Tuesday, December 29, 2009

Transformasi kampung di Sekitar Bandar Metropolitan Kuala Lumpur Malaysia

Tujuan: Mengenal pasti terjadinya transformasi sosial ekonomi masyarakat sekitar Bandar

Abstrak: Transformasi sosial ekonomi masyarakat telah wujud di sekitar Bandar dalam pelbagai bentuk, sama ada transformasi menuju baik atau menjadi semakin buruk. Transformasi ini tidak hanya pengaruh Bandar besar tetapi juga pengaruh Bandar-bandar yang lebih kecil yang menyediakan pekerjaan seperti Industri/kilang dan perkhidmatan.

Transformasi yang semakin baik tampak manakala ada perubahan dalam pekerjaan dan pemilikan rumah. Contoh tahun 1980-an bekerja di pejabat kerajaan mahupun swasta kemudian tahun 2000an pencen dan memiliki pekerjaan baru. Atau masa tahun 1990-an masih sekolah selepas itu tahun 2000-an telahpun bekerja. Transformasi juga nampak perubahan dari semula sewa rumah atau bersama dengan ibu bapa kemudian setelah bekerja memiliki rumah sendiri. Itu adalah antara contoh transformasi sekitar Bandar yang terjadi di sekitar Lembah Klang-Langat, Malaysia.

Sementara sebahagian transformasi masyarakat menjadi semakin jelek manakala kualiti rumah semakin buruk kerana tidak mampu merawat dan membaiki, menjadi semakin sering terjadi banjir kerana adanya aktiviti pembinaan di kawasan hulu, dan semakin mahal sara hidup yang mesti dibayar berbanding terbalik dengan pendapatan diperolehi (yang semakin rendah). Tingginya sara hidup adalah antara masalah yang menjadi keluhan sebahagian masyarakat dengan penghasilan rendah yang dijumpai.

Munculnya megaproyek KLIA dan Putrajaya ada kesan bagi tempat yang dekat dengan daerah tersebut sebagai tempat tinggal seperti Kampung Lembah Paya, Pekan Salak dan Bandar Salak Tinggi. Ianya menjadi tempat hunian bagi para pekerja di daerah tersebut sama ada menetap mahupun tinggal untuk sementara (sewa). Ekorannya adalah kedai, pasar dan pasar raya pecan Salak semakin ramai pengunjung. Sebaliknya kedua tempat tersebut tidak banyak dirasakan kesannya bagi masyarakat yang jauh daripada KLIA dan Putrajaya.

Bandar masih menjadi tempat perkhidmatan awam mengikut hirarkhi Bandar. Bandar Kajang menjadi tumpuan kemudahan asas tidak hanya masyarakat Kajang tetapi juga Kampung di sekitarnya seperti Kampong Merab, Kampong Abubakar Ali, Kampong Sungai Buah Dalam dan Kampong Sungai Buah Luar, Kampong Jenderam Hulu dan Hilir. Walaupun dari segi jarak melebihi 15 Kilometer tetapi dapat dilalui dalam waktu kurang dari 30 minit.

Kesukaran transportasi bagi masyarakat berpenghasilan rendah dapat dijumpai di kampong yang tidak menyediakan kemudahan transportasi awam seperti Kampung Jenderam hulu, Jenderam Hilir, kampong Sungai buah dalam dan luar. Sebenarnya ketika tahun 1990-an bus awam ada tetapi kumudian hilang kerana sedikitnya masyarakat yang menggunakan bus awam tersebut. Semakin makmurnya masyarakat mendorong mereka membeli kenderaan sendiri (motosikal dan kereta) sehingga bus awam tidak dimanfaatkan. Tetapi dengan kelesuan ekonomi yang dirasakan sebahagian masyakarakat dimasa sekarang dan semakin mahalnya kos membeli petrol maka tiadanya bus awam member kesan bagi kos keluarga. Kesukaran ini tidak berlaku bagi masyarakat kaya dengan penghasilan besar kerana untuk bepergian ahli rumah dapat menggunakan motosikal mahupun kereta.

Kesulitan ini berbeza dengan yang dialami masyarakat Pekan Salak, Kampung Salak Tinggi mahupun Kampung Lembah paya yang meskipun terdapat bus awam (Rapid Line) tetapi waktu antara bus awam sangat lama bahkan dapat mencapai 2 jam. Hanya masyarakat yang benar-benar memerlukan sahaja yang menggunakan kemudahan bus awam ini.

Hampir di semua kampong sekitar bandar, rumah hunian tampak tersebar secara sporadic atau berpencar yang dipisahkan oleh hutan dan tanah kosong rumput-rumputan. Secara am, bentuk rumah adalah persendirian dengan dibatasi oleh pagar rumah. Rumah yang berkembar dua atau lebih biasanya merupakan rumah sewa. Diantara kampong merupakan tempat bagi para investor untuk membuat taman-taman baru yang mewah dan eksklusif. Nampak jurang kualiti rumah sebahagian semakin lebar diantara pendatang yang menempati taman dan masyarakat kampong sebagai penghuni asal tempat mereka. Bagaimanapun jurang ini ternyata tidak menurunkan kegiatan gotong-royong, mesyuarat kampong, kenduri kahwin maupun khairat kematian antara sesama warga kampong.

Ditulis oleh Mochamad Rosul
hasil pengamatan 9 kampung sekitar bandar
mrosul(at)yahoo.com
http://mrosul.blogspot.com

No comments: