Apa yang hendak dihuraikan ini adalah salah satu hasil survey pada tarikh 20 Pebruari 2010 di Kampung Lalang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang. Sebut sahaja dia Pak Cik Y yang sudah berumur 76 tahun, dipilih untuk disampaikan kerana memiliki pengalaman yang banyak dalam kehidupan dan demikian banyak aspirasi yang dimiliki sehingga sayang jikalau tidak ditulis. Tentu sahaja ini tidak mewakili aspirasi rakyat Kampung Lalang apalagi Malaysia. Wawancara dilakukan langsung dengan responden berdua di rumahnya yang asri dengan pokok rindang menyedapkan pandangan mata. Keakraban yang terjalin dengan ikhlas membuat perbualan tiada batas dan berlangsung lebih satu setengah jam.
Ciri isi rumah:
Responden ini adalah suami dari tiga isteri dan 17 anak (3 meninggal), etnik Melayu beragama Islam. Dia dilahirkan di Johor dan menetap di Kampung Lalang sejak 1956 (Malaysia belum merdeka). Status kediaman adalah kampong sehingga hanya ada cukai tanah, tiada khidmat kutip sampah mahupun kos pengelolaan air kumbahan.
Walaupun anaknya 17, tetapi saat ini hanya 3 orang sahaja dalam rumah iaitu bersama satu istri (suri rumah) dan satu anak. Pak Cik Y bekerja sebagai petani kelapa sawit yang dimiliki sendiri di dekat rumahnya sejak puluhan tahun lalu. Dia memanen kelapa sawit setiap 15 hari dan dijual kepada pedagang dan mendapatkan hasil jualan akhir bulan. Hasil pertanian ini untuk menghidupi anak-anaknya dan membeli pelbagai keperluan hidup harian seperti makan, kendaraan, pakaian, rumah. Anak-anaknya selain yang tinggal di dalam rumah, tinggal di Johor mahupun sekitar Dengkil.
Taraf Pemilikan
Rumah yang dimiliki merupakan milik sendiri, berstruktur batu beratap Zink. Inilah yang menjadi pertanyaan, mengapa banyak memilih zink sebagai atap? Apakah sekadar penjimatan, kemudahan pemasangan atau ada hal lain. Padahal biasanya zink sesuai untuk daerah dingin yang mampu menjadikan rumah lebih hangat karena menyimpan panas siang hari agar tidak mudah lepas pada malam hari. Atap zink justru digunakan untuk daerah panas dan datar, sehingga rumah pak Cik Y memiliki kipas angin.
Pak Cik juga memiliki pelbagai peralatan rumah mulai petisejuk, motosikal, kereta yang dipandu sendiri, TV, mesin basuh sampai telepon bimbit. Internet sudah tak digunakan mengingat usia dan pekerjaan yang tidak memerlukan internet dan komputer. Peralatan tersebut umunya dibeli dengan kredit dan sebahagian dengan tunai.
Kemudahan
Bekalan air bersih diperolehi daripada Syabas yang sejak ada di Kampung sudah menggunakannya. Telefon talian tetap sudah tidak ada lagi kerana sudah ada telefon bimbit dan untuk penjimatan kos. Bekalan elektrik ada selama 24 jam daripada TNB.
Keselamatan
Kampung yang didiami pak Cik berada pada tahap selamat. Jenayah yang kerap berlaku adalah pecah rumah. Kes jenayah penagih dadah jarang-jarang terjadi, sedangkan mabuk-mabukan, met rempit dan vandalism tidak pernah terjadi.
Kepedulian
Pak Cik berjumpa jiran biasanya di Kedai pagi dan petang dan menziarahi jiran setiap hari. Itulah sebab dia banyak kawan baik jiran mahupun pegawai kerajaan seperti polis dan parti politik. Walaupun dia tidak menjadi ahli parti politik tertentu tetapi aspirasinya jelas. Semasa muda aktif dalam rondaan keselamatan tetapi semenjak tua sudah tidak aktif lagi. Beliau juga masih sering pergi ke surau dan masjid untuk sholat jamaah. Menurut pak Cik orang sudah “lu lu gue gue” artinya kamu-kamu saya saya. Dan menyayangkan mengapa tidak saling tegur sapa antara jiran.
Aspirasi pak Cik
Ada banyak aspirasi yang beliau kemukakan dengan bersemangat. Pak Cik adalah perokok sehingga dia menyarankan kepada kerajaan agar menurunkan harga rokok. Dia beralasan bahawa usia dia sekarang 76 tahun masih sehat dan boleh memandu kereta dan bekerja di ladang walaupun merokok sejak kecil. Begitu juga dengan insurance kereta yang sangat mahal dan dapat menimbulkan masalah bagi pak Cik untuk membayar. Tentu sahaja ini berkait dengan harga-harga barang yang mahal. Dia mencontohkan gaji Rm 700 per bulan, sedangkan rokok Rm 400 per bulan, lalu untuk makan bagaimana? Belum lagi ada kos untuk test kendaraan di Puspakom.
Aspirasi lain agar memperlancar distribusi gula kerana sukar memperolehnya. Pak Cik beranggapan bahawa gula dikurangi dan mengurangi kesenangan rakyat. Dia menyarankan agar tidak memikirkan diri sendiri tetapi pikir juga orang lain karena rokok mahal, gula dibatasi, insurance kereta mahal.
Oleh : Mochamad Rosul
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment