Monday, November 10, 2008

Pendekatan

EKOLOGIKAL BANDAR


Tema ini dipilih kerana adanya pandangan bahawa dalam sebuah bandar, secara alamiah manusia dan makhluk hidup lainnya adalah sama. Yang membezakan dengan manusia adalah dari sisi sosial, budaya, politik, ekonomi dan teknologi. Perbincangan ini menekankan pada sejarah terbentuknya bandar. Gambaran ini disampaikan dengan sederhana agar mudah untuk difahami.

Ide analisis ekologi terhadap bandar diperolehi dari ilham oleh sebuah proses persaingan alami (semula jadi) yang terjadi pada masyarakat tumbuhan dan haiwan. Dalam masyarakat tumbuhan dan haiwan terjadi inter relasi antara berbagai spesies dengan lingkungan dan proses inter relasi ini telah menimbulkan perimbangan kualiti dan kuantiti spesies yang pada masa tertentu membentuk pola sebaran spesies yang khas. Masyarakat tumbuhan dan haiwan yang tidak mampu bertahan akan punah akibat daripada adanya persaingan. Yang tinggal adalah jenis spesies tertentu yang mampu beradaptasi dengan persekitaran. Spesies yang mampu bertahan akan melakukan perluasan wilayah sehingga menjadi bertambah luas. Ide di atas mendorong pengembangan “human ecology” yang dikandung erti sebagai sebuah hubungan spatial dan temporal dari manusia yang dipengaruhi oleh kekuatan, selektif, distributif dan accommodative daripada lingkungan (McKenzie 1925, Yunus 2005).
Rajah 1. Ketaksamaan dan kesamaan bandar dalam pendekatan ecological

Bandar memiliki objek yang kompleks di dalamnya terdapat masyarakat manusia dengan berbagai aktiviti politik, sosial, ekonomi, budaya dan teknologi, telah mengalami proses inter relasi antara manusia dan lingkungan. Sebagaimana tumbuhan dan haiwan, manusia juga ada yang mampu bertahan dan kalah dalam persaingan penghidupan di bandar. Persaingan ini memunculkan pola keteraturan daripada penggunaan lahan. Umumnya kemudian muncul central business district (CBD) yang didominasi oleh kegiatan perekonomian seperti perdagangan, pejabat, perkhidmatan. Lokasi ini dipilih berdekatan dengan jalan utama bandar dan di pusat bandar (strategis). Oleh kerananya sering lokasi strategis menjadi keinginan bagi para peniaga. Lokasi strategis biasanya memiliki cukai yang mahal sehingga masyarakat yang tidak mampu membayar cukai memilih pindah ke lokasi lain di pinggiran bandar. Proses semacam inilah yang digambarkan seperti proses yang terjadi pada tumbuhan dan haiwan yang tidak mampu bertahan akan mengalami kepunahan.

Rajah 2. Perubahan ekologi tanaman kerana adanya persaingan pemakanan

Pada kondisi natural/biotic, proses-proses ekologi yang terjadi pada manusia mirip dengan apa yang terjadi pada masyarakat tumbuhan dan haiwan. Proses impersonal (lihat ciri-ciri makhluk hidup) antara lain memerlukan tempat tinggal, mengembangkan keturunan, dan tempat untuk mencari makan. Perbezaan nampak sehingga pada tingkat novel/cultural level kerana tidak hanya dipandang sebagai makhluk hidup sahaja tetapi juga makhluk berbudaya dan beragama yang mempunyai kekuatan mencipta, ide/gagasan, berkarya, yang sentiasa berkembang baik dalam kaitannya dengan manusia, lingkungan, dan Tuhannya (Park 1936, Studholme 2008).

Gambaran proses ekologi natural yang sederhana ini, walau bagaimanapun, dapat memberikan pengetahuan proses pertumbuhan yang terjadi di bandar. Proses ini pula yang mendorong timbulnya awal mula Teori Konsentris (concentric theory) dari Burgess (1925). Sedikit mengenal Burgess, bahawa dia adalah pemerhati masalah ekologi Bandar Chicago (Rawding, t.th). Tesisnya melihat ada keteraturan pola penggunaan lahan yang tercipta sebagai produk dan sekaligus proses inter relasi antara elemen-elemen wilayah bandar. Bandar Chicago berkembang mengikuti pola penggunaan lahan yang concentric di mana masing-masing jenis penggunaan lahan ini dinilaikan sebagai konsep natural area pada dunia haiwan dan tumbuhan merupakan wilayah alami yang didominasi oleh spesies tertentu yang tercipta sebagai akibat adanya persaingan. Tesisnya Burgess mengatakan bahawa bandar terdiri atas zon-zon concentric dan sekaligus setiap zon mencerminkan bentuk penggunaan lahan yang berbeza.

Sebagai teori yang awal, teori ini menjadi pemacu bagi munculnya penyelidikan serupa untuk membuktikan kebenaran huraiannya mahupun untuk membantahnya. Sehingga kini teori ini sudah tidak dapat lagi dijumpai kerana model Burgess terlalu bersifat alamiah sedangkan saat ini pengaruh manusia begitu dominan. Kelompok yang menolak teori Burgess meliputi Davie (1937, 1961, 1966) yang menyatakan bahawa batas antara zon dari pusat bandar hingga ke luar bandar tidak nampak di dalam realiti, begitu juga tata letak zon tidak teratur seperti yang digambarkan Burgess. Ahli lainnya Hatt (1946) menolak teori concentric kerana keseragaman yang digambarkan ada dalam satu zon, dalam kenyataan memiliki variasi internal yang sangat besar sehingga memerlukan pendekatan lain dalam menyelidiki kehidupan bandar yang kompleks.

Oleh kerana skema teori Burgess pada masanya saja tidak dapat lagi dipertahankan sebagai sebuah teori, apalagi digunakan untuk menganalisis model ruang kota di dunia dengan latar belakang spatial dan temporal yang bervariasi. Teori Burgess kurang bersifat universal yang hanya berlaku pada kondisi terbatas baik waktu, tempat, dan kondisi politik, sosial, ekonomi, budaya, teknologi. Namun demikian perlu dicatat bahawa tidak semua pendapat penyanggah juga dapat dipertahankan.

Terdapat beberapa ahli yang justeru tercipta ide mengembangkan ide-ide Burgess dengan melakukan penyempurnaan variabel penyelidikan sehingga memunculkan teori baru menyempurnakan teori concentric sebelumnya. Beberapa variabel yang diperbaharui ditambah iaitu variabel building height (ketinggian bangunan), variabel sector, transport, nucleus, size, history, structure. Masing-masing variabel tersebut sangat mempengaruhi terhadap bentuk penggunaan lahan yang tercipta. Saat ini masing-masing variabel telah menjadi teori-teori baru sehingga kajian isi sepatutnya diarahkan kepada variabel yang muncul setelah teori concentric.
Sebagai contoh Teori Tinggi Bangunan yang dikemukakan oleh Bergel (1955). Teori ini menyempurnakan teori Burgess kerana sudah memasukkan unsur tiga dimensi iaitu ketinggian bangunan, sedangkan teori Burgess belum memasukkannya. Negara maju dan berkembang saat ini seakan berlumba membangun bangunan bertingkat. Perhatian menjadi mustahak kerana menyangkut hak seseorang untuk menikmati sinar matahari, terkait dengan hak menikmati keindahan alam dari tempat tertentu, terkait kepadatan bangunan, kepadatan penghuni, dan pemanfaatan lahan dengan akses yang tinggi.

Perluasan vertical dalam kenyataan mampu meng akomodasi kegiatan-kegiatan penduduk kota mahupun memberi rumah tinggal. Hubungan antara ketinggian bangunan dengan pola penggunaan lahan yang tercipta nampak dari teori Bergel ini. Akses sebagai faktor penarik fungsi tidak hanya menunjukkan sifat yang sejalan dengan distance decay principle from the center (bentuk prinsip pengurangan jarak dari pusat) tetapi juga height decay principle from the ground (bentuk prinsip pengurangan tinggi dari tanah. Ertinya perubahan vertical sangat paralel dengan perubahan horizontal, semakin jauh dari pusat ketinggian bangunan semakin berkurang. Selanjutnya dapat diamati pada gambar berikut ini.
Rajah 3. Pembangunan bangunan tingkat ditgkatkan di Serdang, Malaysia

Rajah 4. Pembangunan tingkat dengan jumlah lantai leih sedikit di Kajang

Rajah 5. Pembangunan tingkat dengan jumlah lantai leih sedikit di Kajang Utama

PENYUSUN

Mochamad Rosul
Ph.D Student of Geographic Program
National University of Malaysia (UKM)

PUSTAKA
1. Bergel. 1955. Urban Sociology, 109 New York.
2. Burgess, EW. 1925. The Growth of City. In RE Park; EW Burgess and RD McKenzie (eds). The City. University of Chicago Press. Chicago. Cek HSY 2005.
3. McKenzie. 1925. The ecological approach to the study of human community, in RE Park; EW Burgess and RD McKenzie (eds.), The City. University of Chicago. Chicago. Cek HSY 2005.
4. Park, RE. 1936. Human Ecology, American Journal of Society. Cek HSY 2005.
5. Rawding, Charles. t.th. Putting Burgess in the bin: reconstructing the urban geographies of Brighton. http://www.geography.org.uk/download/GA_GTIPGTERawding.doc (10 November 2008).
6. Studholme, Maggie. 2008. Patrick Geddes and the History of Environmental Sociology in Britain. Journal of Classical Sociology, Vol. 8, No. 3, 367-391 DOI: 10.1177/1468795X08092384. http://jcs.sagepub.com/cgi/content/abstract/8/3/367 (9 November 2008).
7. Yunus, Hadi Sabari. 2005. Struktur Tata Ruang Kota. Pustaka Pelajar. Yogyakarta.

Tuesday, November 4, 2008

Saturday, November 1, 2008

KETAKSAMAAN PEMBANGUNAN

PUSAT BANDAR DAN PINGGIRAN

Perbincangan ini dimaksudkan penulis untuk menyampaikan fenomena tidak merata pembangunan di Semenanjung Malaysia antara wilayah pusat bandaraya dengan pinggiran. Fenomena tidak merata pembangunan melibatkan suatu bentuk penilaian sama ada terhadap sesuatu sifat yang tidak adil atau semata-mata salah. Ketidaksamaan ini boleh menjadi asas tidak disetujui secara moral, keprihatinan sosial dan tindakan pemerintah (Asmah, 2008). Satu aspek ketaksamaan ruang dapat dilihat daripada segi pembinaan sosial yang menjadi fokus perbincangan ini.

Ketaksamaan pusat dan pinggiran juga merupakan impak pembangunan bandar yang kurang diperhitungkan dengan terperinci (Jamaludin, 2008). Ketaksamaan pembangunan bandar juga terjadi kerana perbezaan daya saing bandar itu sendiri berbanding bandar pusat (Katiman, 2008). Dibandingkan pembinaan bandar di pusat bandar Klang Langat dengan pinggiran nampak bahawa menunjukkan adanya ketidaksamaan. Secara kualiti dan kuantiti nampak bahawa pembinaan di pusat bandar lebih menonjol berbanding di pinggiran bandar. Rajah berikut menunjukkan perbezaan yang begitu nampak antara Pusat Bandar dengan pinggir bandar.

Rajah atas merupakan pembinaan jalan-jalan di Putrajaya sedangkan di rajah bawah kondisi jalan lingkungan di mukim Kajang Utama (foto 29 Oktober 2008). Guna memberikan imej positif, jalan-jalan di Putrajaya dibina dan dirawat dengan baik, sebaliknya jalan lingkungan di mukim Kajang Utama terabaikan. Jalan semakin rosak apabila terdapat hujan sehingga menimbulkan lubang yang tergenang air menambah sukar untuk dilalui. Sejak Julai 2008 sehingga kini jalan tersebut masih lah rosak. Nampaknya ada konflik kepentingan antara MPKj (Majlis Perbandaran Kajang dengan Pihak Swasta (Pengembang Perumahan) dan Perusahaan Kereta Api. Jalan kecil dan sempit ini menjadi laluan bagi Perumahan Town House Aman, Citra, Cemara, Seraya, dan masih banyak lagi.

Gambar atas menunjukkan begitu cepat pembangunan bandar di pusat, sedangkan gambar bawah (di kawasan pinggir bandar) terasa masih kurang dan seadanya. Harmoni bangunan, tingkat kesihatan dan estetik tidak dapat ditemukan di pinggiran bandar.

Penanganan sampah merupakan perkara sukar diatasi, meskipun Malaysia kalah berbanding Singapura dalam penanganan sampah, tetapi di pusat bandar cenderung lebih bersih berbanding di pinggiran. Rajah di atas menunjukkan kondisi pinggiran jalan Putrajaya dan Jalan Reko Kajang yang sangat berbeza (foto 29 Oktober 2008). Yang pertama bersih dan yang kedua kotor. Tidak tersedia tempat sampah, sistem pengelolaan sampah, kesedaran membuang sampah budaya dan pendidikan sebagai komponen yang menentukan terhadap penanganan sampah. Peran dari semua pihak merupakan pemecahan terbaik dalam penanganan sampah baik pemungut sampah/pengelola, rumah makan/restoran, mahupun mukim, pejabat. Begitu juga dengan meletakkan peraturan dan penyediaan fasilitasi sampah.

Vegetasi yang diatur dengan baik dapat menciptakan keindahan sementara membiarkan semak akan menyebabkan pemandangan yang kurang cantik. Rajah di atas menunjukkan pengaturan vegetasi yang tepat boleh menyebabkan perubahan iklim mikro yang lebih sejuk berbanding tanpa vegetasi di Putrajaya. Sebaliknya membiarkan rumput dan semak menjadikan lebih teruk dan tidak sihat di Stesen Kajang pada 29 Oktober 2008). Cara-cara profesional dalam mengatur lingkungan merupakan penyelesaian untuk mewujudkan pembangunan bandar yang lebih baik.

Masa mendatang perlu inovasi pembangunan bandar yang lebih baik untuk membangkitkan semangat bandar pinggiran agar tidak jauh tertinggal berbanding pusat bandar. Selalunya ketidakseimbangan menyakitkan dan tak adil, tetapi selalunya di banyak negara dunia sentiasa terjadi. Bahkan tak ada negara yang sama antara pusat dan pinggiran bandar, yang perlu ada adalah ketaksamaan yang semakin diperkecil.

Penulis

Mochamad Rosul

Pelajar PhD Geografi UKM

Rujukan:

Asmah Ahmad. 2008. Manifestasi Pembangunan Tidak Seimbang di Malaysia melalui ketaksamaan Kesejahteraan Sosial. Dinamia Sosial, Pembangunan & Persekitaran di Malaysia (Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar, Noorazuan Md. Hashim, Editor). Book Pro Publishing Services, Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi. 2008. Keperluan pada Keseimbangan antara Pembangunan dan Persekitaran. Dinamia Sosial, Pembangunan & Persekitaran di Malaysia (Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar, Noorazuan Md. Hashim, Editor). Book Pro Publishing Services, Malaysia.

Katiman Rostam. 2008. Pembandaran Menumpu di Wilayah Metropolitan Lanjutan Lembah Klang-Langat: Penelitian Awal. Dinamia Sosial, Pembangunan & Persekitaran di Malaysia (Katiman Rostam, Mokhtar Jaafar, Noorazuan Md. Hashim, Editor). Book Pro Publishing Services, Malaysia.