Wednesday, April 14, 2010

Perubahan Agama Orang Asli

Ada dua hal paling tidak akan dihurai dalam tulisan ini: pertama tentang etnik atau kaum atau suku dan kedua tentang agama atau kepercayaan. Dua hal tersebut berbeza satu dengan lainnya tetapi memiliki kaitan. Dalam perkembangan waktu, agama kaum orang asli tidak selalu berdasarkan agama nenek moyangnya mengingat mereka berinteraksi dengan kaum yang lain, sebahagian pindah ke lain agama. Tak dapat disangkal juga sebahagian yang lain tetap memilih agama nenek moyang.

Kehidupan masyarakat beragama sebahagian menyebut ugama pada masa kini sedang mendapatkan tekanan di tengah kehidupan moden yang lebih mengutamakan materi berbanding rohani. Demikian juga agama orang asli sebahagian telah berubah dan sebahagian lain masih kekal dengan agama nenek moyang. Tentu hal ini berdasarkan atas pertimbangan yang dimiliki masing-masing individu sehingga pindah agama. Sebahagian orang asli sendiri menyebut dirinya tidak beragama kerana memang tidak ada kitab yang dijadikan mereka sebagai pegangan kecuali adat turun menurun yang terus diwariskan melalui tingkah laku hidup harian kepada anak cucu.

Aktiviti beragama orang asli di samping berdasarkan apa yang dilihat dan diajarkan oleh nenek moyang, ibadahnya didasarkan pada waktu-waktu tertentu seperti momentum tahun baru Masihi. Pada masa tersebut diam di rumah atau pergi ke pantai untuk merenung dan berdoa kepada sang pencipta.

Hal menarik adalah tentang agama yang dipilih oleh anak mereka. Anak yang telah besar kemudian sekolah di sekolah kebangsaan dan memeluk agama (sebut saja Islam) yang berbeza dengan agama kedua ibu bapa. Anak-anak mereka diajarkan kursus Agama Islam dan mempraktikkannya di sekolah sehingga lebih mengenal agama Islam. Solat kemudian dilakukan di rumah dan surau dekat tempat tinggal. Kedua ibu bapa juga membolehkan anaknya melakukan solat. Walau demikian sebahagian anak lain masih kekal memilih agama nenek moyang. Anak yang kekal beragama nenek moyang setelah dewasa juga menikah dengan orang yang seagama.

Surau di kalangan kaum orang asli menjadi fenomena menarik kerana berdiri di wilayah kaum di mana terjadi masa transisi daripada agama nenek moyang menjadi agama lain. Tidak adanya penolakan berdirinya surau serta anak dibolehkan memakmurkan surau merupakan pertanda baik toleransi hidup beragama kaum orang asli.

Meskipun satu rumah berbeza agama (agama nenek moyang dan agama Islam misalnya) tetapi nampak kedua ibu bapa sangat toleran terhadap kehidupan beragama anak-anaknya. Mereka mengamati kehidupan beragama anak bahkan sebahagian yang lain menjadi tertarik untuk beragama Islam kerana anaknya. Dalam kenyataan sebahagian ibu bapa berubah agama menjadi Islam. Selama survey saya melihat bahawa orang asli memiliki pandangan terhadap toleransi kehidupan agama demikian tinggi. Dia menyampaikan bahawa membiarkan anaknya mengaji, zikir, solat di rumah.

Perubahan agama tidak kemudian merubah status sebagai orang asli. Tetap sahaja mereka menjadi orang asli Malaysia tetapi dengan agama baru iaitu Islam. Ketika menjadi Islam anak-anak mereka kemudian menjadi beragama Islam. Itulah sebabnya dapat dijumpai surau di kampung orang asli untuk melayan mereka yang beragam Islam. Ini ertinya bahawa perubahan agama ternyata tidak merubah status kaum. (Sumber: survey 13, 20, 21 Mac 2010).

Penulis,
Mochamad Rosul
http://mrosul.blogspot.com

No comments: