah milik Allah SWT. Kepunyaan Dialah segala yang ada di Bumi dan Langit. Allah yang mengatur segala kehidupan sehingga terbentuk sistem yang sempurna. Antara sistem tersebut adalah sistem pendidikan Islam. Ada tuntutan kuat untuk menemukan kompetensi pakar tertentu misal dalam bidang pendidikan adalah guru/cikgu, pensyarah, dsb agar memiliki kompetensi yang berbeza dengan orang lain pada bidang kepakaran sama atau jenjang pendidikan sama. Ciri khas inilah yang dituntut berlaku pada sistem penilaian ISO atau akreditasi (di Indonesia). Untuk itu, sistem pendidikan Islam merupakan pilihan terbaik sebagai ciri khas agar dapat dibezakan dengan sistem pendidikan yang lain.

Ada beberapa ciri pendidikan Islam daripada ciri yang sangat banyak. Ciri tersebut iaitu dari aspek pedoman yang digunakan iaitu mampu membezakan yang baik dan buruk dalam pandangan Islam. Alat pembeza tersebut Al Quran dan Al Hadis. Selagi apa yang difikirkan oleh pakar ada unsur baik buruk maka peranan akal harus kalah dengan norma baik dan buruk misalnya perjudian yang dilarang. Peran akal mestilah kalah dengan larangan Allah. Pakar perancangan misalnya tidaklah membuat sistem perjudian agar mudah dijangkau, dan seterusnya. Sebaliknya perancang mengganti aktiviti tersebut dengan kedai, perdagangan, pelancongan yang lebih memiliki manfaat secara moral pembelajaran yang baik berbanding tempat judi. Pada contoh tersebut perancang menggunakan akal yang berbimbing dan di sana letak perbezaan pakar muslim dengan pakar yang tidak menggunakan Islam sebagai asas dalam menjalankan aktivitinya. Seorang pakar muslim dengan kompetensi bidang tertentu akan menggunakan dasar ketauhidan untuk membezakan baik dan buruk dalam rancangan kerjanya.

Beberapa manfaat yang dapat diperolehi dengan ciri khas dalam keislaman adalah aktiviti yang dilakukan menjadi berterusan, selamat dan tidak menzalimi khalayak ramai. Manfaat untuk pakar perancangan bandar adalah akan menghasilkan bentuk perancangan bandar secara Islam ertinya rancangannya tidak mengandung unsur yang dilarang menurut syarak, jelas antara yang baik dan buruk, jelas unsur haram tidak terdapat dalam rancangannya sehingga menimbulkan rasa aman pemeluk Islam dan pemeluk lain. Antara manfaat tersebut pakar bandar selalu memiliki kepercayaan diri bahawa aktivitinya sudah betul menurut Islam sehingga memiliki manfaat berganda dan terhindar dosa/kesalahan fatal serta terhindar daripada penolakan. Hasil perancangan mestilah mewujudkan bandar lestari, bandar berbeza dengan bandar-badar lain semasa, bandar yang menawarkan suasana selesa bagi penghuninya. Selesa dalam erti fisikal mahupun dalam erti sebenar zahir dan batin. Tidak benar asas ketauhidan akan menghalangi unsur keselesaan dan berterusan. Perancang perlu mencari cara dengan banyak alternatif untuk menunjukkan karyanya.

Antara perbezaan dengan pakar lain, terdapat juga persamaan dengan pakar pada umumnya termasuk non muslim. Persamaan dengan pakar pada umumnya adalah ketika menghadapi materi yang dikaji secara saintifik. Ertinya ketika pakar dihadapkan pada materi yang tidak mengandungi perkara baik dan buruk maka peranan akal seratus peratus diberi kebebasan sama seperti bebasnya mereka yang tidak menggunakan dasar Islam. Pakar bebas melakukan reka bentuk berdasarkan akal misalnya melihat sisi iklim reka bentuk mestilah dibuat tinggi agar sirkulasi udara menjadi baik dan lebih selesa, menghadap ke barat atau timur dan seterusnya. Pada aspek ini sangat banyak peran pakar. Itulah sebabnya nabi menyuruh menuntut ilmu sampai ke China. Saat itu kerana China unggul dalam kemajuan ilmu. Ertinya dari sisi ilmu yang berada pada bahagian yang tidak mengandungi perkara melanggar syarak, boleh dicari di mana-mana tempat. Akal dilatih menemukan unsur asasi dari suatu perkara, mencari makna dari suatu fenomena alam secara saintifik apa adanya.

Demikianlah, sebagai seorang pakar muslim harus mampu membuat karya yang unggul berbeza dengan karya kebanyakan orang. Di sanalah terletak kelebihan muslim baik dalam konsep mahupun dalam menentukan tahap-tahap saintifik. Keunggulan tersebut iaitu apa yang dimiliki pakar lain ditambah dengan dasar ketauhidan, baik dan buruk. Keunggulan ini dapat diterapkan dalam berbagai-bagai bidang kehidupan guru ataupun pensyarah, pelbagai pakar kerana sifatnya yang memang berlaku untuk semua jenis pekerjaan. Segala pekerjaan ditemukan dua unsur iaitu bidang yang menuntut baik dan buruk serta bidang yang menuntut peran akal boleh berfungsi sangat maksimal.

Ditulis oleh
Mochamad Rosul
Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia

No comments: