Tuesday, October 14, 2008

Abstract research


ABSTRAK


Di banyak negara di dunia, rebakan bandar terkait dengan proses urbanisasi yang merupakan fenomena global disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dan pertumbuhan ekonomi. Rebakan bandar dapat menjadi masalah apabila terjadi perubahan penggunaan lahan secara tidak terkendali dan banyak migrant dari desa menuju bandar. Kelebihan bandar metropolitan dan sub urban dilihat daripada segi faedah agglomeration ekonomi pembandaran menjadi tarikan utama dan menyebabkan penumpuan berbagai-bagai aktiviti ekonomi moden di sekitar Bandar berkenaan. Rumusan masalah penyelidikan ini adalah (1) apakah terjadi rebakan bandar secara tidak terkendali? (2) seberapa besar proses urbanisasi berlangsung? (3) apakah transformasi ruang diikuti oleh transformasi sosial, ekonomi?
Tujuan studi adalah untuk (1) identifikasi proses terjadinya rebakan bandar di wilayah metropolitan Lembah Klang Langat; (2) identifikasi besarnya urbanisasi; (3) identifikasi proses transformasi ruang, sosial, ekonomi dan persekitaran sebagai akibat terjadinya rebakan bandar; dan (4) untuk penyusunan model perancangan wilayah bandar yang berwawasan persekitaran. Data yang diperlukan untuk: 1. mengetahui terjadinya rebakan bandar adalah siri peta penggunaan lahan dan peta rancangan bandar; 2. identifikasi urbanisasi menggunakan siri data kependudukan dan pertumbuhan ekonomi; 3. proses transformasi ruang, sosial, ekonomi, dan persekitaran diketahui dari siri peta penggunaan lahan, data aktiviti sosial, ekonomi baik primer melalui questioner mahupun sekunder; 4. menyusun model dengan memanfaatkan data 1, 2, 3, data hasil review pustaka, kebijakan perancangan/undang-undang, interview stake holder, review dokumen kerajaan, kondisi pelaksanaan perancangan di lapangan dan data standard perancangan.
Method analisis yang digunakan adalah analisis regional kompleks. Method analisis ini meliputi: tujuan (1) adalah analisis ruang dengan cara overlay siri peta penggunaan lahan ruang dan rancangan bandar dengan teknik sistem maklumat geografi Arc View GIS 3.3; method analisis tujuan (2) dianalisis dengan menggunakan analisis jadual (table frequencies) dan ruang; method tujuan (3) menggunakan analisis ruang yang telah dihasilkan pada tujuan 1 dan analisis jadual silang (cross table) hasil questioners; method tujuan (4) menggunakan hasil analisis tujuan 1, 2, 3 dilengkapi dengan analisis deskriptif kuantitatif. Hasil yang diharapkan berupa suatu bentuk model rebakan bandar, urbanisasi, transformasi ruang, sosial, ekonomi, model perancangan bandar. Model ini sebagai input bagi kontrol rebakan bandar, trend perkembangan bandar serta peramalan bandar masa yang akan datang.


Keywords: rebakan bandar, urbanisasi, transformasi, perancangan

2 comments:

Mochamad Rosul said...

Adakah yang memiliki peta penggunaan Lahan Lembah Klang Langat?
Is there people have land use map Klang langat River Basin?

please send me information at mrosul@yahoo.com.

Thanks

Mochamad Rosul said...

Transformasi dapat menyebabkan masalah seperti kerusuhan sosial dan kriminalitas (sosial), kesenjangan kaya miskin harga lahan tinggi (ekonomi), berkurangnya openspace. Masalah ini diteliti sejauhmana terjadi. Apa begitu ya?

R