Friday, May 28, 2010

Akibat Pemahaman dan Pengamalan agama kurang:

Dalam sehari 24 kes aduan perceraian dan 8 kes perceraian


Menurut rekod Jabatan Agama Islam Selangor, jumlah aduan rumahtangga sepanjang tahun 2000 hingga 2008 ialah berjumlah 81,115 kes iaitu jumlah yang dilihat sangat tinggi, dengan purata sehari 24 aduan kes. Malah dalam tempoh yang sama pasangan yang telah bercerai direkodkan berjumlah 26,421 pasangan dengan purata 8 kes perceraian sehari. Gambaran dari fakta ini jelas membuktikan bahawa betapa rapuhnya Institusi Perkahwinan Umat Islam pada masa kini. Dilihat dari rekod ini timbullah pelbagai persoalan, di manakah sebenar kebahagiaan dalam sebuah kehidupan perkahwinan.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: "Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik diantara kamu ialah orang yang paling baik ahlaknya terhadap isterinya".
(H.R. Tarmizi)

Sumber: http://www.jais.gov.my (28 Mei 2010)

Penulis:
http://www.mrosul.blogspot.com/

Tuesday, May 4, 2010

Bukit Jugra

Bukit ini terletak di Mukim Jugra, Daerah Kuala Langat berjarak sekitar 10 km ke Pekan Banting (Teluk Datuk). Menurut sejarah, Jugra adalah nama wira di kawasan ini dan kerana jasa-jasanya kemudian diabadikan sebagai nama bukit. Bukit ini dipilih sebagai tema tulisan kerana memiliki keunikan tersendiri berbanding tempat lain. Beberapa kelainan meliputi tempat yang tinggi dimanfaatkan untuk wisata sekaligus pejabat. Pemandangan dari atas bukit boleh melihat Pantai dan Muara Sungai Langat.

Gambar View dari atas Bukit Jugra

Petang hari ramai masyarakat melakukan sukan jalan kaki dan lari dari kaki bukit ke atas sejauh lebih kurang 2 km. Di puncak bukit terdapat rumah api pada ketinggian 146 m dari muka laut dan menara setinggi 25 meter sebagai tanda bagi isyarat lampu pelayaran laut. Di sampingnya terdapat Balai Cerap untuk aktiviti cerapan rasmi dan bulanan dijalankan. Ia dimanfaatkan sebagai pusat latihan ilmu falak Negeri Selangor. Bukit Jugra juga digunakan untuk Parangliding antara bangsa. Paranglide merupakan sejenis sukan terbang bebas yang dilancarkan dengan kaki, dimana pemandu duduk dalam tempat duduk dan tergantung di bawah sayap macam layang-layang.

Gambar Rumah Api Bukit Jugra

Bukit Jugra merupakan kawasan hutan simpan (Simpanan Hutan Dara atau Hutan Simpanan Kekal) yang dilarang masuk bagi siapa sahaja tanpa kebenaran. Hutan ini merupakan kawasan yang memiliki nilai pemeliharaan yang tinggi. Kita boleh menikmati hutan tersebut sehingga penghujung jalan sehingga sampai di tempat bangunan Pasukan Khas TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) Skuadron Sayap Tempur.

Gambar Hutan Simpan Kekal Bukit Jugra

Pada bahagian kaki bukit, tampak prasasti Perigi Lama Jugra Kuala Langat. Perigi ini ditemukan Arkeolog pada November 2001 dan dipercayai digunakan sebagai sumber air masyarakat pada masa dahulu. Ditempat ini dijumpai tembok dinding batu, serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam. Untuk keselamatan tempat ini diberi pagar untuk menghindari pengusikan kawasan ini oleh orang yang tidak kompeten.

Gambar Perigi Lama Jugra

Kampung Bukit Jugra – seperti halnya kampung yang jauh dari pekan atau bandar – masih sepi tidak banyak mengalami perubahan meskipun jalan, air, api dan telepon sudah ada sejak tahun 1980-an. Sepanjang jalan di kaki Bukit Jugra ditemui sedikit sekali rumah, itupun saling berjauhan dan dua rumah sudah tampak kosong tidak berpenghuni lagi. Meskipun tidak diminati sebagai tempat tinggal, harga tanahnya masih tinggi. Selama tahun 1980 sehingga semasa tidak terjadi jenayah baik pecah rumah, curi-curi, rompak atau samun dan rogol. Penagih dadah dan met-rempit jarang-jarang ditemui. Sedikitnya orang di Kampung Bukit Jugra menyebabkan seorang ibu suri rumah apabila jumpa jiran biasanya di sekolah iaitu sambil menghantar anak sekolah ke Kampung Permatang Pasir berjarak sekitar 5 Km. Tidak ada aktiviti gotong royong, rondaan keselamatan, ceramah agama dan parti politik yang diikuti oleh ketua isi rumah yang ditemui pada 17 April 2010 tersebut.

Gambar Kampung Bukit Jugra

Oleh Mochamad Rosul

http://mrosul.blogspot.com