Kes ini diangkat kerana wanita tersebut kini berusia 62 tahun bekerja sebagai buruh am penjaga bayi tidak tetap di kampungnya. Wanita yang bermukim di Beranang tersebut tinggal sejak lahir sehingga sekarang dan belum pernah merantau. Alhamdulillah kini dia yang kelulusan sekolah rendah lega kerana mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM 300 per bulan. Bantuan ini ia perolehi kerana usia lanjut, penyakit kencing manis dan darah tinggi yang dia derita.
Tinggal seorang diri di rumah yang dibangunkan oleh seratus peratus bantuan kebajikan masyarakat dan hanya menyediakan tanah untuk tempat berdiri bangunan. Ibu bapanya telah lama meninggal dunia sejak dia remaja. Kini rumah pesaka yang terbuat daripada kayu – tempat hidup bersama ibu bapa - telah usang dan telah dirobohkan berganti dengan rumah batu. Berikut petikan hasil wawancara temu bual dengan responden pada 6 Mac 2010.
Rumah
Rumah kampung yang dimiliki satu dan tidak memiliki rumah yang disewakan atau rumah di tempat lain yang disewa. Memiliki satu bilik tidur dengan bahan atap zink. Masa kini rumah tersebut layak huni, hanya saja nampak kotor dan tidak rapi. Banyak semut dalam rumah dan barang-barang nampak tidak terurus. Berikut ini gambar rumah responden.
Peralatan rumah
Memiliki peti sejuk, kerusi dan telefon bimbit yang ia peroleh dengan membeli tunai hasil kerja sendiri. Sedangkan mesin jahit, mesin basuh dan televise ia peroleh daripada pemberian ayah ibu semasa masih hidup serta adik angkat. Motosikal, kereta tidak dimiliki sehingga untuk pergi cukup jalan kaki dan bas awam.
Keselamatan
Pecah rumah kerap berlaku di kampungnya. Penagih dadah sekarang semakin sering terjadi berbanding sepuluh dan dua puluh tahun lalu. Tidak dijumpai perilaku mabuk-mabuk, met rempit mahupun vandalism. Secara am keselamatan kampung lebih selamat dahulu berbanding pada masa kini.
Kejiranan
Setiap hari betemu jiran di rumah mahupun di jalan. Pada saat dijumpai beliau bersama dengan dua kawannya yang seumur dan sama-sama belum menikah sedang berbincang di rumah. Dahulu menjadi ahli parti tetapi sekarang sudah tidak lagi. Gotong royong dan ceramah agama dulu sering diikuti sekarang sudah tidak lagi diikuti kerana alasan usia. Di sekitar tempat tinggal tidak nampak ada pengelompokan rumah menurut etnik atau ekonomi dan tidak nampak sangat perbezaan kualiti rumah. Letak surau yang dekat menyebabkan sering ke surau paling tidak seminggu sekali bersama dengan kawan-kawannya yang sebaya. Tak ada jumpa adik beradik, balik kampung, berhubung via telefon seperti kebanyakan masyarakat. Salah satu hiburan adalah memiliki kawan sejak kecil sehingga sekarang yang sama-sama belum menikah. Disamping tinggal di kampung tepat dia lahir sehingga sekarang.
Penulis,
Mochamad Rosul
http://mrosul.blogspot.com
Wednesday, April 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment