Setiap masa akan menunjukkan perbezaan pola guna tanah. Pada masa Nabi Muhammad SAW, pembangunan masyarakat Mekah dimulakan dari pembangunan masjid. Setelah itu kemudian menyusul pembangunan rumah yang ada di sekitarnya. Tahap berikutnya muncul kemudahan perniagaan di sekitar masjid. Ertinya akan terbentuk pola ruang fizik memusat dengan masjid sebagai poros utamanya (nuclei). Masjid menjadi satu titik pertumbuhan baru setelah ada pusat pertumbuhan lain sebelum masuknya Islam. Pemahaman guna tanah secara fizik ruang tidak cukup dapat menjelaskan penyebab terjadi bentuk penggunaan tanah seperti ini sehingga memerlukan ahli lain seperti antropologi, sejarah, ekonomi, sosiologi, kejuruteraan untuk membantu menjelaskan. Belum adanya fasilitasi transport, aktiviti sosial ekonomi dan teknologi yang sederhana boleh jadi sebagai penyebab struktur ruang masa nabi itu berbeza dengan kondisi Mekah saat ini yang sangat berkembang baik ruang mahupun pusat aktiviti yang telahpun banyak. Begitu juga pola penggunaan lahan akan terpengaruh dengan kondisi sosial budaya dan teknologi yang ada. Perkembangan pola guna tanah lebih cepat terjadi dengan semakin banyaknya manusia dan semakin maju tuntutan untuk memenuhi keinginan manusia.
Menurut Yunus (1999) dan Katiman (1988), perbezaan pola guna tanah juga dapat dimengerti melalui pemahaman berbagai pendekatan iaitu pendekatan ekologi (ecological approach) meliputi teori konsentris (concentric), teori ketinggian bangunan (building height), teori sektor (sector), teori konsekoral tipe Eropa, teori konsektoral Amerika Latin, teori poros, teori pusat kegiatan banyak (multi nuclei), teori ukuran bandar, teori historis, dan teori struktural. Selain itu ada pendekatan ekonomi (economic approach) meliputi teori sewa tanah (land rental), teori nilai tanah/teori isolated state. Berasas kepada pendekatan morfologi bandar (urban morphological approach) perbezaan guna tanah yang terjadi dapat difahami dari batas pentadbiran dan morfologi bandar, ekspresi ruang morfologi bandar, proses perambatan/rebakan fizik bandar (urban sprawl), lay out of street, pengaruh perkembangan transport terhadap morfologi bandar dan beberapa unsur-unsur morfologi bandar di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika. Pendekatan selanjutnya adalah sistem kegiatan (activity system approach) meliputi pendekatan wilayah sosial, pendekatan konflik pengelolaan dan pendekatan Marxist. Guna lebih memudahkan dalam analisis kemudian muncul pendekatan baru iaitu pendekatan ekologi faktorial (factor ecology approach) yang merangkum pendekatan sebelumnya.
Pendekatan ekologi faktorial pertama kali dikemukakan oleh Shevky dan Bell (1955) dengan menggunakan enam variabel kerana kesulitan dalam analisis jika menggunakan banyak variabel. Pendekatan ekologi faktorial merupakan analisis struktur ruang bandar dengan menggunakan analisis faktor sebagai tekniknya. Cara ini dipandang objektif dan mampu mengelola data dalam jumlah banyak. Pendekatan ini memiliki kemampuan untuk memberikan gambaran bandar-bandar secara lebih detail tetapi kelemahan pendekatan ini adalah belum tentu menjamin generalisasi pola struktur sosial dan ruang bandar dengan lebih baik. Kelemahan lainnya adalah kerana kelangkaan dasar-dasar/konsep teori yang mendasari analisis maka penjelasan mengenai proses sosial dan ruang yang mengakibatkan terbentuknya struktur sosial dan ruang yang ada kurang jelas (Johnson 1981). Hal ini dapat difahami kerana pendekatan ekologi faktorial dibina dengan metode deduktif yang dimulakan dari identifikasi perubahan-perubahan dalam masyarakat dan mengubah perubahan ini ke dalam bentuk “construct” dan memilih variabel-variabel sensus yang dianggap memiliki ciri khas masing-masing “construct” tersebut.
Herbert (1973) menggunakan analisis faktor ini dengan 34 variabel untuk menganalisis “residential areas” di Bandar Winnipeg. Variabel tersebut iaitu Struktur penduduk, penguasaan tempat tinggal, karakteristik sosio-kultural, karakteristik isi rumah dan angkatan kerja seperti jadual berikut.
Metode ini banyak membantu dalam mengungkapkan distribusi ruang dan sosio-kultural bandar dari variabel yang banyak sekali. Ketersediaan data merupakan faktor kendala yang besar untuk analisis. Apabila peneliti sendiri harus mengumpulkan sendiri dari wilayah yang luas dan variabel yang banyak dengan sendirinya akan menghabiskan waktu, tenaga dan biaya yang tidak sedikit.
Baik teori konsentris, sektor, mahupun multi nuclei dan teori faktor masih memiliki kekurangan jika diterapkan pada masa sekarang. Teori tersebut dicipta manusia pada tahun 1973 dan sebelumnya sehingga beberapa kemajuan globalisasi masa ini belumlah terjadi untuk waktu itu. Dunia saat ini tak dapat dipisahkan satu dengan lainnya sehingga saling bergantung dan saling mempengaruhi. Masuknya investasi asing ke dalam suatu negara tak dapat dielakkan. Begitu juga masuknya informasi, komunikasi antara negara sudah lancar akan turut mempengaruhi pola penggunaan lahan yang terjadi. Pengaruh globalisasi terhadap distribusi ruang sangat berperanan (Chin Lim 2005).
Sebagai tahap awal penyelidikan berikut ini dikemukakan sebaran ruang fizik pola guna tanah kawasan bandar metropolitan Lembah Klang-Langat. Pembahasan mengenai aspek sosial, ekonomi guna tanah pada tahap penyelidikan berikutnya kerana luas dan kompleksnya kajian serta tidak begitu saja teori barat dapat diterapkan di negara timur kerana berbagai perbezaan latar belakang sejarah dan budaya. Oleh kerana itu pembahasan lebih ditekankan pada pola guna tanah fizikal Lembah Klang-Langat dengan beberapa penjelas aspek sosial ekonomi.
Jadual klasifikasi guna tanah
Tidak semua bandar di wilayah metropolitan lembah Klang-Langat (WMLKL) tumbuh akibat ICT, terdapat pertumbuhan yang masih bersifat alami. Bandar ini memiliki ciri khas berupa dominasi aktiviti pertanian. Pertanian yang terdapat di Lembah Klang-Langat adalah Kelapa Sawit sebagai komoditi eksport dunia seperti yang terjadi di Daerah Kuala Langat khasnya bandar Subang dengan ciri pertanian. Bandar ini tumbuh secara ribbon di sepanjang jalan dan sekitar pantai. Berbanding dengan bandar lain di Lemah Klang-Langat, bandar Subang ini relatif lebih lambat kerana aktiviti pertanian tetap dipertahankan sebagai komoditi eksport negara yang berpenghasilan besar.
Rajah Bentuk Guna Tanah Lembah Klang-Langat 2008
KESIMPULAN
Pola guna tanah di Lembah Klang-Langat terjadi oleh kerana pengaruh faktor kemudahan berkativiti, faktor aktiviti ekonomi yang mengumpul (agglomeration), faktor saling merugikan antara fungsi yang berbeza serta kemampuan ekonomi fungsi yang berbeza, serta informasi, komunikasi yang lancar dan teknologi. Masing-masing faktor berperan dengan kadar bereza sehingga menciptakan pola keruangan antar daerah yang bereza. Sebahagiaannya telah berkembang pesat sebahagian yang lain masih terbelakang. Pola ruang terselarak secara leap frog di hampir di seluruh daerah kajian disebabkan faktor-faktor teori multinuclei mahupun faktor ICT serta kondisi handicap (topografi, perairan).
Rujukan:
Augiri, Allessandro. 2005. Making the digital city, The early shaping of urban internet space. Ashgate. UK.
Abdul Samadi Hadi, Saharudin Idrus, Ahmad Faiz Mohammed, dan Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan Persekitaran dan Kemudahterancaman Lembah Langat. UKM: Bangi.
Burgess, Ernest. 1925. Growth of The City in Robert E. Park, Ernest Burgess and R.D. Mekenzie (ed). The City. The University of Chicago Press. Chicago.
Chin Lim, Gill. 2005. Globalization, Spatial allocation of resources and spatial impact: A conceptual framework, Globalization and urban development. Springer. Los Angeles.
Harris, C.D. dan Ullmann, EL. 1945. The natures of cities in the Annals of the American Academy of political and social Science. 242:7-17.
Jaafar, Othman; Syarifah Mastura, S.A., dan Alias Mohd Sood. 2008. Land use and deforestation modeling of river catchments. Proceeding International conference on social, development and environmental studies: The Global Change. 18-19 November 2008. Malaysia.
Johnson, J.H. 1981. Urban Geography. Pergamon Press. Frankfurt.
Katiman Rostam. 1988. Pengantar Geografi Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
Mariney Mohd Yusoff. 2008. Changing environment of Klang Valley and Flash Food Issues. Proceeding International conference on social, development and environmental studies: The Global Change. 18-19 November 2008. Malaysia.
New Straits Times. 1 Disember 2008.
Shevky, E. dan Bell, W. 1955. The Social Areas Analysis. Stanford University Pres. Stanford.
Utusan Malaysia. 1 Disember 2008.
Yunus, Hadi Sabari. 1999. Struktur Tata Ruang Kota. Pustaka Pelajar. Yogyakarta.
Ditulis oleh:
Mochamad Rosul
Pelajar PhD Program Geografi UKM
+60146373502