Tujuan:
Mengenal pasti kegiatan gotong royong masyarakat kampung, pekan dan bandar.
Gotong royong masih kekal dilakukan oleh penduduk kampung di sekitar bandar besar, bandar mahupun pekan. Tetapi etnik tertentu seperti Cina tidak mengambil berat dengan gotong royong ini kerana memang memiliki adat yang lebih individualis berbanding etnik lain. Gotong royong sangat kurang dijumpai etik ini baik di kampung apalagi pekan dan bandar. Gotong royong juga terpengaruh oleh lokasi, apakah di kampung atau taman. Di Kampung umumnya bergotong royong dalam membersihkan rumput-rumput liar, surau dan kenduri kahwin. Sedangkan di taman gotong royong telah hilang kerana sudah ada petugas kebersihan dan untuk kenduri kahwin menggunakan jasa katering. Walaupun untuk beberapa kes kecil, masyarakat taman tetap bergotong royong. Corak kehidupan masyarakat taman di sekitar bandar lebih individualis berbanding kampung. Tetapi sebahagian kampung sudah terjejas mengikut kebiasaan tidak gotong royong masyarakat taman.
Gotong royong merupakan amalan bersama yang dilakukan masyarakat untuk menyelesaikan suatu pekerjaan dengan tanpa diberikan upah atau gaji. Amalan ini boleh mendekatkan hubungan saling mengenal antara kaum, usia, pelbagai pekerjaan, pendatang dan penduduk asli. Pelbagai bentuk gotong royong seperti membersihkan kampung ketika puasa mahupun Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Qurban merupakan bentuk amalan yang telah menyatukan antara adat dengan amalan agama. Frekuensi gotong royong berbeza-beza di setiap kampung bergantung hasil musyawarah kampung JKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung) yang dipengerusikan oleh Ketua kampung serta masalah yang sedang dihadapi.
Ada pelbagai bentuk gotong royong iaitu membersihkan surau dan masjid khasnya menjelang puasa Ramadan dan Hari raya Puasa dan Qurban. Ketika ada kenduri kahwin juga dilakukan gotong royong seperti membersih piring dan pinggan, sudu, memasang khemah yang disewa daripada JKKK, memasak air dan makanan serta untuk keselamatan jalan dibantu daripada Rela (Pasukan Relawan Rakyat). Longkang, sungai yang dangkal dan kotor juga dibersihkan dengan gotong royong. Gotong royong juga dilakukan dalam acara khas seperti Maulid Rasul dan acara keagamaan Islam lainnya.
Hal yang menguatkan kegiatan gotong royong tetap kekal adalah rasa memiliki, hubungan kekeluargaan dan rasa kebersamaan. Hubungan kekeluargaan terjadi kerana dalam satu area boleh jadi berasal daripada satu datuk kemudian dibahagi kepada anak, cucu seterusnya berkembang menjadi sebuah kampung. Sebahagian tanah disewakan, dijual dan digunakan sendiri menyebabkan pemilik bervariasi. Tentu sahaja berbeza-beza bentuk gotong royong di setiap tempat mengikut keadaan. Ibu bapa yang sudah uzur kerana sakit dan usia mempercayakan kegiatan gotong royong ini kepada anak mahupun cucu. Masyarakat yang majoriti sibuk bekerja cenderung melakukan gotong royong satu kali satu tahun, sedangkan masyarakat yang aktif setiap 3 bulan setahun (bersamaan dengan musyawarah kampung) di luar acara kenduri kahwin yang tidak tentu masa.
Faktor pekerjaan membawa pengaruh baik dan buruk bagi kegiatan gotong royong. Umumnya telah sibuk dengan pekerjaan sehingga berat rasa untuk bergotong royong. Tekanan hidup yang kuat mendorong untuk bekerja lebih agar dapat menghidupi keluarga dengan layak. Tuntutan kerja shift dan ketat juga mendorong masyarakat mencurahkan lebih panjang waktu untuk bekerja. Belum lagi kesesakan lalu lintas menuju tempat kerja menyebabkan berangkat lebih pagi dan pulang petang. Lokasi kerja yang jauh dengan tempat tinggal menyebabkan pulang sehingga malam bahkan seminggu sekali baru boleh pulang. Jangankan untuk bergotong royong, untuk berkumpul dengan ahli isi rumah sudah tidak cukup masa.
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment