Wednesday, April 21, 2010

Pantai Morib dan Kelanang Ramai Pengunjung

Hari Ahad, 18 April 2010 nampak Pantai Kelanang dan Morib dikunjungi ramai wisatawan. Pantai ini terletak di bahagian selatan Negeri Selangor, Daerah Kuala Langat, Mukim Morib dan Kelanang. Berbeza dengan pantai Gold Coast Sepang, pantai ini bercirikan pantai lumpur sebagai tempat tumbuh tanaman bakau (mangrove) serta memiliki pantai yang sangat landai dengan view kapal berlabuh.

Daya tarik

Ramainya pengunjung kerana disamping hari cuti kerja dan sekolah, juga didukung oleh pelbagai daya tarik kemudahan awam obyek wisata dan akses transportasi seperti jalan yang mudah dijangkau. Jaraknya kurang lebih 10 km daripada Pekan Banting atau waktu kurang daripada 30 minit. Dari kejauhan tampak kapal besar sedang berlabuh di tengah laut ikut menambah indahnya pemandangan dari pantai.
Potensi yang dimiliki adalah playground untuk kanak-kanak disertai alat permainan, tanah perkemahan, gazebo untuk duduk-duduk, kedai makan dan souvenir serta tempat parking. Mangrove juga menjadikan obyek wisata menjadi lebih sejuk dan menarik. Daun sebagai penghasil oksigen menjadikan tempat ini selesa sebagai tempat berkemah, makan bersama keluarga atau kawan maupun tempat bermain. Pengunjung boleh juga menikmati pemandangan sepanjang pantai Kelanang sehingga Morib bahkan sampai ke Sepang dengan menyusuri jalan yang dibina berhampiran pantai.

Playground sebagai daya tarik wisata
Masalah
Masalah utama adalah tidak adanya sistem angkutan awam menuju obyek wisata. Selama ini wisatawan mengandalkan angkutan kenderaan pribadi. Dengan kata lain masyarakat yang memiliki kenderaan sahaja atau sewa kenderaan yang boleh masuk kawasan pantai. Kalau sistem angkutan awam ini ada, boleh memudahkan masyarakat awam pergi jalan-jalan lebih ramai lagi, disamping memudahkan penduduk di Morib mahupun Kelanang bepergian lebih jimat.
Beberapa tanaman bakau tampak sudah mati, mungkin oleh sebab tiadanya suplai air tawar daripada darat atau kerana tiadanya kepedulian pengelola obyek wisata. Bekas tanaman mangrove yang telah mati masih tampak di gisik pantai. Sebenarnya mangrove ini berfungsi sebagai penahan gelombang dan mempertahankan kadar keasaman air. Itulah sebabnya beberapa pantai barat semenanjung Malaysia yang memiliki mangrove, rumah penduduk dan masyarakat lebih selamat berbanding yang pantainya tidak memiliki mangrove.
Potensi nelayan tidak dimanfaatkan sebagai obyek wisata. Hasil tangkapan ikan nelayan tidak diekspos untuk wisata padahal dijumpai ramai nelayan bersama perkumpulan nelayan. Pelancong tidak dapat membeli ikan atau membakar ikan yang dibeli dari langsung nelayan. Nelayan masih belum menjadi bagian obyek wisata pantai melainkan berasingan dalam sistem kepariwisataan pantai.
Aktiviti pengunjung yang terbatas oleh sebab jenis pantainya yang berlumpur tidak memungkinkan atraksi pantai lebih banyak. Demikian juga aktiviti nelayan juga terbatas kerana pengaruh pasang surut air laut dan lumpur. Itulah sebab mengapa pembinaan kea rah laut kurang berkesan berbanding kea rah darat.

Ketika pantai surut nelayan tidak dapat ke laut

Patut dipertahankan

Tiket masuk masuk percuma adalah antara perkara yang perlu dipertahankan. Disamping itu perlu mengekalkan keberadaan mangrove sebagai wisata pendidikan. Akses yang mudah ke obyek wisata serta menjaga tetap terpeliharanya pelbagai kemudahan awam daripada kerosakan. Ekosistem mangrove perlu dikekalkan sebagai obyek wisata khas pantai Morib dan Kelanang yang berbeza dengan pantai yang lain.




Mangrove perlu kekal sebagai ciri khas pantai Morib dan Kelanang


Post by Mochamad Rosul
http://mrosul.blogspot.com/

Wednesday, April 14, 2010

Perubahan Agama Orang Asli

Ada dua hal paling tidak akan dihurai dalam tulisan ini: pertama tentang etnik atau kaum atau suku dan kedua tentang agama atau kepercayaan. Dua hal tersebut berbeza satu dengan lainnya tetapi memiliki kaitan. Dalam perkembangan waktu, agama kaum orang asli tidak selalu berdasarkan agama nenek moyangnya mengingat mereka berinteraksi dengan kaum yang lain, sebahagian pindah ke lain agama. Tak dapat disangkal juga sebahagian yang lain tetap memilih agama nenek moyang.

Kehidupan masyarakat beragama sebahagian menyebut ugama pada masa kini sedang mendapatkan tekanan di tengah kehidupan moden yang lebih mengutamakan materi berbanding rohani. Demikian juga agama orang asli sebahagian telah berubah dan sebahagian lain masih kekal dengan agama nenek moyang. Tentu hal ini berdasarkan atas pertimbangan yang dimiliki masing-masing individu sehingga pindah agama. Sebahagian orang asli sendiri menyebut dirinya tidak beragama kerana memang tidak ada kitab yang dijadikan mereka sebagai pegangan kecuali adat turun menurun yang terus diwariskan melalui tingkah laku hidup harian kepada anak cucu.

Aktiviti beragama orang asli di samping berdasarkan apa yang dilihat dan diajarkan oleh nenek moyang, ibadahnya didasarkan pada waktu-waktu tertentu seperti momentum tahun baru Masihi. Pada masa tersebut diam di rumah atau pergi ke pantai untuk merenung dan berdoa kepada sang pencipta.

Hal menarik adalah tentang agama yang dipilih oleh anak mereka. Anak yang telah besar kemudian sekolah di sekolah kebangsaan dan memeluk agama (sebut saja Islam) yang berbeza dengan agama kedua ibu bapa. Anak-anak mereka diajarkan kursus Agama Islam dan mempraktikkannya di sekolah sehingga lebih mengenal agama Islam. Solat kemudian dilakukan di rumah dan surau dekat tempat tinggal. Kedua ibu bapa juga membolehkan anaknya melakukan solat. Walau demikian sebahagian anak lain masih kekal memilih agama nenek moyang. Anak yang kekal beragama nenek moyang setelah dewasa juga menikah dengan orang yang seagama.

Surau di kalangan kaum orang asli menjadi fenomena menarik kerana berdiri di wilayah kaum di mana terjadi masa transisi daripada agama nenek moyang menjadi agama lain. Tidak adanya penolakan berdirinya surau serta anak dibolehkan memakmurkan surau merupakan pertanda baik toleransi hidup beragama kaum orang asli.

Meskipun satu rumah berbeza agama (agama nenek moyang dan agama Islam misalnya) tetapi nampak kedua ibu bapa sangat toleran terhadap kehidupan beragama anak-anaknya. Mereka mengamati kehidupan beragama anak bahkan sebahagian yang lain menjadi tertarik untuk beragama Islam kerana anaknya. Dalam kenyataan sebahagian ibu bapa berubah agama menjadi Islam. Selama survey saya melihat bahawa orang asli memiliki pandangan terhadap toleransi kehidupan agama demikian tinggi. Dia menyampaikan bahawa membiarkan anaknya mengaji, zikir, solat di rumah.

Perubahan agama tidak kemudian merubah status sebagai orang asli. Tetap sahaja mereka menjadi orang asli Malaysia tetapi dengan agama baru iaitu Islam. Ketika menjadi Islam anak-anak mereka kemudian menjadi beragama Islam. Itulah sebabnya dapat dijumpai surau di kampung orang asli untuk melayan mereka yang beragam Islam. Ini ertinya bahawa perubahan agama ternyata tidak merubah status kaum. (Sumber: survey 13, 20, 21 Mac 2010).

Penulis,
Mochamad Rosul
http://mrosul.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

Wanita Anak Tunggal Belum Menikah

Kes ini diangkat kerana wanita tersebut kini berusia 62 tahun bekerja sebagai buruh am penjaga bayi tidak tetap di kampungnya. Wanita yang bermukim di Beranang tersebut tinggal sejak lahir sehingga sekarang dan belum pernah merantau. Alhamdulillah kini dia yang kelulusan sekolah rendah lega kerana mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM 300 per bulan. Bantuan ini ia perolehi kerana usia lanjut, penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dia derita.

Tinggal seorang diri di rumah yang dibangunkan oleh seratus peratus bantuan kebajikan masyarakat dan hanya menyediakan tanah untuk tempat berdiri bangunan. Ibu bapanya telah lama meninggal dunia sejak dia remaja. Kini rumah pesaka yang terbuat daripada kayu – tempat hidup bersama ibu bapa - telah usang dan telah dirobohkan berganti dengan rumah batu. Berikut petikan hasil wawancara temu bual dengan responden pada 6 Mac 2010.

Rumah
Rumah kampung yang dimiliki satu dan tidak memiliki rumah yang disewakan atau rumah di tempat lain yang disewa. Memiliki satu bilik tidur dengan bahan atap zink. Masa kini rumah tersebut layak huni, hanya saja nampak kotor dan tidak rapi. Banyak semut dalam rumah dan barang-barang nampak tidak terurus. Berikut ini gambar rumah responden.

Gambar rumah bantuan kebajikan masyarakat

Peralatan rumah
Memiliki peti sejuk, kerusi dan telefon bimbit yang ia peroleh dengan membeli tunai hasil kerja sendiri. Sedangkan mesin jahit, mesin basuh dan televise ia peroleh daripada pemberian ayah ibu semasa masih hidup serta adik angkat. Motosikal, kereta tidak dimiliki sehingga untuk pergi cukup jalan kaki dan bas awam.

Keselamatan
Pecah rumah kerap berlaku di kampungnya. Penagih dadah sekarang semakin sering terjadi berbanding sepuluh dan dua puluh tahun lalu. Tidak dijumpai perilaku mabuk-mabuk, met rempit mahupun vandalism. Secara am keselamatan kampung lebih selamat dahulu berbanding pada masa kini.

Kejiranan
Setiap hari betemu jiran di rumah mahupun di jalan. Pada saat dijumpai beliau bersama dengan dua kawannya yang seumur dan sama-sama belum menikah sedang berbincang di rumah. Dahulu menjadi ahli parti tetapi sekarang sudah tidak lagi. Gotong royong dan ceramah agama dulu sering diikuti sekarang sudah tidak lagi diikuti kerana alasan usia. Di sekitar tempat tinggal tidak nampak ada pengelompokan rumah menurut etnik atau ekonomi dan tidak nampak sangat perbezaan kualiti rumah. Letak surau yang dekat menyebabkan sering ke surau paling tidak seminggu sekali bersama dengan kawan-kawannya yang sebaya. Tak ada jumpa adik beradik, balik kampung, berhubung via telefon seperti kebanyakan masyarakat. Salah satu hiburan adalah memiliki kawan sejak kecil sehingga sekarang yang sama-sama belum menikah. Disamping tinggal di kampung tepat dia lahir sehingga sekarang.

Penulis,

Mochamad Rosul
http://mrosul.blogspot.com