Monday, March 29, 2010

Pandangan Key person: Aspirasi yang tersumbat

Berikut merupakan pendapat secara peribadi daripada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sekarang berusia 73 tahun. Tak banyak yang dapat dilakukan Pak Cik kerana diusianya yang “senja” tersebut kaki dan tangannya kini sakit dan sukar digerakkan. Walau begitu semangat luar biasa masih nampak dari tutur katanya yang menunjukkan beliau sebagai bekas tentera.

Masyarakat kampung dimana pak cik tinggal tentu/pasti mengenal siapa pak Cik ini di tengah masyarakat sekarang yang sudah tidak saling kenal. Pak Cik menghiasi rumahnya dengan tulisan tangan aspirasi yang membuat telinga merah bagi siapa yang membacanya. Aspirasinya bukan hanya telah dikirimkan ke akhbar-akhbar, tetapi juga ke kerajaan dan pendidikan tinggi. Berikut beberapa aspirasinya yang telah saya temui pada 27 Pebruari 2010 (sebulan lalu). Lambatnya tulisan ini lebih kerana kehati-hatian sahaja.

Tak lagi saling sapa
Pak cik menyampaikan bahawa berbanding dahulu, masyarakat di kampungnya sekarang sudah jarang saling sapa satu dengan yang lain. Pak cik yang lahir sebagai orang asli di Malaysia berketurunan Bugis menyampaikan bahawa tidak ada orang yang menyapa ketika lalu di jalan kampung. Dia memberi contoh dengan menyapa orang yang lalu di depan rumahnya dan sesekali mengajak orang yang lalu untuk mampir berbincang memperkenalkan saya dengan mereka. Lebih kurang tujuh orang diperkenalkan pak cik pada saya ketika temu bual itu, walau tak pasti orang itu berkenan atau tidak.

Semakin banyak kes dadah
Keselamatan kejiranan disampaikan bahawa Kampung tempat tinggal tidak dijumpai kes pecah rumah, samun mahupun rogol sehingga tiga puluh tahun kebelakangan. Tetapi kes dadah semakin tinggi sahaja, inilah punca kampung yang tidak selamat. Sedangkan kes mabuk-mabukan, met rempit dan vandalism bervariasi dari jarang sehingga tidak pernah terjadi di kampungnya.

Polisi
Pak Cik mengkritik ditubuhkan kasino di Genting Highland. Alasannya kerana kasino lebih tinggi daripada 20 ribu masjid di Malaysia/masjid di bawah kasino. Disamping itu pendirian kasino kerana merupakan tempat sejuk sehingga sesuai untuk kegiatan maksiat seperti minum bir, “main wanita”, mahupun perjudian. Hal ini ironi dengan sebutan bahawa Malaysia merupakan negara yang ditubuhkan atas dasar Islam. Ironi lainnya adalah masih tidak sesuai antara rukun negara dengan masih adanya rasuah, tipu, dll kejahatan.

Khidmat daripada kerajaan baik
Disampaikan bahawa khidmat daripada kerjaan untuk pelbagai pengurusan adalah baik sejak tiga puluh tahun lalu sehingga semasa. Yang perlu dibaiki lagi adalah atasan melayan pada rakyat bukan sebaliknya rakyat melayan kepada atasan. Beberapa surat yang dikirimkan ke kerajaan melalui pos, fax belum ada tanggapan yang memuaskan. Beliau juga menyampaikan beberapa gagasan perbaikan melalui seminar-seminar dengan hujah-hujah yang dimiliki.

Diakhir perbincangan beliau juga mempersilakan datang balik untuk berdiskusi kembali.

By Mochamad Rosul
www.mrosul.blogspot.com

Saturday, March 20, 2010

Kerajaan Perlu Turunkan kos demi Rakyat

Apa yang hendak dihuraikan ini adalah salah satu hasil survey pada tarikh 20 Pebruari 2010 di Kampung Lalang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang. Sebut sahaja dia Pak Cik Y yang sudah berumur 76 tahun, dipilih untuk disampaikan kerana memiliki pengalaman yang banyak dalam kehidupan dan demikian banyak aspirasi yang dimiliki sehingga sayang jikalau tidak ditulis. Tentu sahaja ini tidak mewakili aspirasi rakyat Kampung Lalang apalagi Malaysia. Wawancara dilakukan langsung dengan responden berdua di rumahnya yang asri dengan pokok rindang menyedapkan pandangan mata. Keakraban yang terjalin dengan ikhlas membuat perbualan tiada batas dan berlangsung lebih satu setengah jam.
Ciri isi rumah:
Responden ini adalah suami dari tiga isteri dan 17 anak (3 meninggal), etnik Melayu beragama Islam. Dia dilahirkan di Johor dan menetap di Kampung Lalang sejak 1956 (Malaysia belum merdeka). Status kediaman adalah kampong sehingga hanya ada cukai tanah, tiada khidmat kutip sampah mahupun kos pengelolaan air kumbahan.
Walaupun anaknya 17, tetapi saat ini hanya 3 orang sahaja dalam rumah iaitu bersama satu istri (suri rumah) dan satu anak. Pak Cik Y bekerja sebagai petani kelapa sawit yang dimiliki sendiri di dekat rumahnya sejak puluhan tahun lalu. Dia memanen kelapa sawit setiap 15 hari dan dijual kepada pedagang dan mendapatkan hasil jualan akhir bulan. Hasil pertanian ini untuk menghidupi anak-anaknya dan membeli pelbagai keperluan hidup harian seperti makan, kendaraan, pakaian, rumah. Anak-anaknya selain yang tinggal di dalam rumah, tinggal di Johor mahupun sekitar Dengkil.
Taraf Pemilikan
Rumah yang dimiliki merupakan milik sendiri, berstruktur batu beratap Zink. Inilah yang menjadi pertanyaan, mengapa banyak memilih zink sebagai atap? Apakah sekadar penjimatan, kemudahan pemasangan atau ada hal lain. Padahal biasanya zink sesuai untuk daerah dingin yang mampu menjadikan rumah lebih hangat karena menyimpan panas siang hari agar tidak mudah lepas pada malam hari. Atap zink justru digunakan untuk daerah panas dan datar, sehingga rumah pak Cik Y memiliki kipas angin.
Pak Cik juga memiliki pelbagai peralatan rumah mulai petisejuk, motosikal, kereta yang dipandu sendiri, TV, mesin basuh sampai telepon bimbit. Internet sudah tak digunakan mengingat usia dan pekerjaan yang tidak memerlukan internet dan komputer. Peralatan tersebut umunya dibeli dengan kredit dan sebahagian dengan tunai.
Kemudahan
Bekalan air bersih diperolehi daripada Syabas yang sejak ada di Kampung sudah menggunakannya. Telefon talian tetap sudah tidak ada lagi kerana sudah ada telefon bimbit dan untuk penjimatan kos. Bekalan elektrik ada selama 24 jam daripada TNB.
Keselamatan
Kampung yang didiami pak Cik berada pada tahap selamat. Jenayah yang kerap berlaku adalah pecah rumah. Kes jenayah penagih dadah jarang-jarang terjadi, sedangkan mabuk-mabukan, met rempit dan vandalism tidak pernah terjadi.
Kepedulian
Pak Cik berjumpa jiran biasanya di Kedai pagi dan petang dan menziarahi jiran setiap hari. Itulah sebab dia banyak kawan baik jiran mahupun pegawai kerajaan seperti polis dan parti politik. Walaupun dia tidak menjadi ahli parti politik tertentu tetapi aspirasinya jelas. Semasa muda aktif dalam rondaan keselamatan tetapi semenjak tua sudah tidak aktif lagi. Beliau juga masih sering pergi ke surau dan masjid untuk sholat jamaah. Menurut pak Cik orang sudah “lu lu gue gue” artinya kamu-kamu saya saya. Dan menyayangkan mengapa tidak saling tegur sapa antara jiran.
Aspirasi pak Cik
Ada banyak aspirasi yang beliau kemukakan dengan bersemangat. Pak Cik adalah perokok sehingga dia menyarankan kepada kerajaan agar menurunkan harga rokok. Dia beralasan bahawa usia dia sekarang 76 tahun masih sehat dan boleh memandu kereta dan bekerja di ladang walaupun merokok sejak kecil. Begitu juga dengan insurance kereta yang sangat mahal dan dapat menimbulkan masalah bagi pak Cik untuk membayar. Tentu sahaja ini berkait dengan harga-harga barang yang mahal. Dia mencontohkan gaji Rm 700 per bulan, sedangkan rokok Rm 400 per bulan, lalu untuk makan bagaimana? Belum lagi ada kos untuk test kendaraan di Puspakom.
Aspirasi lain agar memperlancar distribusi gula kerana sukar memperolehnya. Pak Cik beranggapan bahawa gula dikurangi dan mengurangi kesenangan rakyat. Dia menyarankan agar tidak memikirkan diri sendiri tetapi pikir juga orang lain karena rokok mahal, gula dibatasi, insurance kereta mahal.

Oleh : Mochamad Rosul

Friday, March 19, 2010

Urban sprawl in Malaysian is be caused infestation

Rebakan Bandar di Malaysia lebih kerana infestasi

Rebakan Bandar dipengaruhi oleh banyak hal. Ada diantaranya adalah faktor polisi (policy), faktor pendorong (driving factors), kecilnya faktor penghambat (handicap), mahupun keberadaan guna lahan eksisting. Masing-masing faktor berlaku secara bersama-sama tidak terpisahkan satu dengan yang lain.

Polisi memainkan peranan penting kerana mampu membatasi lokasi yang boleh dan tak boleh untuk diubah menjadi bentuk guna tanah bandar. Hutan simpanan, area taman, area resapan, area militer dan tanah miring merupakan antara bentuk guna tanah yang tidak boleh diubah menjadi bentuk lain. Polisi boleh bersifat mutlak (tidak boleh diubah sedikitpun) sampai boleh diubah tetapi dalam batas peratus tertentu seperti tanah resapan air hujan untuk kepentingan ekonomi/golf tetapi tidak boleh untuk perumahan. Polisi juga boleh menyebabkan arah perubahan rebakan Bandar kerana adanya bukit miring dan resapan air menghalagi arah rebakan Bandar.

Kalau polisi bersifat dari atas, maka driving factors rebakan Bandar lebih kerana faktor dalaman seperti kepadatan penduduk, jarak terhadap pusat Bandar, geologi tanah, jarak ke jalan, jarak ke pantai. Faktor pendorong boleh meningkatkan besar rebakan Bandar yang besar pengaruhnya berbeza-beza di setiap tempat. Sebagai contoh di tempat dengan kepadatan penduduk yang tinggi mendorong terjadi rebakan Bandar kerana bertambahnya perumahan. Demikian juga faktor jarak terhadap Bandar mahupun jarak terhadap jalan dan pantai boleh jadi mempengaruhi besar rebakan Bandar, walaupun tidak selalunya berlaku seiring sejalan.

Tidak selalunya kampong yang lebih dekat Bandar mengalami perubahan guna tanah lebih awal berbanding yang lebih jauh. Ini kerana infestor lebih memilih harga lebih murah iaitu di luar Bandar. Penyebab lain adalah faktor kepemilikan yang tidak semua pemilik tanah mahu melepaskan tanahnya untuk dijual kepada pihak lain. Baik kerana harga tidak bersepakat mahupun spekulasi (menunggu harga lebih tinggi di masa hadapan). Boleh jadi jikalau harga sudah tinggi, tanah yang semula tidak dijual kemudian berubah dijual.

Fenomena infestor sebagai faktor pendorong rebakan Bandar lebih pantas terjadi menarik untuk dikaji. Sebahagian masyarakat sekitar Bandar Metropolitan Kuala Lumpur lebih memilih rumah yang telah disediakan oleh kerajaan mahupun infestor swasta berbanding membangun rumah sendiri. Baik dengan alas an dekat lokasi kerja mahupun keselesaan seperti tersedia jalan, khidmat kutip sampah dan khidmat pengelolaan air kumbahan serta kemudahan lain yang kurang tersedia di kampung. Sebahagian kecil masyarakat kampong yang lain lebih memilih membangun di sekitar rumah dengan alasan telah masuk masa pencen, mendirikan di atas tanah waris (jimat biaya) mahupun berkumpul dengan ibu bapa.

Antara kedua hal tersebut, faktor infestor lebih banyak dijumpai sebagai penyebab rebakan Bandar di sekitar Bandar Kuala Lumpur berbanding faktor alami (membangun secara persendirian). Hal ini tampak dari banyaknya rumah yang dibangun dalam sekali projek,.Tampak pula dominasi infestor dari luas dan banyaknya kegiatan land clearing di sekitar Bandar sebagai tapak rancangan taman perumahan. Oleh sebab it bolehlah dibuat simpulan bahawa rebakan Bandar di sekitar Bandar metropolitan Kuala Lumpur dominan oleh pengaruh infestor berbanding persendirian.


By: Mochamad Rosul

Tuesday, March 16, 2010

Kampung Orang Asli sekitar Bandar Metropolitan

Perubahan Kampung sekitar Bandar di Malaysia

Tulisan ini cuba melukiskan potret sebuah kampung di pinggir bandar yang di-survey pada Hari Ahad tarikh 14 Mac 2010 kampung Orang Asli Bukit Serdang, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor DE. Cuaca panas sekali dan nampak kampung demikian sepi kerana jarak antara rumah berjauhan bahkan boleh sampai ratusan meter baru ditemui rumah lagi. Air parit dan sungai nampak menggenang tidak berjalan di sela-sela pokok Kelapa Sawit. Air demikian jernih di sela-sela rerumputan yang tumbuh di dasar dan tebing parit dan sungai.

Adalah Pak Cik B, saya menjumpai ketika itu tidak berbaju. Dia lahir 46 tahun lalu memiliki seorang isteri usia 46 tahun juga memiliki empat anak, semua perempuan. Saya ucapkan salam tetapi tidak dijawab. Saya berfikir apa mungkin dia beragama bukan Islam, tetapi dari wajah dia melayu. Ah, saya biarkan saja nanti kan saya tahu dari temu bual (pikir saya).

Pak Cik ini sangat ramah, berbadan cergas dan sihat. Ini nampak dari badan besarnya yang tidak memakai baju. Bekerja sebagai pemetik buah Kelapa Sawit membuat badan empat orang anak dan seorang isteri ini kuat dan besar. Hidupnya sederhana kerana memiliki pendapatan yang kecil sebagai buruh am tidak tetap pemetik buah kelapa sawit di sekeliling rumahnya, tidak mungkin membeli banyak perabot rumah. Tiada kerusi setee (sofa) di rumahnya, apalagi internet dan komputer, kereta. Meski demikian anaknya memanfaatkan kedai cyber di Bukit Changgang untuk mengerjakan assignment daripada guru sekolah yang berjarak 2.5 km daripada rumah.

Pelbagai perubahan telah dialami sejak 30 tahun lalu sehingga semasa. Rumah yang didiami merupakan pesaka ibu bapa dan telah dipertahankan bentuknya sebagai rumah panggung. Nampak rumah papan ini mulai usang, rapuh dan terdapat beberapa lubang di kayu dindingnya. Siang itu bersama anak, isteri, jiran dan tetamu yang hadir, Pak Cik B menjelaskan susahnya sekolah pada masa dahulu kerana jalan masih tanah/tidak berturap dan tiada kenderaan untuk ke sekolah. Berbeza dengan sekarang yang sudah berturap dan boleh dilalui oleh lori sekalipun.

Tandas berjarak puluhan meter daripada rumah dan dipisah untuk mandi dan buang air besar. Ahli rumah yang ke tandas terpaksa kena hujan dan panas kalau hendak ke tandas. Belum lagi jalan tanah yang becek ketika hujan.

Petang, hujan tiba-tiba turun deras. Pak Cik cerita kalau setahun sekali biasanya banjir menggenang rumahnya. Tetapi kerana rumah panggung tidak sampai masuk ke rumah. Sejak dahulu sehingga sekarang banjir itu tetap saja ada tanpa ada perubahan.

Perubahan yang nampak dari keluarga ini adalah taraf pendidikan yang semula ibu bapa hanya sampai sekolah rendah, tetapi sekarang anak boleh sampai SPM. Berbeza dengan Pak Cik yang menganut agama nenek moyang, kini anaknya sudah memeluk Islam sebagai agamanya. Kampung yang dulunya kurang indah kini dirasakan semakin indah kerana berkurangnya semak-semak hutan. Tiada pencemaran berlaku di kampung ini.

By: Mochamad Rosul

Monday, March 1, 2010

Gotong Royong di Malaysia

Tujuan:
Mengenal pasti kegiatan gotong royong masyarakat kampung, pekan dan bandar.

Gotong royong masih kekal dilakukan oleh penduduk kampung di sekitar bandar besar, bandar mahupun pekan. Tetapi etnik tertentu seperti Cina tidak mengambil berat dengan gotong royong ini kerana memang memiliki adat yang lebih individualis berbanding etnik lain. Gotong royong sangat kurang dijumpai etik ini baik di kampung apalagi pekan dan bandar. Gotong royong juga terpengaruh oleh lokasi, apakah di kampung atau taman. Di Kampung umumnya bergotong royong dalam membersihkan rumput-rumput liar, surau dan kenduri kahwin. Sedangkan di taman gotong royong telah hilang kerana sudah ada petugas kebersihan dan untuk kenduri kahwin menggunakan jasa katering. Walaupun untuk beberapa kes kecil, masyarakat taman tetap bergotong royong. Corak kehidupan masyarakat taman di sekitar bandar lebih individualis berbanding kampung. Tetapi sebahagian kampung sudah terjejas mengikut kebiasaan tidak gotong royong masyarakat taman.


Gotong royong merupakan amalan bersama yang dilakukan masyarakat untuk menyelesaikan suatu pekerjaan dengan tanpa diberikan upah atau gaji. Amalan ini boleh mendekatkan hubungan saling mengenal antara kaum, usia, pelbagai pekerjaan, pendatang dan penduduk asli. Pelbagai bentuk gotong royong seperti membersihkan kampung ketika puasa mahupun Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Qurban merupakan bentuk amalan yang telah menyatukan antara adat dengan amalan agama. Frekuensi gotong royong berbeza-beza di setiap kampung bergantung hasil musyawarah kampung JKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung) yang dipengerusikan oleh Ketua kampung serta masalah yang sedang dihadapi.

Ada pelbagai bentuk gotong royong iaitu membersihkan surau dan masjid khasnya menjelang puasa Ramadan dan Hari raya Puasa dan Qurban. Ketika ada kenduri kahwin juga dilakukan gotong royong seperti membersih piring dan pinggan, sudu, memasang khemah yang disewa daripada JKKK, memasak air dan makanan serta untuk keselamatan jalan dibantu daripada Rela (Pasukan Relawan Rakyat). Longkang, sungai yang dangkal dan kotor juga dibersihkan dengan gotong royong. Gotong royong juga dilakukan dalam acara khas seperti Maulid Rasul dan acara keagamaan Islam lainnya.

Hal yang menguatkan kegiatan gotong royong tetap kekal adalah rasa memiliki, hubungan kekeluargaan dan rasa kebersamaan. Hubungan kekeluargaan terjadi kerana dalam satu area boleh jadi berasal daripada satu datuk kemudian dibahagi kepada anak, cucu seterusnya berkembang menjadi sebuah kampung. Sebahagian tanah disewakan, dijual dan digunakan sendiri menyebabkan pemilik bervariasi. Tentu sahaja berbeza-beza bentuk gotong royong di setiap tempat mengikut keadaan. Ibu bapa yang sudah uzur kerana sakit dan usia mempercayakan kegiatan gotong royong ini kepada anak mahupun cucu. Masyarakat yang majoriti sibuk bekerja cenderung melakukan gotong royong satu kali satu tahun, sedangkan masyarakat yang aktif setiap 3 bulan setahun (bersamaan dengan musyawarah kampung) di luar acara kenduri kahwin yang tidak tentu masa.

Faktor pekerjaan membawa pengaruh baik dan buruk bagi kegiatan gotong royong. Umumnya telah sibuk dengan pekerjaan sehingga berat rasa untuk bergotong royong. Tekanan hidup yang kuat mendorong untuk bekerja lebih agar dapat menghidupi keluarga dengan layak. Tuntutan kerja shift dan ketat juga mendorong masyarakat mencurahkan lebih panjang waktu untuk bekerja. Belum lagi kesesakan lalu lintas menuju tempat kerja menyebabkan berangkat lebih pagi dan pulang petang. Lokasi kerja yang jauh dengan tempat tinggal menyebabkan pulang sehingga malam bahkan seminggu sekali baru boleh pulang. Jangankan untuk bergotong royong, untuk berkumpul dengan ahli isi rumah sudah tidak cukup masa.