Wednesday, January 5, 2011

2.2.2(iii) Impak Rebakan Bandar

2.2.2(iii) Impak Rebakan Bandar

Menurut OECD (2000), rebakan bandar boleh meninggalkan pelbagai impak negatif. Di antara yang kerap disebutkan adalah impak terhadap: penggunaan ruang hijau, kos pembangunan infrastruktur dan tenaga yang tinggi, meningkatnya pemisahan kehidupan sosial dan pembahagian fungsi guna tanah. Selanjutnya keperluan untuk melakukan perjalanan bergantung pada kenderaan persendirian dan sebagai impak adalah meningkatnya kesesakan lalu lintas, peningkatan penggunaan tenaga dan peningkatan pencemaran. Ini semua adalah berkait dengan rebakan bandar.

Bagi Wassmer (2005), banyaknya impak negatif pembinaan bandar dapat diarahkan kepada rebakan, tetapi rebakan juga memiliki kesan positif. Impak negatif, Dia menyebutkan: kereta dan efek pencemarannya, ruang terbuka kurang berfungsi, pencemaran udara dan air, hilangnya tanah pertanian, kena bayar cukai infrastruktur, kemiskinan yang kuat, pemisahan mengikut suku dan taraf ekonomi, kurangnya tenaga kerja, kesampaian dan sebagainya. Impak positif rebakan bandar pula termasuklah meningkatnya kepuasan terhadap tempat hunian di luar bandar, perjalanan dengan kereta yang menggembirakan, pengisian tanah bercorak “lompat-katak”, tingkat insiden jenayah rendah dan kemudahan sosial dan komuniti di pinggir bandar menjadi lebih baik.

Glaeser et al. (2003) menganalisa impak rebakan dalam konteks kesesakan lalu lintas, impak persekitaran, kos infrastruktur dan sosial. Dia menyimpulkan bahawa kereta menimbulkan kesesakan dan pencemaran persekitaran. Bagaimana pun kerana adanya disentralisasi pekerjaan, masalah pencemaran adalah berkurang di pusat bandar. Ketika masyarakat berpindah dari zon teras di pusat ke tepi bandar, pengulang-alik menempuh jarak lebih jauh sehingga pencemaran udara semakin luas. Rebakan pada tahap awal terjadi di bandar dengan menggunakan tanah yang tidak terbangun. Tetapi kemudiannya kerana bekalan tanah di bandar yang terbatas, rebakan bandar melampaui sempadan bandar sehingga sebahagian melempah ke kawasan pinggir dan luar bandar. Mereka selanjutnya menjelaskan bahawa pengaruh faktor luar terhadap rebakan bandar menurun seiring dengan waktu dan jarak perjalanan. Lebih daripada itu, pengelompokan ekonomi dapat mengurangi rebakan dan menghalangi produktiviti secara keseluruhan. Bagaimana pun ini adalah kes di Amerika yang berbeza dengan tempat lain. Rebakan bandar berbeza secara asas dengan produktiviti. Impak negatif rebakan yang sebenar adalah pada keadaan sosial. Proses pengasingan memainkan peranan utama dalam mewujudkan jurang pemisahan sosial terutamanya antara penghuni bandar yang memiliki kereta dan tinggal di sub-bandar dengan penghuni yang tidak memiliki kereta justeru itu cenderung untuk tinggal berhampiran dengan pusat bandar.

Darjah interaksi sosial di kawasan rebakan adalah menurun (Putnam 1995). Dengan kata lain kawasan sub-bandar secara fizikal bukanlah berbentuk bandar, tetapi secara fungsi telah membentuk bandar. Dia memberikan kritik terhadap rebakan bahawa keanekaan sosial dan budaya masyarakat di sub-bandar lebih tinggi berbanding yang di bandar.

Akibat yang ditimbulkan oleh perkembangan bandar menurut Putnam (1995) adalah adanya kecenderungan pergeseran fungsi-fungsi bandar ke daerah pinggiran bandar (urban fringe) yang disebut dengan proses perambatan kenampakan fizikal bandar ke arah luar (rebakan bandar). Akibat selanjutnya ialah daerah pinggiran bandar akan mengalami proses transformasi ruang berupa proses pemampatan petempatan melalui peningkatan kepadatan penduduk dan transformasi sosial ekonomi sebagai dampak lebih lanjut dari proses transformasi ruang. Proses pemadatan petempatan yang terjadi di daerah pinggiran bandar merupakan realisasi dari meningkatnya keperluan akan ruang di daerah bandar.

Impak rebakan bandar seterusnya adalah semakin berkurangnya tanah pertanian yang subur dan produktif sehingga mengancam kemampuan mencukupi bahan makanan dari dalam negara sendiri kerana terjadi perubahan peruntukan tanah pertanian menjadi tanah terbangun. Di samping itu rebakan bandar yang tidak terkendali (unmanaged growth) menyebabkan morfologi bandar yang tidak teratur, kawasan sesak (slum). Kewujudan slum merupakan fenomena yang biasa terjadi di bandar dan terkait dengan kebijakan pengelola bandar yang berkurang. Dengan perkataan lain, upaya pembangunan bandar terkait dengan terjadinya kegagalan pembangunan bandar sehingga menyebabkan terjadi jurang pembangunan pelbagai kemudahan antara kawasan di pusat bandar mahu pun pinggirannya. Rebakan yang tidak terkendali juga kerap membawa kepada permintaan yang besar terhadap perkhidmatan bandar, cukai yang tinggi dan hilangnya ciri desa yang dijumpai pada wilayah berkenaan untuk pertama kali (Ecocity Cleveland 2006). Menurut Schmitt (2002), rebakan yang tidak terkendali cukup berbahaya. Ciri rebakan tidak terkendali menurut beliau adalah pemilihan lokasi secara salah atau menggunakan tanah secara salah. Ciri ini ditambahkan oleh Holmes (2008) dengan menyatakan bahawa ciri rebakan bandar tidak terkendali ditandai oleh munculnya masalah sosial dan ekonomi di bandar.


Kesan seterusnya ialah pemilihan lokasi tempat kediaman di pinggiran bandar oleh penduduk yang sebelumnya menempati kawasan teras bandar dengan andaian bahawa harga tanah di pinggir bandar lebih murah dan keadaan udaranya masih segar. Penduduk yang asalnya menyewa rumah, dengan semakin meningkatnya pendapatan sebahagian penduduk memilih lokasi tinggal di luar bandar agar memiliki rumah sendiri. Sebahagian penduduk yang berpenghasilan rendah pula terpaksa menempati kawasan pinggir bandar dengan rumah yang lebih ringkas sempit dan kumuh. Sebahagian penduduk terpaksa tinggal di daerah dataran dan bukit. Bukit yang seharusnya menjadi kawasan tadahan hujan dijadikan sebagai petempatan sebagai akibat kekurangan tanah di pusat bandar. Dampak yang terjadi adalah air larian permukaan (surface run off) semakin tinggi dan turunnya resapan (infiltrasi), semakin banyak vegetasi yang hilang sehingga udara semakin panas. Selanjutnya air tanah menurun kapasiti. Pada sisi lain dituntut perlunya penegakan undang-undang (polisi) bagi pengelola bandar sehingga rebakan bandar sejalan dengan rencana yang disusun. Kampung berubah menjadi pekan kemudian bandar. Rebakan bandar terkait pula dengan perencana dan penentu polisi (Frenkel et al. 2008).

1 comment:

Anonymous said...

boleh terangkan kesan rebakan bandar terhadap penggunaan kawasan hijau dengan lebih detial????