Tuesday, March 16, 2010

Kampung Orang Asli sekitar Bandar Metropolitan

Perubahan Kampung sekitar Bandar di Malaysia

Tulisan ini cuba melukiskan potret sebuah kampung di pinggir bandar yang di-survey pada Hari Ahad tarikh 14 Mac 2010 kampung Orang Asli Bukit Serdang, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor DE. Cuaca panas sekali dan nampak kampung demikian sepi kerana jarak antara rumah berjauhan bahkan boleh sampai ratusan meter baru ditemui rumah lagi. Air parit dan sungai nampak menggenang tidak berjalan di sela-sela pokok Kelapa Sawit. Air demikian jernih di sela-sela rerumputan yang tumbuh di dasar dan tebing parit dan sungai.

Adalah Pak Cik B, saya menjumpai ketika itu tidak berbaju. Dia lahir 46 tahun lalu memiliki seorang isteri usia 46 tahun juga memiliki empat anak, semua perempuan. Saya ucapkan salam tetapi tidak dijawab. Saya berfikir apa mungkin dia beragama bukan Islam, tetapi dari wajah dia melayu. Ah, saya biarkan saja nanti kan saya tahu dari temu bual (pikir saya).

Pak Cik ini sangat ramah, berbadan cergas dan sihat. Ini nampak dari badan besarnya yang tidak memakai baju. Bekerja sebagai pemetik buah Kelapa Sawit membuat badan empat orang anak dan seorang isteri ini kuat dan besar. Hidupnya sederhana kerana memiliki pendapatan yang kecil sebagai buruh am tidak tetap pemetik buah kelapa sawit di sekeliling rumahnya, tidak mungkin membeli banyak perabot rumah. Tiada kerusi setee (sofa) di rumahnya, apalagi internet dan komputer, kereta. Meski demikian anaknya memanfaatkan kedai cyber di Bukit Changgang untuk mengerjakan assignment daripada guru sekolah yang berjarak 2.5 km daripada rumah.

Pelbagai perubahan telah dialami sejak 30 tahun lalu sehingga semasa. Rumah yang didiami merupakan pesaka ibu bapa dan telah dipertahankan bentuknya sebagai rumah panggung. Nampak rumah papan ini mulai usang, rapuh dan terdapat beberapa lubang di kayu dindingnya. Siang itu bersama anak, isteri, jiran dan tetamu yang hadir, Pak Cik B menjelaskan susahnya sekolah pada masa dahulu kerana jalan masih tanah/tidak berturap dan tiada kenderaan untuk ke sekolah. Berbeza dengan sekarang yang sudah berturap dan boleh dilalui oleh lori sekalipun.

Tandas berjarak puluhan meter daripada rumah dan dipisah untuk mandi dan buang air besar. Ahli rumah yang ke tandas terpaksa kena hujan dan panas kalau hendak ke tandas. Belum lagi jalan tanah yang becek ketika hujan.

Petang, hujan tiba-tiba turun deras. Pak Cik cerita kalau setahun sekali biasanya banjir menggenang rumahnya. Tetapi kerana rumah panggung tidak sampai masuk ke rumah. Sejak dahulu sehingga sekarang banjir itu tetap saja ada tanpa ada perubahan.

Perubahan yang nampak dari keluarga ini adalah taraf pendidikan yang semula ibu bapa hanya sampai sekolah rendah, tetapi sekarang anak boleh sampai SPM. Berbeza dengan Pak Cik yang menganut agama nenek moyang, kini anaknya sudah memeluk Islam sebagai agamanya. Kampung yang dulunya kurang indah kini dirasakan semakin indah kerana berkurangnya semak-semak hutan. Tiada pencemaran berlaku di kampung ini.

By: Mochamad Rosul

No comments: